Saturday, July 21, 2012

Alhamdulillah, Ramadhan is here.



Assalamualaikum everybodyy :) Masa tak cukup nak update panjang lebar. Balik rumah dua hari je, homework mak datuk mengalahkan cuti seminggu je. Some bad and good things happened time aku dekat Seseri *peace* I'm still adapting <-- entah berapa kurun nak adapt taktau ah. Btw, happy fasting ! Semalam sahur dengan family. Tidur lambat zzz rasa mcm bukan nasi yang atas pinggan, muka aku yang atas pinggan -.-

Last month Seseri baru buat Hari Sukan. OMG sumpah different environment.Kay kalau sek btho buat kat stadium IKBN yang comel tapi student ramai gilaaa kan sampai pack stadiuim tu. This year pulak Seseri buat kat Stadium Selayang yang besar gilaaaaaa.. tapi bwk student seciput je dalam 400 students sbb Seseri kan ada Form 4 and Form 5 je. Rasa macam kosooooong nya stadium *sigh*










Percaya tak aku masuk kawad ?!? Tak payah percaya pun sbb aku TAK masuk kawad. Dieorang start practice kawad awal, masa aku cuti chicken pox *peace* So aku masuk larian. Hahahaha kay tu boleh buat kenduri pulut kuning. Lari pun aku tak masuk. Habis aku masuk apaaa !! Aku jadi orang yang duduk kat seat stadium terpekik terlolong menggedik ambik gambar non-stop dan makan bila lapar. Yes, pendek kata aku penonton.. *peace*

Jadi penonton puuuun, nak terkeluar anak tekak aku menjerit tahuu. Kay aku rumah Hijau, Brassidium for the win :D Well, Brassi macam cheer non-stop so kalau aku duduk diam tak join cheer macam alien sesat. Lagipun time tu ah nak jerit mcm orang gila, lagipun takda laki. Setakat Encik Ilyas, Cikgu Amin .. *sigh* Brassi cat muka dengan colour hijau, dah lah time tu musim euro kan memang semangat gila. Sadly, aku tak cat muka ye laaah muka baru lepas chicken pox zzz sensitive to the max. Aku siap call ibu ayah tanya boleh ke cat muka kang effect muka aku yang tak sihat lagi ni mampuih tak raya.






Kawad Brassi smaaaaart sangat suka gila formation dieorang, so do cheer team. Aku taktau kenapa tapi Brassi dapat semua second place ; kawad, cheer and kedudukan antara rumah. Last year Brassi third place, tu yang senior happy semacam bila Brassi dapat second place. Aku dah macam eh kita second place kaan, bukan first ? *speechless* And lepas Hari Sukan habis, semua masuk dorm dan.. pengsan tidur sampai skip lunch. Aku takyah tunggu dalam dorm, masuk bas dah pengsan *peace*

Aku dah cerita belum Aisyah tercekik tulang? I guess belum o.O Okay epic gilaaa, kalau masuk headline Metro pun aku tak pelik ah. Time dinner haritu, kiteorang makan ikan apa ntah nama . Aku kan makan je, nama ikan mana nak tau. Aku tau ikan bilis je wakakka. Then tiba tiba Aisyah pegang aku. Aku dah macam apasal macik ni, flying kick kang ! Aisyah cakap "Weh aku tercekik tulang *tunjuk muka sengsara* " Aku sangat panic. Panic gila sbb takleh nak buat apa, warden tengah berucap dekat atas stage takkan aku nak menjerit TOLOOONG, SYABIB TERCEKIK TULAAANG !! 

Aku dah macam " Sakit taaaak ?". Well aku tau soalan yang mintak kaki, sah sah ah sakit kan takkan sedap pulak tercekik tulang zzz biasalah tu otak tak berfungsi. Aku tengok muka Aisyah macam nak nangis -_-" Aku pun teringat masa kecik aku pernah tercekik tulang and ibu suruh makan nasi kepal so  that nasi tu boleh tolak tulang tu. Aku pun amik nasi, kepalkan and suruh Aisyah telan. Tapi macik tu masalah weh bab bab telan, nak telan panaol kecik tu pun menangis, inikan nak telan nasi kepal tu. Dia duk kunyah nasi kepal yang aku bagi tu, ish masa tu aku rasa macam nak smack down dia pun ada. 

