Thursday, May 26, 2011

Supereera kembali beraksi !

 cndandelion:

and of course another 1001 indescribable reasons why i love him

Exam dah habis wohooooo *bunga apiii bunga apiii* At last aku boleh menenangkan otak yang serabut, tidur lambat , bangun lambat , layan korea smpai lupa nak makan lunch wakakaa tak sabaaar >:) Tapii, harituh ayah balik dengan berita yang buruk . Cuba teka apa ? Takda lah , mana ada orang meninggal -_-" Asal berita tak baik je mesti orang fikir ada yang meninggal dunia adoii .

Ayah balik and tanya bila aku habis exam , aku pun cakap laah last exam hari khamis . And ayah cakap ' Office ayah ada buat motivasi untuk budak PMR dengan SPM , Eera pergi tau ' Motivasi je kann , aku pun ohh okayyy . Sekali ayah cakap motivasi tu 3 Hari 2 Malam . Membuat kan aku speechless dan meraung terpekik terlolong macam mati laki . Sebab ? TU BUKAN MOTIVASII TU DAH MACAM KEM PUN ADAAAAAA !!

Kau tau kan aku mmg tak suka betul program yang sampai tidur bermalam malam ni. Kem pengawas pun aku tak pernah pergi , inikan kem motivasi buat apaaa T_T Selalunya kalau pergi kem mesti pergi dengan Fatin . Aku rasa macam nak mati je sekarang ni . Ayah kata nanti tidur dalam bilik . Kot ? Then aku terfikir , kalau roomate aku psycho cemanaaa ? Ngaaa tu okay lagi kalau takda orang nak tidur dengan aku cemana ngaaaa . Aku dah lah penakut , bilik sendiri pun takut nak masuk -,- Mati lah .

Esok lepas balik sekolah , aku pergi . Yeahh aku tak pack barang satu pun lagi . Esok baru aku pack kot ? Malas lah , takda mood . Tengok lah beg aku mesti macam orang nak pindah rumah and beg besar macam mengandung empat bulan . Aku mana biasa kem kem nihh T_T Masa darjah enam aku pergi kem , hari yang sama time nak solat maghrib dah homesick :( Mesti tiba tiba teringat rancangan dekat TV . Rindu rumah sbb nak tengok tv, bagus sangat lah tu .

Ayah saya memang berdedikasi . Nama pun SuperDin

Kan dah habis exam , tapi rasa macam terseksa pulak nak cuti . Sebab aku dah banyak salah haihhh -_-" Mmg menurun lah exam yang niii , so aku tak mengharap lebih lebih . Dalam banyak banyak exam , satu soalan je aku ingat . Tu pun soalan sivik .

Adik anda telah terkoyakkan buku teks anda. Apakah tindakan anda ?

A. Melempang adik
B. Mengoyak buku teks adik
C. Menasihati adik blablablaaaa

Time aku baca soalan nii, aku dah gelak sorang sorang daah. Mesti lah sorang sorang , dah nama pun exam takkan nak ajak orang sebelah join gelak . Soalan sivik mesti selalu keluar soalan loser loser macam nii . Sejujur nya , kalau aku ada adik , and adik aku koyak buku teks aku . Aku bukan setakat lempang dia , koyak buku teks dia . Aku smack down + flying kick dia  , koyak SEMUA BUKU dia and aku akan ambik duit tabung dia untuk beli buku teks baru . Hebat kan ?  Sebab tu lah aku takda adik , hahahaha . Tapi oleh kerana exam sivik , jawapan semua nak bersivik jaaa so mesti lah jawab yang positif . Semua yang bagi jawapan positif tu semua hipokrit ! Termasuklah aku.

Aku ni selalu terlupa nak bawak sesuatu yang penting . Macam harituh, aku lupa nak bawak buku latihan TOP cikgu Laili . And seperti yang aku jangka , cikgu laili akan round satu kelas and tengok siapa yang tak bawak buku . Kalau tengok takpa jugak, ni siap kena cubit lagi . Aku merupakan orang yang hebat dalam menyusun strategi cewaaah ayat nak gempak aja adoii . Time cikgu pergi tempat aku , aku pun buat buat lah pergi belakang kelas nak buang sampah . So cikgu tak perasan pun aku tak bawak buku .

Tapii kita merancang , hanya Allah yang menentukan cewaaah . Azhani pun tak bawak buku and lakonan dia buat buat carik buku dalam beg sama sekali tak berjaya hahahahha . And dia kena cubit dengan cikgu. Azhani merupakan kawan aku yang paling kurang hasam sekali bila dia bagitau cikguu sambil tunjuk aku yang tengah belakon buang sampah dekat belakang kelas "Cikgu, Syaheera pun tak bawak ! " Strategi aku hancursss !! Last last aku kena cubitan Cikgu Laili yang secukup rasa, lemak berkrim disukai ramai tu . Thanks Azhani . Jasamu dikenang .

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sekarang ahahahha .

Aku kan pengawas sekolah and ada calon pengawas yang aku kena tengok cara dia bertugas . Aku dapat borang bagi komen untuk dia blablablaaa . Aku dah siap daah borang tuu , semua cikgu dah komen pasal calon pengawas yang aku kena jaga tu . Aku dah hantar dah pun. Tapiii , harituh aku ambik balik borang tu drpd Puan Norishah sbb aku hantar tapi aku sendiri lupa nak komen pasal calon pengawas tu .

So bila exam week , aku selalu lupa nak hantar balik dekat Puan Norishah walaupun dah lamaa ada dalam beg -_-" Sekali tiba tiba ada meeting pengawas . And cikgu panggil nama nama borang calon pengawas yang belum hantar . Aku dah cuak dah ni. Sekali cikgu panggil nama mentee akuu . Tapi mentee aku lambat datang meeting so cikgu pun menjerit lah "Siapa mentor Siti Najihah ?!? " Aku dah cuak nak mati , sumpah ! And seperti biasa, aku buat bodoh jeee . Tu lah strategi aku sebenarnya : Diam je  .

Danish dah tau yang Siti Najihah tu mentee aku soo dia pun pandang aku . Aku terus "Baik kau diam, mati kau kang ." And strategi aku berjaya lepas cikgu ubah topik . Lepas cikgu dah habis berucap blablaaaa , cikgu nampak Siti Najihah and tanya balik siapa mentor dia . Strategi aku hancur . Lagi sekali . Cikgu tanya bila nak hantar boranggg , aku dah takut gilaaaa ' Err saya bawak cikgu .' Baru aku sedar , Puan Norishah ni scary jugak kan :O Senior semua gelakkan aku cisss sbb diaorang ingat aku tak dengar apa cikgu cakap T_T Malu gila lah .



No comments:

Post a Comment