Tuesday, March 15, 2011

Diaryy ♥


Err kiteorang masuk kelab sains okay, percaya lahh . Tengok lah muka bakal bakal saintis penjahanam negara . Sekolah aku punya science lab gila hebat , dalam lab pun ada meja tau . Tu meja cikgu actually siap ber-alas lagi , gedabak tak ? Hehee :D And jasmine pegang ulat tuu , hebat gila en :O Aku pun tktau macam mana aku boleh masuk kelab sehebat ni , MasyaAllah !

Aku ingat lagii time aku muda muda dulu cewaaaah padahal tak masuk 15 lagi nihh, aku seorang budak yang sangaaaat suci. Pergh ni bukan tipu dooo , percaya lah muka aku nii . Dulu bukan setakat suci , lurus pun adaa -,- Dulu nak menipu pun sampai bersalah tak tidur malam , sekarang kalau menipu waaalaweh malam boleh mimpi jiran sebelah rumah lagi dooo . (Tsk tsk aku tak pernah mimpi jumpa Kyuhyun asdfghjkl ) 

Aku ingat hahahha aku pernah buat salah yang cipan punya kecik kesalahannya , tapi aku siap tulis surat dekat ayah mintak maaf . Walaupun takda kena mengena dengan ayah asdfghjkl , just bagitau untuk menenangkan perasaan so dapat tidur malam . Loser gila doo , bila fikir balik macam nak sepak terajang smack down je diri sendiri tsk tsk =/ Mesti ayah fikir " Haihh suci sangat dah ni anak aku , sejuk perut isteri aku mengandung " Cewaaaaaah feewiiit puji diri sendiri . 

Dulu aku siap ada diary lagi hahahaha kalau sekarang .. Hampeeeh , kerja sekolah pun tak tersiap heheee >< Paling tak leh blaaah , kau tak tau diary aku ada 6 season taaaau hahaha boleh buat filem okay . Aku ada 6 diary , sebab buku selalu cepat habis kan . Tapi sedih bila aku geledah geledah almari , aku jumpa dua jee :( Sedih bukan apa , aku takut ibu ada terbaca diary aku huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T And tulisan aku masyaAllaaaah tak boleh nak describe betapa hodoh bin buruk -,- Sampai aku tak reti nak bacaa , dah lah ayat skema mintak kaki . 

Tapi yang aku sayang diary aku , bila aku tulis pasal kawan kawan . Aku tampal semua kad yang aku dapat time birthday , aku tampal semua bulu mata kawan aku yang dah tercabut hahahaha psycho dooo (Masa darjah enam , gang aku mmg jenis yang akan buat something yang tak dibuat orang ) Tampal gambar masa kecik kecik :") Tapi hahaha ada satu page yang aku tampal kertas . Kertas mengutuk cikgu wakakaaa . 

First of all , saya susun 20 jari kaki dan tangan kepada cikgu berkenan dan mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki Perlis ke Singapura atas kelakuan anak anak murid anda yang comel sampai tak boleh nak mendescribe nya . Kalau ada chance jumpa lagi , sila lah smack down sepuas hati cikgu  Betapa malang nya dapat anak murid secomel kami hahaha 

Nota tersebut adalah seperti yang berikut :- 

CARA CARA SURUH CIKGU TUTTTT DIAM/ KELUAR DARIPADA SEKOLAH 

-Sumbat mulut dengan kertas
-Halau keluar kelas
-Berhenti kan cikgu terus .
-Tarik cikgu keluar sekolah lepastu tutup pagar .
-Cakap kat guru besar cikgu tuttt dera kiteorang.
-Smack down, masuk dalam zoo <--- Melampau gila hahahaha

(Paling tak boleh blaa , dekat baris paling akhir pandai pulak tulis : Gurauan semata-mata . Hahaha :)) Yelaah , budak nak UPSR kan time nih . Takot la pulak ilmu tak halal ke kan kan . Actually ayat dalam diary lagi kurang ajar daripada dekat atas ni hahaaa tapi tak smpai hati nak tulis T.T By the wayy , dimaklumkan ni bukan kerja aku sorang kayy . Kerja aku dengan gang akuuuu. Well kami sudah bertaubaaat *Tiba tiba lagu nasyid berkumandang tsk tsk *

And aku tengah mencari jalan untuk melenyaaaaap diary ni ;/ KITA BAKOR  , BAKOR ! Tapi masalahnya aku tak reti nak guna lighter :( Nak bakar sebab aku takut ada orang baca , bahaya siott . Tapi bila fikir fikir balik , sayang nak buang . Baru lah kau tahu time dulu dulu macam mana perangai kau . So sila lah beli diary sekarang di kedai basikal berdekatan , dan dalam masa 5 tahun akan datang baca apa yang ditulis and apa lagi sila lah smack down diri sendiri T_T

2 comments: