Sunday, February 13, 2011

Hello kawan .


Haii . Sewel tak sewel lah bila dah pukol 12:29 AM tapi aku tak tidur lagi . Esok dah lah isnin means esok ada perhimpunan , esok pakai kemeja , esok ada PJ dan semua subjek tak boleh blaaah aisehman . Esok pun Valentine's Day entah kebendaaa . Yes , jangan sambut . Tak kesah boyfriend kau handsome mengalahkan Amir Khan takpun girlfriend kau cantik seksi dan seksa mengalahkan Aishwarya Rai . ( Sesungguhkan aku search google cemana nak eja nama perempuan tu . Tekan google and type Aisywar ya rai . Haha bodoh )

Esok Valentine's Day and bila orang cakap jangan sambut semua bagi alasan sama . Menyayangi orang bukan hanya  pada hari tertentu tetapi setiap hari cewaaaah dalam hati ada taman dooo hahaha . Bagi lah alasan lain , macam tak cool lah sambut benda ni berdosaa kot / Bukan ajaran Islam nak sambut Valetine's Day etc . Takpun cakap guna ayat bunga bunga eleeeh cakap je laaah kau takda boyfriend apa susah kan ? :D Sbb kalau yang ada partner tu memang hampeh laaa , mesti sambut punyaaa . Percayalaaaaaaaaaaah ~~

Esok hanya hari biasa . Hari yang nama jee ada PJ tapi hampeh nak bersukan . Hari yang ada science tapi dah bosan tgk muka cikgu relief yang masuk kelas dan 'Okay ada kerja kan ? Buat kerja sendiri dan duduk senyap senyap . Saya bukan cikgu science . ' Esok aku stayback dekat sekolah :) Well dah dua minggu cam tu aku start stayback itupun takda lah hari hari . Okay sumpah ramai gila dating aku cakap dengan kau, serious hahahah . Masa first time stayback , ada senior tengah dating . Pergh mmg tak cukup semut nak describe betapa sweet nya -,- Cakap pun I- You sweet lah tu kan ? Bagi aku sweet sampai aku pergi tukar meja lain sbb tak tahan dengar .

Okay sorry tersindir pulak oppss . 

Sesungguh nya aku dah lama tak menggedik dalam blog bukan sebab aku melantak buku sekolah . Buku sekolah aku cantik cantik belaka . Macam orang tak belajar pun ada . Aku hanya terlalu busy dengan kerjaya tak pun bisnes menjaga anak sedara cewaaaah . Dan juga melancarkan aktiviti layan korea sampai laptop aku dah berwarna HITAM . Tengah tunggu time nak kebaboooom sahaja . Well bila agak agak dah berminggu minggu aku tak update blog tu mksud nya ada lah malapetaka jadi dekat laptop nii haihh . Menunggu ajal lah senang cerita . 


Dekat dalam kelas dah ramai cikgu marah line aku, azhani, aisyah bising :(  Paling scaryyy maryyy strawberry bila kena marah dengan Ustaz Wahab . Mmg terus semua diam lah . And dieorang cakap aku pekak so everytime nak cakap dengan aku mesti suara dieorang gila bapak punya kuat.  Time agama harituh , aisyah nak duduk tempat aku sebab dia tak bawak buku agama . Kira nak cover drpd ustad lah tu . So kiteorang bertiga pun tukar lah tempat duduk and last last aku duduk tengah tengah . Sekali aisyah bagi teka teki dengan azhani ..

' Weh nurin dalam banyak banyak Nabi , Nabi mana yang reti buat semua magic yang Nabi lain buat ? ' 

Complicated kan soalan dia , bila denga pun cm nak terbelit fius otak kau nak faham soalan . Buat kan azhani terdiam dan buat muka tak paham . Aisyah pun cakap ' Ape lah kau , jawapan dia Nabi Sulaiman ! ' Okay time tu aku diam je sbb malas nak layan . Lepas tu Aisyah bagi aku teka teki pulak . Aku ingat teka teki lain keee kan tapi still ...

' Weh syeera dalam banyak banyak Nabi , Nabi mana yang reti buat .. ' 

Dia tak habis tanya teka teki lagi aku dengan azhani dah tersembur ketawa -,- Dia ingat aku ni pekak sangat kee haa . Bayangkan aku duduk tengah tengah , mesti lah aku dengar soalan tu sekali dengan jawapan aku dah tahu . Nak bagi teka teki bagi lah yang lain . Tak habis habis 'Nabi mana yang reti buat magic ... ' Mestilah bila kau dengar , kau akan bayangkan ala ala ahli silap mata buat magic asdfghjkl . Berdosa kay . Aku takda lah pekak kay . And bial ketawa ustad terus marah doo , terus kecut perut . Ustad kata budak lain terganggu nak belaja , sorry kayy aku tak bersalah . Sila paham dan percaya muka budak baik ini ok thanks .

And mesti orang ingat teka teki ni tak kelakar . Fine . Bila kau dengar Aisyah tanya secara live, memang aku rasa ustad pun join gelak. kan ustad ?

Okay aku bagitau kau satu fakta pasal kelas 3Kualiti . Everytime masa Ustad Wahab mengajar , kebanyakan kepala akan terlentuk atas meja dengan jayanya . Sangat-dengan-jayanya. Budak yang duduk dekat depan bulu mata ustad pun semua  kepala atas meja . Okay aku tak cakap ustad mengajar boring kay oppss T_T Cuma semua tidur lambat laaah hihiii :) Pssst pandai cover tak wakaka



No comments:

Post a Comment