Aku dah mcm mak tiri time tu " Aisyaaah, jangan kunyah ! Telaaan ! " Aisyah kata tak boleh, tak reti and sakit etc. Aku dah macam ish bgtau Kak Aliah (Ketua Dewan Makan/Akak Dorm/ Dorm Sister Aisyah), tapi Aisyah tak bagi. At last Aisyah tahan tulang yang tercekik tu almost 40 minutes smpai habis dinner. Lepas habis dinner, aku terus lari pergi jumpa Kak Aliah even though Aisyah tak bagi ! Kak Aliah pun suruh ia telan nasi kepal tapi tak boleeeh. Muka dia makin nak nangis adalah-,- Masuk dorm, Aisyah check kat cermin nak tengok selamat ke anak tekak dia wakaka. Sekali mak datuk aku boleh nampak tulang besaaar gila tercucuk kat area anak tekak dia.


Besaaaaq nya tulang !

Aisyah mula ah nak try keluarkan guna gunting, gila betul kang tergunting ank tekak mampuihh. Last-last aku teman Aisyah jumpa warden T.T Yeah Miss Eisma baik gila bagi motivation kat Aisyah cakap awak boleh keluarkan tapi guna tangaan !! Jangan guna gunting for sure. Aisyah pergi toilet, aku pergi dorm kejap nak amik towel sekali on the way nak sampai toilet Aisyah keluar "Wehhh aku ah cabutt tulang tuuuu !!!" Dia cabut sendiri guna tangan depan cermin toilet after almost one hour tahan tercekik tulang. Epic gilaaa weh, boleh buat short film -_-

Another epic story. Pasal aku sendiri *tutup muka* Dulu masa Form 1, ayah ada belikan jam untuk aku for birthday. And yeah sampai harini lah, jam tu aku still pakai even dah 4 tahun ! You know, sentimental value cewaaaah takleh blah. Tapi masa kat surau Aku, Fatinah and Aisyah main urut-urut tangan sampai lawan siapa paling kuat etc and tangan aku lah yang jadi experiment. Aisyah taknak kalah so dia siap suruh aku bukak jam aku so that dieorang lawan fair and square konon nya. Aku letak jam tu atas baju aku. 

And esoknya, sebelum nak pergi olympiad math (yang paling loser pergi sana naik bas pekerja T.T Alaaah yang warna biru muda tu haaa yang macam pekerja kilang naik tuu zzz malu gila ah. Bas seseri ada event lain so terpaksa guna bas pekerja.) aku cari jam aku macam org gila tauu. Aku mana boleh hidup tanpa jam tersayang T.T Entah berapa kali aku tertengok lengan aku sebab nak tengok masa, even baru sedar jam hilang. Aku dah tanya smua probis Imtiaz and pengawas Realigi ada tak jam aku kat surau tapi dieorang kata takda :( Rasa macam nak nangis pun adaaaa

Balik daripada olympiad Math, ibu ayah datang nak jenguk aku. Aku pun bgtau lah ibu yang jam ayah bagi tu hilang. For sureeee aku kena marah kaw-kaw punyaa. Ibu cakap aku ni memang suka hilang barang, sama je macam akak-akak aku. Kuang3. Lepas kena marah dengan ibu, aku bertekad ! Untuk menjalankan sesi Jejak Kasih bersama jam tersayang. Aku dengan loser nya buat announcement kat Dewan Makan. Announcement yang memalukan ngaaaaaaa *tutup muka*


Masa dinner, aku macam lupa terus aku ada tulis announcement. Sekali "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perhatian kepaa sesiapa yang ternampak atau tolong menyimpankan jam tangan saya stainless-steel yang berjenama U2, tolong pulangkan kepada ahli Brassidium 4 atau 4 Adioda. Saya sangat sayang jam tangan tersebut kerana pemberian ayah saya. " Lepastu Aisyah dah pandang aku. Reaction student alam Dewan Makan macam 'Awww*menunjukkan simpati T.T*' Aku rasa macam nak tutup muka guna alas meja huaaaa


