Tuesday, December 14, 2010

Treat me like how Nichkhun treats Victoria , just like a princess .


Hello saya bosan gila duduk rumah - hari hari online layan korea , risau gilaaa kang smua bil bulan ni kot kot sama panjang dan sama menakutkan totalnya dengan resit econsave bila ibu shopping barang rumah -,- Bangun mandi tidur bangun online makan tidur . Kang kalau rasa cm dah jadi ala ala doraemon baru ada hati nak ambik tali skipping . Ayah cakap 'Jangan lompat lah , kang retak lantai ni ' -_______-" Tahu tak betapa berkecai nya hati bila ayah cakap cenggitu , nak puji anak sendiri pun malu ceh macam aku tak tau Hihiiii :">

Mari kita cakap pasal benda random . Yang sangat random , tiba tiba masuk kepala otak tanpa bagi salam .


Tahu caption apa paling sesuai ? : Kita perlu menghormati orang yang lebih tua . Kan Kyuhyun ;DD

Okay jom bebel sekarang . Tutup telinga , bukak mata .

High Heels . Apa itu high heels ? Bukan beverly hills okay , pandai mengeja ke tidak . High heels adalah salah satu malapetaka kepada kaki kaki perempuan (atau lelaki ? ) untuk membantu orang yang pakai mencapai cita cita menjadi orang tinggi dan main point nya supaya kalau ambil gambar nak yang duduk center konon , atau pun taknak jadi macam KLCC tiba tiba kau pendek berdiri di antara dua orang tinggi tahap galah panjang . Itu pandangan saya yang malas berfikir hihiii .

Perempuan la kan yang duk pakai high heels ni , lelaki tak pernah laa aku tengok pakai high heels -,- Pakai shoe lift pernah laaa tapi orang Msia jarang pakai kot , sebab lelaki Msia smua galah panjang belaka yaaa . Sebab tu lah jangan jalan dengan lelaki , kang kau nmpak macam pendek nak mati padahal lelaki tu yang tinggi nak mati ha ha ha . Adik beradik aku smua gila high heels smpai pakai ibu punya , entah hape hape akak akak aku nih . Tahu lah pendek ! Hahaaa , err tapi sejak azali aku pun pendek -,-

Aku tak suka high heels sejujur jujur nya haha . Kalau nak pergi kenduri kahwin ke nak raya kee , aku tak pernah beli high heels baik tak baik taaaaak ! Gila kau tak selesa kot pakai high heels -,- Jalan pun cam itik sahajaa hihiii . Tapi sejak jadi pengawas nii masa form one dan ibu beli kasut yang boleh tahan laaa tinggi perghhh memang tak tahu la nak cakap apa bila first time try pakai !

Kalau balik sekolah , bukak kasut je kaki kau melecet macam kene api jeee zzz -,- Lagi best kalau ibu lambat ambil then kena balik jalan kaki wah sungguh best laa kan . Nasib baik masa form one najihah dengan jasmine ada so aku jadi macam orang cacat lalalaaa mana mana pergi especially turun tangga , aku pegang tangan dieorang . Sungguh Orang Kurang Upaya kau yaa ~


ANDD , aku ingat lagi hahaaa masa balik lepas solat - on the wayy balik kelas , aku terjatuh depan kelas form two T__T Macam bodoh jeee , erghh . Lepas tu aku dah selesa pakai kasut tinggi nii , tapii kasut sekolah je laa haha . Tapi malangnya akhir tahun ni tiba tiba pengawas ada rule baru - tak boleh pakai kasut tinggi // lebih senang cakap sesiapa yang jalan dengan bunyi kasut dia Kletak-Kletuk-Kletak-Kletuk tu sila beli kasut baru okay . Dan bermula lah hidup saya kembali kepada orang yang tak pakai langsung high heels ;D

Err maybe cikgu tak nak bunyi kasut pengawas lagi kuat daripada kasut cikgu kan haha mati kau syaheera -,-
 Lagi scary kalau tengok high heels cikgu zuraidah oh myyy goodd kan fatin kan hahah . Tngok cikgu macam nak jatuh jee *_* Err aku ngan fatin mmg takda kerja . Kejap tengok kasut cikgu , kejap tengok tudung cikguu itu ini almaklum lah perempuan (mata bersinar sinar )

Smpai sekarang aku takkan pakai high heels untuk jalan jalan ke apa, keselamatan diutamakan . Kalau kau jatuh tengah jalan kee sapa nak seret kau pergi tepi ? Takkan nak panggil tow truck huahuaaa >< Aku search laa kan The World's Highest Heels . Hambek kau , tak boleh tinggi lagi jeee . Kalau jatuh terseliuh ter-peleot kan best tu kan hahaaa .


Saya akhiri bebelan saya dengan satu nasihat 'Ingatlah Orang Tersayang' ~ . Hahaaa loser pulak , cam iklan raya pun ada adooii makk --" Wah random tak entry ni , random gilaa . Ini lah sindrom takda kerja, duk carik uban ibu jeee aduhhhaiii .


p/s: Percaya tak saya sudah ada account twitter ! Belum ada nawaitu nak follow kawan hahaa follow boyfriend korea sahajaaa waaah maju ya kau . Baru buat tapi dah follow 60++ -,- Tak guna haha tu baru sehari .

2 comments:

  1. anda telah ditag dalam n3 saya.
    http://thesmuff91.blogspot.com/2010/12/25-randoms.html

    ReplyDelete
  2. Wow. Hahah okay then . by the way , thanks ;D kang free buat kayy . Fikir dulu 25 benda random , ngaa seminggu pun tak habis fikir ;OO

    ReplyDelete