Sunday, October 30, 2011

Prefects' HiTea 2011 ♥

Nama saya Nur Syaheera Tajuddin. Muka suci hati baik perangai lemah lembut tapi saya pengawas . Bukan pengawas pusat sumber takpun pengawas ICT, tengok muka saya yang dah makin gelap ni dah terang lagi bersuluh mengalahkan spotlight yang saya Pengawas Sekolah. Aku boleh dapat pengawas paling baik dalam sejarah :") Terima kasih terima kasih . Sebab aku pengawas yang tak terus marah dan hanya mencarut dalam hati. Siapa kata jadi pengawas semua nya best ? Kau ingat best kena carut dengan budak rempit tak habis belajar tapi nak masuk sekolah ? T____T *sabar sabar*

Tapi bila orang fikir jadi pengawas tak best, pun salah jugak ;D Dapat rapat dengan ramaaaai senior dan junior sebab jadi pengawas. Cikgu percaya kita sebab pengawas . Tak payah pakai kain biru sebab pengawas. Tak payah beratur setiap pagi sebab pengawas. Tak payah rehat dengan student lain sebab pengawas. Well dapat ramai haters pun sebab pengawas jugak wakaka tapi ada aku kesah? Bila orang kata " Aku tak suka pengawas", dalam hati aku "Kau takyah jadi pengawas pun belambak orang dah tak suka kau" . Jealous cakap jealous babaaaiii. Jangan terasa, bagi aku satu chance untuk cakap apa yang pengawas rasa selama ni thanks.

Hari hari pengawas kena bertugas, so perkara biasa untuk pengawas merungut. Ramai pengawas cakap nak berhenti berhenti berhenti , hak elaaah lu cakap nak berhenti tengok muka ada je bertugas. Aku pernah cakap dengan ibu nak berhenti tapi ibu tak bagi, katanya eeka dapat masuk Universiti Malaya tu semata mata dia jadi pengawas -,- Aku pun taktau sampai bila aku nak jadi pengawas T_T Honestly, memang penat bertugas. Rindu nak rehat dengan Jasmine & Najihah :( Tapi tak semua orang dapat experience pegang tanggungjawab walaupun masih muda <-- Hak elaaaah pergi mati sekarang. 

Semalam, hari yang aku rasa jadi pengawas sangat sangat sangat best. Well honestly aku tak pernah terfikir nak jadi pengawas sebab nak pergi sekolah pakai blazer lagi bergaya, nak ramai kenal or nak pergi Hi-Tea. Aku hantar borang jadi pengawas sebab ibu suruh, sumpah -,- Dah tiga tahun aku pergi Hi-Tea pengawas, tapi baru semalam aku rasa Hi-Tea ni memang best . Kalah Hi-Tea tahun lepas yang best hanya part amik gambar dengan Jerry yang hot terbakar meletup kebaboom muka korea asdfghjkl. 


Cuba tengok muka JieyHa dekat belakang (Y) Aku dah lah update blog tengah malam, tengok muka dia macam nak makan orang. Gila scary woi

Tahun ni theme untuk Hi-Tea ; Masquerade. Kena pakai mask . Bukan mask yang pakai bila satu Msia terkejut kena H1N1 tu. Mask orang lain semua macam mak aihh mak datin punya mask. Labuci sana sini glitter sana sini. Tak boleh blah ramai sama bentuk (Y) Aku kabut carik mask. Carik dekat kedai pak aji takda punn wakaka. Aku tanya ibu, bila nak beli mask ? Ibu kata "Apa kata ibu buatkan nak ? Ibu guna manila card, buat cantik cantik" <-- Akibat ada ibu yang jadi surirumah sepenuh masa. 






Tahun ni buat dekat Palm Garden, IOI Resort. Ayah nak hantar dekat hotel tapi aku merajuk satu hari kata nak naik bas jugak. Tak best lah kalau parents hantar ;/ Aku sampai sekolah, Syazwani dah tunggu depan sekolah hahah sayang aku lah tuu :") Kenapa kalau tukang driver bas mesti India ? Dah lah driver bas tu tersalah hantar kiteorang. Patut turunkan dekat Palm Garden, pergi turunkan dekat Marriott Hotel. Mak aih pacik ingat sekolah saya ni kaya raya ke nak buat Hi-Tea dekat Marriott ? Mesti ni balasan taknak pergi hotel naik ayah, terus kena jalan kaki dari Marriott pergi Palm Garden. Nasib dekat je wakaka 