Sekali dalam surau lepas solat sunat, ada Imtiaz bagi announcement. "Kejap eh perhatian kepada pelajar yang hilang jam U2, sila tuntut di depan sekarang" Masa tu semua orang pandang aku tapi malu nak bangun so aku macam freezeeee. Kawan aku dah macam 'Weh ambik laaaaah, cepaaat !' Sampai akak Imtiaz tu kata ' Alaaa yang ada announcement kat Dewan Makan tu.. Jam yang ayah bagii tuu, taknak keee..' Lagi ahh malu nyaaa nampak sangat anak manja huaa. Bila aku bangun, dieorang semua macam tahan gelak T.T Habis solat Isya' semua orang jumpa aku "Ada orang tu hilang jaaaaam ~" Zzzzz

Last week ada Perkampungan Intelek untuk 3 hari. Alah macam bengkel for each subject, buat dekat dewan PWTC. Aku takleh describe betapa happy nya aku selama 3 hari tu. Sbb Seseri boleh bebas pergi jalan-jalan even makan dekat The Mall hiiihii *peace* Basically Perkampungan Intelek boleh tahan. Yang sampai tertidur ada, yang best pun ada. Tapi mengantuk tu dah macam standard lah. Tak percayaa ?


Masa subject Chemistry teramatlaaaaah mengantukkk. Yang duduk dekat belakang ni ah tidur secara berjemaah dah. And LCD belakang rosak so budak-budak yang selalu duduk belakang macam akuu ni tak nampak lah screen. Aisyah pun amik tangan aku and conteng guna pen ( salah satu cara hilangkan ngantuk). Then penceramah tu nak panggil satu student suruh jawab. Mula ah budak seseri menjerit nama kawan masing-masing. Aku dengan Aisyah dah memang dekat dunia lain. 

Sekali penceramah tu nak panggil sorang nama, punya lah bising dewan tu macam macam nama keluar. Sekali penceramah tu " Siapaa nak nak jawab ni ? Haaaa siapaaa? ... Syaheera Tajuddin ? Siapa Syaheera Tajuddin ? Mana diaa ? " Masa tu jantung aku ah mcm nak tercabut. Aku pandang Aisyah, Aisyah pandang aku, aku pandang Aisyah balik.


Dalam hati ah sumpah seranah mana-mana budak depan yang menjerit nama aku. Aku terus cuak lagi panic. Aku dah gelabah gila kat belakang wehh soalan manaaa !! Soalan apa pun aku taktaaaaau, hoi gali kubur betuuul ! By the time penceramah tu tengah mencari aku, semua dah pandang aku yg tengah gelabah. Dah lah soalan yang dia nak cari jawapan ni aku tak belajar lagi sbb cuti chicken pox T.T Satu-satunya jalan penyelesaian; "Taaaak siaaaap lagiii !! " <--- Aku menjerit dari belakang dewan dengan selamba nya. Habis slot chemistry aku terus cari budak kelas aku yanguk jerit nama aku, mati korang semuaa. Revengeeeee.

Last week ada Interaksi Akademik. Quite late right ? And yeah I got Anugerah Terbilang Seseri muehehe :') Basically, aku tak kesah pun pasal Anugerah tu. TAAAAPI, aku kesah sikit pasal anugerah tu sebab siapa-siapa yang dapat anugerah tu dapat free Pulang Bermalam! Heaaaaaa-vennnn. And now start check kalender, date mana nak tuntut free Pulang Bermalam *evil laugh*


Dekat Seseri, orang kenal aku as Syadin. Tak ramai pun orang panggil aku Syeera, Eera etc. Then datang lah seorang budak second-intake yang suka manja-manja dengan aku -.- Claim dia sebagai kembar aku cisss. Introducing you the next version of Upin Ipin, SyaDan an SyaDin (Syafiqa Hamdan and Syaheera Tajuddin).

Salam Ramadhan,
Syaheera Tajuddin.


No comments:

Post a Comment