Sunday, December 23, 2012

Budak keding

You know aku ada sorang kawan ni kan, dia kaaan kalau lah kau suruh aku lukis gambar dia takyah nak pergi kelas belajar melukis ah buang masa. Sebab aku boleh lukis dia macam orang lidi kita selalu buat masa tadika duluu duluuu. Sebab dia wayyy too thin keding so lidiii -_- So dont bother to take picture with her, atau aku akan terasa sangat gemuk hahah hell. Tapi aku amik jugak gambar duluuu *tembak* Oh yes, kawan aku tu Izzaty. Bukan Izzati. Bukan Izaty.

Paling loser hilarious mintak kaki kiri kanan lah pendek cerita, aku secara tak langsung dah memalukan diri sendiri *nangis* Aku kan balik kampung, ni pun haaa baru sampai terus bukak laptop sebab aku sangat merindui dunia serba maju aku. Dekat kampung, line 3G pun tak dapat T.T Last day baru dapat 3G ngeh so saaad. Birthday Izzaty 21 Dec and the only way untuk aku wish dia mesti lah through sms kan sebab aku sumpah tak dapat line 3G nak wish kat twitter -_- 

Tapi sampai hati dia, tak balas langsunggg!!! Aku macam ciss, sampai hati aku dilupakan. Tapi aku dengan positifnya fikir, takdak kredit apa budak ni hmm mungkin free top up untuk hadiah birthday pun sesuai hakhak. Aku still rasa pelik and aku tanya Izzaty dekat Twitter 'Dapat tak sms aku, aku dah wish -_- ' Lepas tu dia kata dia touching gila dengan aku. And aku macam Hak alah patutnya aku yang touching tak reply text aku. Rupa-rupanya dia dah tukar number phone hahahahah keloseran apakah di situ?!? Malu nya, aku bagai nak rak wish. Izzaty ingat aku tak wish langsung birthday dia and touching *hentak kepala*


Aku google gambar kau tahu?


Aku ada cakap kan nak belajar main piano lagu When I Miss You by Beast untuk birthday Izzaty hahahah I dah reti lalalaaa master okay. Even before aku tunggu ibu ayah amik aku kat rumah nak balik kampung, aku sempat tau bukak laptop. Aku buat video untuk Izzaty, even video tu dah siap pun hahahaha simple je lek luu. Tapi sebab aku punya super-buta-IT dah lebih daripada yang dijangka, aku taktau macam mana nak bagi dia. Wi-fi yang terlebih laju ni bila try nak upload dekat youtube sampai 153426 minutes remaining, keloseran apakah di situ ..

Aku wonder jugak macam mana aku boleh kawan dengan Izzaty. Aku tak pernah sekali pun sekelas dengan dia. Tak pernah sekali pun kenal dia dulu, sebab sekolah rendah lain. Not even my prefect mates. Mungkin myspace yang menjodohkan kita hakhak. Dah lah kiteorang pernah gaduh sebab aku tipu dia. Actually aku gurau je pun, aku kelentong dia cakap nama Jasmine tu Najihah. And Izzaty yang terlebih friendly ni everytime jumpa Jasmine beriya-iya tegur 'HAAAAII NAJIHAAAH !!!' Bila dia dah tau dia ter-wakenabeb, kiteorang gaduhh dush dush. Oh kiteorang pernah gaduh pasal laki jugak hahaha sebab dia pecahkan rahsia aku dekat classmates laki dia cisss wakluuu. 



Dia post kat blog dia takda siapa post entry pasal dia. Hahah this is your first one ? *mata bersinar sinar* Okay sila lempang. Happy birthday macik, even dah nak genap setahun aku tak jumpa kau its okay aku still sama cuma muka aku je sekarang dah bertukar ala ala Power Rangers kena chicken pox. Kau dah tengok pun kan  muka chicken pox aku sebab haritu terserempak dekat Mines hahaha ngek. For your information, aku pernah try google full name aku and keluar link blog kau. Aku google nak curi gambar kau pun keluar gambar blog aku hahahah nampak tak metal bond antara kita yang kuat utuh mampat ketat? Haktuih.

Till we meet again,
Syaheera Tajuddin

2 comments:

  1. weh, mana ada! HAHAHAHAHA aku cakap yg AKU tak sempat post new entry kat blog masa birthday aku. malu tak? XD

    ya Allah, jodoh kita kuat. nasib baik kau tkde abang yang single hahahahah x)

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAH kebangangan apakah di situ *menyorok* Hahaha taknak aku ada akak ipar macam kau. Kang hari raya nampak muka kau lagi. Gambar raya aku buruk ah nampak gemuk !

    ReplyDelete