Wednesday, April 20, 2011

Bored asdfghjkl

Gila bosan bila rutin hidup samaaaaaaaaaaaa je -,- Pergi sekolah, balik lambat sbb stayback , balik je gaduh dengan qaseh, solat, aku tengok drama korea satu jam, TV tengok aku 2 jam , pergi tusyen , balik tusyen buat homework/folio . Dah takda masa sangat nak online usha gambar Kyuhyun T__T Menyedihkan. Harituh dia accident pun aku lambat tauu -,- Dah tkda masa tunggu video Matluthfi :(

Instead of buat foliooooss, aku update blog o.O Sakit hati jiwa dan raga jee aku buat folioo, memendekkan nyawa aku  ! Eeka dah start cuti dan menjadi penganggur sukarela, dan folio juga merupakan salah satu tugas dia hahahaha. Tu lah guna nya ada bibik kakak weh , kena tolong adik kan ? Lalalaaa .

Haritu kan , tiba tiba aku buang tabiat dan eeka hilang akal. Buat julung-julung kalinya, aku dengan eeka berganding bahuuu (Hallamaaaak aihh ayat karangan ! ) Err berganding bahu apanyaa ? o.O Berganding bahu membuat MILOO BLENDED WOHOOO <--- entah apa kebenda laaah -,- Memandangkan stok milo kat rumah aku dah macam aku ni anak tauke milo, kiteorang pun buat lah milo .


Okay macam ni cerita nya, aku nak buat milo and nak ambik gambar sbb nak letak dalam blog. Yelahh, susah tau nak aku buat milo nii ! Malangnya, aku malas gilaa nak ambik tudung -__-" Sooo aku ambik kain pelikat ayah yang belum lipat and sarung dekat kepala huahua. Eeka gelak tak ingat dunia , dia cakap macam perompak chill dulu minum milo .



Milo siap, andd letak lagi serbuk milo atas tuu 

Sebenarnya bukan tak reti buat milo, tapi minum milo ibu lebih sedap dan afdhaaal ~ Cewaaah alasan lebih padahal malas kan -,- Tapii last last ais tak hancur punn , tau apa maksud nya ? Blender tu mmg tak suka aku dengan eeka . Adoii ,

Harituh kan masa geografi ;

Cikgu : Ada ke perempuan yang tak pandai masak nasi ?!?
Aku : Weh anis, kalau ada sorang pandang aku memang lah orang tu nak kena bunuh .
Anis-monstaaa : Hahaaa
Cikgu : Memang malang betul siapa yang kahwin dengan orang yang tak pandai masak nasi tu !
Azhani: *pandang aku*
Aku: Pahal kauuu ! Aku pernah laaaaa asdfghjkl 

Dekat bilik ICT ;

Danish : Jasdeep cuba kau tanya syaheera dia pandai tak buat milo
Jasdeep: Kau tak pandai ke ?
Aku : Aku baru je buat laaaah !
Jasdeep : Nescafe kau pandai buat ? 
Aku : *speechless* Lebih kurang lah dengan miloo !
Jasdeep: Banyaaak lah kau !

Cikgu Laili suruh bawak Suratkhabar Minda Pelajar setiap hari khamis tau . And kat Minda Pelajar tu memang banyak lah borang nama/umur/alamat yang nak pergi seminar PMR laa . Memandangkan aku dengan Anis Monstaa ni memang takda kerja aaa (cikgu Laili punya suara perlahan sangat , kiteorang yang pekak ni mana nak dengaa =/ ) , kiteorang pun isi borang-borang tuu. Yeah sambil ketawa macam beruk terlepas zoo .

Borang Satu;

Nama : Peah anak Semak
Alamat: No 1000 Jalan Bengkang Bengkok 10/100A, Bandaraya Aidilfitri, 67890, Alam Fantasi, Sebelah rumah Kak Limah
E-mel: peah_hotsiut@yeyeh.com

Borang Dua;

Nama: Mak Nyah anak Bapak Ayam
Umur: 34 suku tahun
Tarikh Lahir : 32 Bulan Sabit Tahun tikus
Alamat rumah : No. 3490 Lorong Belakang Rumah Kau, Depan sikit, Jangan Lupa Tekan Bell, Kuat Sikit.
E-mel: maknyah_bapok/awww~@KMNS.com
No Telefon : 016- tekan tekan jahanam
Tarikh karya dihasilkan : 20 April Fool 2011

** KMNS= Kelab Mak Nyah Sedunia .

Last last, lepas cikgu keluar pun aku tak paham sepatah pun cikgu ajar . Hampeh ~ Eh baru aku perasan, lately ni aku selalu cerita pasal aktiviti di dapur hallamaaak aihh. Kemajuan !

2 comments: