Saturday, September 1, 2012

Engagement Syareena & Faeiz [w/ PHOTOS]

Assalamualaikum !

Good news hereeee ! Kenal tak kakak saya ? Yang tua tu ? Yang ingat dia cun tuuu? Yang menjalani diet secara besar-besaraaaan dan dia semakin kurus.. Aku sedih, dah takda lemak utk aku menyembunyikan diri dibelakang angah :( Kau ingat dia saja je nak diet ?!? Sebenarnyaa, dia siap sedia untuk her engagement day. Tunang, you know ? Bila aku pulakk .. *gali kubur*

Selepas aku menjalankan sesi soal jawab bersama Syareena Tajuddin, sudah terbongkar suatu cerita ! Macam mana boleh berputiknya bunga-bunga tahi ayam cintaa haktuihh gila maak ayat bunga-bunga menangis Puan Afzan, out karangan outtt ! Macam ni ceritanya, mungkin aku ada tambah tokok sikit mengikut sesedap rasa aku supaya cerita menjadi lemak berkrim dan lebih gempak ..

Duluu, family aku pernah duduk Pontian, Johor. Well, aku masa tu masih berlari-lari di tadika dan kadang-kala menangis sebab gigi aku sakit effect terlebih makan gula-gula. On the other hand, akak aku yang dah sekolah menengah (jauh kann beza umur? KANN?) dan menggatal gituu. Mengikut cerita angah, Abang Faeiz dah lama duk usha angah hahahaha aww so sweet. Abg Faeiz kacau angah especially masa angah nak tunggu ibu amik dia balik sekolah and abang faeiz ingat lagi angah balik naik kereta waja lama yang sudah selamat dijual wakakka. Abang faeiz pernahh sekali suruh orang kirim salam dekat angah tapi hmm akak I bajet tak mau layan (kononnyaa, kot-kot dalam hati dah terkinja-kinjaa OMG I'M SO EXCITEDD !!)

Lepastu angah pindah pi Bandar Tun Hussein Onn sbb ayah dah tukar kerja kat KL. So Angah and abang faeiz lost contact. Sekalii abang Faeiz jumpa pulak account Friendster angah *insert lagu bunga-bunga cinta by Misha Omar* Hahahah ingat tak before Facebook ada Myspace? But before Myspace ada lagi zaman Friendster hahahaha omg tak larat you. Tukar lagu Cinta Mukabuku jadi Cinta Kawan-ter. So maklum laaah through Friendster tukar-tukar number. And their first date was at Mid Valley ! TAK LARAAAATTT YOUUU -_-


So they end their lovey-dovey monkey's love yesterday 31August 2012. Tapi belum kahwin lagi lah, tunang baruu >< Kahwin bila? Awal tahun depan maybe, sbb next year aku SPM *yawn* So selepas aku menangis sedih berkabung sebab warden tak bagi balik, at last aku balik jugak. Tapi pagi on the E-day. Aku takda masa malam before preparation, and I'm so saad. I cried all day you know. Slept with tears and wet pillow, iSedih.

Tapi aku lah orang yang paling eksaited to the veryyy max bila dah sampai rumah. Instead of assalamualaikum, aku macam "EERA BALIKKK ! YAYYY BALIIKK !*dancing in front of all relatives*" Orang semua geleng-geleng hihiii pathetic tau? And last minute preparation, tapi aku masuk bilik dan sambung.. tidur T.T Penat tau !

Angah buat dia punya hantaran sendiri, hmm dentist takda kerja I guess. Dia ulang-alik Johor-Bangi everyweek sbb nak siapkan hantaran dia. Hmm untunglah tangan seni, aku kalau buat hantaran hancur semua dah tak jadi hantaran tapi jadi mcm hadiah birthday party -_- Cakap pasal Angah and abang faeiz, dieorang sangat lah childish ! Aku paling tak sanggup baca sms diaorang hahaha sumpah weh. And aku selalu kacau dieorang masa call macam tiba tiba " HAI ABANG FAEIZ, ANGAH TAK MANDI LAGI KANTOII"

Kawan angah ramai gila datang, yang dari sekolah menengah pun adaa :') Comel tengok dieorang excited lebih daripada angah. Hmmm wonder lagi, kawan yang mana nak ajak masa aku tunang.. *tampar diri sendiri* Theme colour: Pink. Semua family aku pakai pink huehue family aku jarang tau beli baju sedondon. Even pagi raya tak pernah pun sedondon sbb kiteorang prefer sama corak tapi lain warna. Khas untuk E-Day angah, SuperDin's family with pink colour, in action !! 


Pelamin untuk tunang :) Cantik kan? Aku heart attack masa first tengok.


Semua kawan dia and peng-angkat dulang hantaran 




Aku taktau kenapa tapi kiteorang forever sedondon thats why orang ingat kiteorang kembar *sigh*


Along (!) Aku harap along tak baca blog aku like seriouslyyy. Sebab aku nak cerita satu cerita yang sangat mengarut hahaha. Along amik aku dekat Seseri instead of ibu or ayah. Along tunggu aku dekat kantin and aku duduk depan along. Aku tengok kawan-kawan aku dah bisik bisik pandang along. Sekali masa aku nak balik kawan aku tanya "Siapa tu? Abang kau ke?" Aku pun angguk. " Handsome gilaaaa !" Asdfghjkl apakaaaah. Pleaseee, abang aku dah tua kay anak pun dah ada dua. Hmmm kawan-kawan aku ni tahulah dah lama tak tengok laki kan heh citarasa pelik bin ajaib. Along, please jangan perasan.





Kawan angah yang bersama-sama tahan survive their university life in Bandung, Indonesia. Yang dari Kelantan and Terengganu pun sanggup turun KL aww so sweet. Masa aku tunang, yang dari London pun aku seret balik !!! *berangan agaaain*


Angah kata masa ni lah paling cuak sekali. Semua orang pandang dia 



The most awkward part.. HAHAHHA boo yaah


Ramai kaaaan?



Tak dilupakan bekalan tenaga sokongan kerja teruna-teruna yang datang khas dari Johor untuk basuh pinggan wakaka my cousins !

 

Gambar ayu khas untuk calon mak mentua


Gambar gedik yang perlu disorok daripada mak mentua. Pengsan karang!


Engaged !


My Najihah dataaaaaang ! All the way from Btho muehehe iloveyou :* 



Aku cakap dengan Najihah "Rendah lah sikitt ! Awak tu tinggi sangaat !!" *cried*




Qasehss got really excited when TokDin buat taman baru tepi rumah.


Ruuuuun, qaseh !


Bila qaseh dah dalam mood macik macik


OMG Very the joyaaaah one ! Singsing lengaaan mcm nak carik gaduh



So our photoshoot start now !


Angah so creative, dia search photo booth props and did it on her own. 



We dont need photo booth, we do it naturally outside the house hahahha






Mula daaah, roh gedik dah masuk jasadd









Aku amik blackboard Engaged plan nak amik gambar bajet dah tunang tapi dieorang like " Apaaa nii boooooooooooo !!"





Tunang, baruu ... Wakakka


And,,, selepas berjam-jam menunggu Datin Nur Jasmine sampaaai ! Amboi nak tunggu dia datang macam kena bentang red carpet dari BTHO sampai Bangi ! :P I love you macik thanks for coming.


And bila kiteorang kuasai pelamin, habislah camwhore






Sangat heaven ! Kalau macam ni lah bahagia nya aku, esok jugak aku suruh eeka pulak tunang ! Muehehe aku wonder ah dulu masa angah sekolah dengan abg faeiz ada tak terfikir dieorang akan tunang -_- Mesti tak langsung hahahaha. Omg shoo sweet. So congrats Syareena Tajuddin and Faeiz Nawawi. Enjoy your engaged life before your married life :P Pssst tips untuk menjadi bakal abang ipar yang baik ialah memberikan apa-apa hadiah atau rasuah halal kepada Eera dahulu muehehe *peace*

P/s: Kepada macik-macik yang ada anak handsome, sila poskan gambar kepada rumah Encik Din sebab Encik Din ada dua lagi anak perempuan yang belum ada relationships *kening kening* Hahahha lame joke. 

Feel blessed,
Syaheera Tajuddin

No comments:

Post a Comment