Friday, April 20, 2012

Life in Seseri .


image

*Say Hye with that face *

Handphone saya telah dijumpai oleh ibu selepas sesi menggeledah rumah yang ibu jalankan selama beberapa hari. Alhamdulillah, dah berapa bulan aku balik rumah tak pegang phone sendiri. Loser tahu ?

Last two weeks birthday macik braces saya, Fatinah Omar :) Second-intake student who knows how to adapt with seseri life so well ! Sekali pandang tak macam second intake pun. So malam malam buta tiba-tiba teringat birthday fatinah esok ! Dengan apa yang di plan, just bawak dia masuk toilet and simbah dia dengan air sabun + bedak. Tiba tiba dia punya instinct tu macam kuat betul, dia ada feeling yg kiteorang ada plan nak prank dia aishh.

So Kak Arina telah menghulurkan tangan dalam drama-yang-tak-berapa-menjadi. Kak Arina suruh kiteorang yang tak tidur lagi pergi toilet and bersihkan toilet untuk inspection esok. Yang tak logik nya nak bersihkan toilet malam malam buta -__-" Tapi kiteorang pun layan je lah jalan cerita drama Kak Arina. Aku pun start susun toiletries dekat bawah sink. Then aku tengok kat belakang, Busyra dah ready dengan satu baldi air sabun. Busyra pun dengan losernya kejar Fatinah dalam toilet dan peperangan pun bermula !

Tapi.. peperangan ni merupakan peperangan paling dramatik. Fatinah yang tengah panic ni pun pergi berlari dekat Kak Arina yang tengah tak sedar and masih dalam lakonan mengemas toiletries padahal Busyra dah kejar Fatinah nak simbah air sabun. Tak sempat Kak Arina nak tengok apa jadi, .. Busyra dah simbah air dekat Fatinah and secara tak langsung bukan Fatinah sorang je yang basah kuyup. Kak Arina sedar-sedar je dah basah habis ahh !

Masa tu Kak Arina dah habis keluar loghat utara dia tanya kenapa dia pulak yang kena. Masa tu aku dah terguling kat toilet. Fatinah oh my god, muka dia tu je mak aih suci gila ah. First time tengok macam budak ni mesti lemah lembut anak solehah! Lepas prank tu, aku dah kenal dia sangat -_-" Mak datuk punya ganas, nauzubillah ! Masa aku baling bedak kat muka dia, dia tarik baju aku mcm nak terkoyak aku rasa. Dia baru nak balas balik aku dah berlari lintang pukang , dah lah slipper aku ni jenis licin sikit je nak buat aku jatuh haish nasib lah tak jatuh kang tak pasal pasal aku dapat MC ddk rumah *duduk silang kaki*


Bagaikan Fatinah smack down aku. Hallamak hiperbola :O

Mengikut apa yang dirancang, tu je lah prank nya. Tapi time malam macam tu lah tiba tiba tanduk di kepala aku keluar tanpa had. Fatinah mesti lah nak kena mandi kan, dah lah prank tengah malam pukul 12:00 pagi takkan nak tidur dengan basah kuyup sbb air sabun pulak. So dia pun pergi lah mandi sekali dengan Kak Arina yg jadi mangsa keadaan wakaka. Masa Fatinah tengah mandi, Elisa ajak aku prank dia lagi. Aku pun memang takda hal bab prank orang *muka suci* 

Elisa dengan busyra settle kan air satu baldi. Aku dengan bijaksana nya menggunakan jalan yang paling mudah tapi kejam ; amik baju and towel yang dia gantung dekat pintu toilet so that dia dah takda baju nak keluar. Tidur lah kau kat dalam toilet HAHAHAH wohooo. Busyra dengan Elisa pulak pi simbah air dari shower sebelah Fatinah . Masa tu Fatinah dah menjerit macam org gila dah, dah lah mandi tengah malam. Dapat air terjun free pulak tu. Lama sikit baru Fatinah perasan towel and baju dia semua takda. Dia tanya baju dia kat mana, kiteorang letak kat kaki lima toilet hahahahah omg kejam gila.

Last-last kesian lah pulak kat birthday girl kang tak pasal pasal mengadu dekat mak dia pasal budak dorm buli dia, mampus aku. Aku bagi towel dengan baju je. Seluar dan lain-lain aku still tinggalkan kat kaki lima toilet muahaha. Aku dengan Busyra nak selamatkan diri, kiteorang terus lari pergi dorm. Aku nk tengok macam mana dia keluar toilet hahah dia pakai towel dengan baju je. Masa tu kiteorang dah terguling kat depan dorm.


image

Aku dengan Busyra jadi mak guard dekat depan dorm and budak form 4 yang lain tengah buat surprise untuk Fatinah kat dalam dorm. Dieorang senang ah, aku dengan Busyra yang sengsara dekat luar dorm kena smack down dengan Fatinah sbb alihkan baju dia T_T Sekali bila Fatinah masuk dorm, ada card birthday and bentuk love yang disuluh guna torch light dekat atas katil dia. Nyanyi lah lagu happy birthday dalam keadaan lights off -_-" Esoknya, abang Fatinah datang, bawak pizza muahahah. Agak-agak kalau abang dia tahu kiteorang prank dia habis-habisan, nak ke bg pizza ? ><

Tutup kes Prank Fatinah. Bukak kes drama antara aku dan Mr Wong. Mr Wong ni baik tahu taaak, baik sangat sampai aku tak buat homework dia, tak hantar homework bila dia suruh hantar. Sekali tu fail aku hilang and homework Math aku smua dalam fail. So bila Mr Wong suruh hantar, mcm mana aku nak hantar kan -__-" So aku tak hantar lah. Next week nya kot dekat dalam lab computer, Mr Wong bg balik homework Math. Masa tu aku relaks je smpaii ..

Mawar cakap dengan aku yang Mr Wong dah tanda kat list name 4A siapa yang hantar. Maksud nya Mr Wong boleh tahu lah siapa yang tak hantar ! ORDER MAUT. Masa tu aku dah macam cuak gila ahh, tahu-tahu lah kalau aku panic macam mana. Otak dah tak berfungsi dengan betul ! Lepas dah habis bagi homework, Mr Wong panggil nama sorang-sorang yang tak hantar. Masa tu aku teringat satu benda je. Menyorok. Aku pun apa lagi, masuk bawah meja computer! Busyra dengan Mawar pulak cover aku. Busyra jangan cakap lah, duduk terkangkang sbb taknak Mr Wong nampak aku kat bawah meja. Mr Wong dah panggil nama aku berkali-kali. Budak kelas aku pulak ada setengah bagi kerjasama cakap "Syaheera pergi tandas !" Yang lagi setengah yang aku nak flying kick cakap "Ye keee ? Mana adaaa. "

Tak pasal pasal Mr Wong igt aku ponteng class. Mr Wong, saya budak baik okay *peace* Lepas class dah habis, aku pun keluar kelas buat-buat batuk padahal sebenarnya niat nak cover nametag kang Mr Wong tahu pulak aku ada dalam class. Aku rasa bersalah tahu taaaak ! So aku carik jugak fail aku and ada budak Brassi 5 jumpa aku and cakap dia terambik fail aku. Aku pun terus hantar homework aku beserta surat cinta kepada Mr Wong (padahal surat mintak maaf kang tak halal ilmu, aku yg risau -_-) Tapi sekarang aku dengan Mr Wong dah okay *peace*

Miss Ding ajar Add Math. Miss Ding baik, cuma kiteorang ni ha otak mcm cakap no entry dekat add math. Asal Miss Ding mengajar add math je start lah mengantuk. Sama jugak dekat Mr Wong, asal Mr Wong bukak mulut nak mengajar je classmate aku smua kepala dah landing atas meja lab computer. So aku dengan Mawar suka me-remix kan lagu time belajar so that tak mengantuk. Tiba tiba tercipta lah lagu yg bertajuk "Situasi Add Math". Lirik sendiri, melodi lagu Situasi by Bunkface tapi lagu ni sumpah rekaan takda kena mengena dengan real life. Miss Ding baik okaaaaay ! I repeat ni rekaan !

Discriminant Miss Ding menjatuhkan markah aku,
mulut aku kini menjadi bisu,
dan aaaaaaaku 
merayu Oh Miss Ding ! .. disitu

Mengharapkan markahku ditmbah ,
tapi Miss Ding suruh blaaaah.

Dan bila ku menghalang,
musnahlah, musnah impian
ku mendapat A plus
A plus ku terbabasss .

Aku dengan Mawar sangat berbangga atas bakat tersembunyi kiteorang. Tunggu lah , nanti kiteorang debut. Hahhaha Haktuihh conclusion nya aku rasa semakin lama aku berkawan dengan Mawar , aku semakin loser -_- *terjun klcc*

Haritu dekat Acheh ada gempa bumi kan ? Kuala Lumpur affected kan ? Nak tau satu benda yang gempak tak ? Student dekat seseri pun rasa. Sumpah tak tipu. Ceritanya macam ni, Fatinah bawak laptop sbb dia ada project sekolah so kiteorang ni menumpang sekaki nak dengar lagu korea. Tiba tiba Busyra tanya Ecah "Rasa tak bergoyang ? " Lepas tu Ecah kata dia dah lama rasa. Ingatkan sbb pasang lagu korea kuat sangat ke. Sekali kiteorang kat dorm semua duduk atas lantai, serious bergegar and badan rasa mcm bergoyang. Fatinah tengok katil kat dorm pun bergoyang -_-" Masa tu semua lari cari tudung and keluar dorm sebab takut bahaya. Rupa rupanya, satu floor dah rasa. Floor aku semua dah keluar dorm even yang dalam Bilik study pun terus berlari keluar -_-" Scary gila nak mati, terus call ibu masa tu. Igtkan perasaan kiteorang je, sekali esok tengok surat khabar mmg gempa bumi kat Acheh and KL pun rasa. First time rasa gempa bumi, wow O.O

Nak dengar satu lawak loser ? Izyan tengah nak isi borang jadi Imtiyaz which is satu organisasi agama Islam dekat asrama . And ada satu soalan tu tanya 'Nyatakan pembaharuan yang anda boleh lakukan kepada Nur Imtiyaz'. Aku pun amik borang Izyan and tulis jawapan aku yang bernas guna pensel "Menggantikan nama Nur Imtiyaz kepada Nur Syaheera " Hahahha loser tak lawak aku ? Okay nampak nya sangat loser -_-

image

That's all for now. Wish me luck for my upcoming mid-year exam on 2 May :( Birthday Wan Hazmi takdak ongg ! Haishh . Bye peeps, take care :*

No comments:

Post a Comment