Sunday, January 27, 2013

Maulidur Rasul 1434/ 2013


Hello peeps.

So this year we celebrated Maulidur Rasul without our juniors hahahahahahaha yay me. Sebab tahun lepas kiteorang kena sambut dengan senior sbb sambutan Maulidur Rasul buat lambat. Tahun ni awal pulaaak. Nevermind, dewan luas je sebab just ada Form Five. Kalau tahun lepas hmm mak datuk nak bersila pun susah okay.

So aku rumah Hijau which is Brassidium. Brassi for short. Semua kena pakai baju kurung hijau on that day. Aku taktau kenapa tapi jodoh aku dengan rumah Hijau ni sejak dulu lagi. Sekolah BTHO pun rumah hijau jugak tapi sampai sekarang cinta aku dengan warna hijau takda wujud lagi. Acano entah boleh dapat hijau.

Baju kurung aku takda warna hijau satu pun! Hahah most of them warna purple tak tahu kenapa -_- Tengok lah gambar baju kurung masa prep semuaaaa purple. So kalau kena pakai baju warna hijau, aku akan pakai baju angah yang gedabak gilaaa. Aku taktau kenapa besar sangat baju angah ni. Okay fine bukan nak kata aku kurus, baju tu memang originally besar! Orang semua kata aku dah gemuk *sorok*





Brassi Four 

Dorm mates aku sangat lah excited nak celebrate Maulidur Rasul ni. Sampai semua pakai tudung warna turqoise except for Echah and Fatinah. Takda tudung hahaha apakah. Kiteorang pakai tudung sama konon nak sweet lah haktuih. Orang semua pelik dengan aku, baju kurung hijau muda tapi tudung turqoise ?!? Buta warna tahap dewa ke apa 

Masa macam ni je lah kiteorang pakai lawa sikittt sebab kalau tak tudung aku senget sebelah pun watlek je biasa lah takda laki. Tu je lah alasan sepanjang hari kalau baju and tudung serabut : Takda laki, relaks ah. Camwhore gila okay dorm mates aku serious wa cakap tak tipu. Aku yang camwhore ni pun boleh rasa penat ambik gambar *sigh*



Ni rumah hijau ke rumah turqoise ? *wonder*


Camwhore with Mahirah, our captain. Happy Birthday Meraaah, sweet seventeen xx

Alamak gambar belambak macam tak sambut Maulidur Rasul langsung! So the event for Maulidur Rasul this year better daripada last year. Last year ada penceramah datang ceramah pasal Maulidur Rasul and ceramah tu kau dah dengar setiap tahun. And kebiasaan orang semua akan tidur. Tapi this year ada nasyid and banner competition instead of ceramah.

We screaaaaam for Brassi team. Team brassi dah lah first. Group nasyid kiteorang dah macam bertukar jadi group choir hahahaha whatever I love the brand new tasbih kafarah hihii. So penyampaian hadiah : Brassi dapat nombor tiga dalam nasyid but johan for banner ! Yaaaaay [even though tak tolong buat banner langsung hakhakhak] Bila dah menang takleh buat cheer brassi lah dah kata aktiviti agama. So we do 'Alhamdulillah! Wasyukurillah! Terbaik lah!' Mula mula Marina lead cheer tapi takda siapa layan, aku yang ddk sebelah dia yang malu -_-


Did I ever mention we got new mentor this year ? Hahahaha Ustazah Akmal dah pindah so Ustazah Faizah jadi mentor kiteorang tahun ni yay yay. Masa first day jumpa ustazah tu ya Allah berbeza! Tak awkward langsung. Kiteorang duk potpet kadang kadang terkeluar daripada topik Mentor-Mentee hihii. Ustazah ajak riadah petang sama-sama and masak untuk kiteorang for out birthday. Omgee ustazah we love you so much. Please join us prank Aisyah this thursday ! 


Kiteorang pergi padang Block C for our so-called-photoshoot. At last ada jugak gambar Mawaddah :( Mawa gedik selalu takda dalam gambar. Please amik cuti as a Seranta and have a good life with us. 



  I love these people as much as I love the camera ♥ 



No comments:

Post a Comment