Honestly aku malu nak pakai mask aku :"( Aku pakai sekali je mask aku hahahah ye laah mask orang lain semua glamour gituh. Ingatkan taknak pakai langsung sekali Carmen menjerit "Kalau nak masuk pakai mask dulu !" And tahun ni share meja ramai ramai ; Aku Syazwani Diyana Sofia Arisya Hazirah Atikah Azfar Umar Syazwan. Jangan tanya aku kenapa ada 3 orang lelaki sesat wakaka kiteorang main ajak je sesiapa duduk. It was fun though ;D 




Masa cabutan bertuah, belambak gila orang dapat. Dah tak macam bertuah pun ada hahah meja aku 3 orang kot dapat. Oleh sebab ramai sangat and kiteorang dah start bosan, Sofia plan kiteorang tepuk tangan serentak 10 kali . Kelakar gila bila tepuk tangan lama lama, sekali berhenti serentak. Smpai orang last je tangan dah merah & kebas. Tapi meja tahun ni sumpah best (Y) 

Kitaorang makan buah je, lepastu ikut budak lelaki pergi surau. Kiteorang mana lah tau surau dekat mana so tanya budak lelaki, dieorang kata surau lelaki dengan perempuan sama. Kiteorang dah macam biar betul o.O Nasib tak bukak kasut lagi nak masuk hahah, bila tanya macik cleaner tu dia tunjuk kan surau perempuan. Haish budak laki ni takleh percaya wakaka . Dah amik wuduk baru teringat, aku tertinggal sofia dalam dewan hahaha. terus solat cepat cepat. Dah habis solat tgk Syazwan dengan Azfar ada kat surau lagi, Diyana terus "Awww dieorang tunggu kita lah" <--- Perasan betul hahaha.



Muka wan; senyum pun nampak garang wakakaka

Masuk dewan terus amik makanan dengan rakusnya. Lapar gila kot. Even majlis tak start lagi gelas aku tinggal satu per tiga je. Salah satu sebab tahun ni punya tempat lagi best; waiter dia handsome. Takda lah muka macam Kyuhyun kan, tapi tak macam tahun lepas muka Nepal ke Bangladesh ke (Y) Aku tengah jalan lepastu cakap dengan Syazwani "Tahun ni waiter handsome kan? " Sekali tak perasan ada waiter laki kat belakang aku, aku memang suka buat malu. Aku tengah makan baru berapa suap dah ada waiter tanya dah habis makan ke , dengan menunjukkan muka saya nak angkat pinggan. Aku dah speechless gila, ni nak bagi aku makan ke tak ni pinggan penuh lagi kot. 

Masa tengah makan, aku ternampak Sam berlari. Aku taktau pahal ada kucing kejar kee apa. Sekali dia pergi dekat aku dengan Syazwani. Aku hampir kena heart attack masa tu -_-" Dia tunjuk muka dia yang innocent tu keluar kan camera and kata nak amik gambar. Hahaha comeeeel nya senior saya  Syazwani terkejut sangat bila Sam tiba tiba datang sampai tangan dia menggigil okay. Dia siap amik kerusi sebelah aku lagi *fireworks* Tiba tiba dia keluarkan wallet dia, dalam hati aku dah macam eh nak bagi duit ke apa Sam ni? o.O Tiba tiba dia keluarkan card and bagi dekat aku. Aku dah macam fuyooo Sam baru Form 6 dah ada business card! 



Sekali bila aku tengok betul betul terus "Awww Saaaaaam ! " Dia bagi satu card tulis nama aku and a short speech dekat belakang. Trust me, its cute. Its even better when it was handmade, originally from Sam. Sam siap laminate kan okay hahaha comel nya senior sayaaaa  Time dia bagi tu terus awww rasa dihargai. Best gila dapat senior macam ni, kau ada? Wakaka the best senior ever (Y) Dah lah dia yang datang dekat junior nak ambik gambar, ingat senang nak dapat senior humble macam tu ? Aku dah cakap laki chinese lagi better daripada malay ! Sam bagi dekat junior dia yang sama kumpulan, i guess. Tapi aku taktau lah Othniel dapat ke tak sbb its weird bila Sam bagi dekat Othniel hahaha.


Ada short speech dekat belakang :') Sumpah simpan sampai bila bila wakaka


Kak Fatiha ♥ Lagi satu senior baik hati, datang dekat junior nak amik gambar :*



Group masa rehat :* I will miss them tsk tsk :"(



FORM THREE ; Lepas ni dah pupus muka muka ni :(

Everything happened the way I want. 29 Oct 2011  P/s : I wont upload pictures on facebook. Almost semua gambar gelap :(

2 comments: