Thursday, December 5, 2013

Much love from Sunway


Sah gambar curi lol

Dah lama berangan. Even tahu ni semua berangan, still dah tulis siap siap atas calendar, bulat 29 November. One of the ways to survive stressful days before exam was to stare at the calendar and counting for exam to end and 29 Nov to come. Kadang kadang macam tak betul bila aku yang duduk sebelah Aisyah dalam kelas check calendar 'Aisyah sikit lagi nak merdeka '

Mula mula dengan angan-angan mat jenin. Bond dorm aku kuat gila i don't even know why tapi kuat kuat pun selalu tak cukup 11 orang. First time cukup 11 orang masa activity batch and we took polaroid photos lol gedik gila it took months nak gather 11 orang cant you imagine? Tak pernah gaduh pun. Either Mawa takda dalam dorm or aku yang takda dalam dorm sebab belajar tempat lain. Dorm bising nak mampus, takleh deny doh. So the problem will be either aku or Mawa or both of us hahahahah hell yes.


Last dinner. Masa exam week dinner sama-sama even tak sama dorm (kena pindah!!)


Masa tengah baring ramai-ramai kot dalam dorm, berangan nak keluar sama-sama lepas SPM. Dekat sekolah pun selalu tak cukup inikan lepas SPM lol. Berangan nak pergi Sunway Lagoon. Dah lah dormmate aku duduk jaaaaauh gilos. Sorg perlis, sorg terengganu, sorang palong, sorang kelantan. Yang lain bersepah. But believe it or not we made it hahahahahahaahhaahh gila kan 



Sunway Lagoon mission accomplished!


Dengan transport nya takda nak pergi sunway. Pergi naik abang Fatinah, balik naik komuter tahu taakkkk omg aku dah besar betul ni sampai naik komuter lol jakun betul. Ayah was so protective lol risau kot anak dia nak pergi sunway dengan kawan w/o any adult. ((Ayah, eera dah habis spm okay dah besar no need to worry ehehehe)) Anak bongsu memang disayangi hmm. Busyra duduk rumah aku, anything for this Sunway planning lol

Takleh blah kat sekolah siap lepak ni nak bincang pukul berapa nak sampai etc. Aisyah lantik diri sendiri jadi ketua rombongan hahahahahahaha gila -_- Ketua rombongan yang buat aku jalan dari sunway pyramid sampai ke sunway lagoon nak patah kaki aku. Datang sunway pakai baju dorm kot hahahaha orang tengok kitaorang macam nak lawan futsal pun ada sebab baju dorm beli yang jersey. I GOT NUMBER FIVE ON MY JERSEY MY FAV NUMB HEHEH 


Brassi di hati


She will leave me next year and I'm all alone.


Anyone yang nak pergi Sunway and wonder banyak benda macam berapa tiket lah itu ini its okay we already did the planning thoroughly hikhik. Tiket RM90 per person yang rasa umur macam kiteorang ni tapi kena bawak IC sbb ni MyKad promotion. Tak nak bawak IC, bawak lah duit lebih hahaha. But its okay Aisyah tertinggal IC haritu tapi still dpt harga 90. Kena kamceng sikit dengan makcik cashier. Nasib haritu aku yang bayar, macik tu tenang tengok muka aku tu yang lepaskan Aisyah hehe

Warga emas rm60 kot tapi kenapa eh Ika tak dapat harga 60 hahahahah nenek. Locker kena bayar ke sewa pandai pandai lah. Elisa beli locker, kiteorang tukang sumbat wakaka dah tak rupa beg wa cakap. Macam tong sampah jadinya. Tube yang besar tu kena sewa untuk main dekat wave tapi lepas pulangkan dapat balik duit. Pakai je slipper nampak tak bertamadun tapi dah kata nak have fun so comfort comes first. 



Fatonah dan surau al-Mawaddah


Makan time.

Makan mahal gila aku cakap. Macam mana pun kau tahan, lepas mandi naik slides turun naik lepastu naik rides menggila lagi tak lupa kau jerit macam nak terkeluar anak tekak confirm kau akan lapar and haus. Definitely! Try je bawak masuk makanan sebab haritu kiteorang seludup kek batik berjaya lepas hahahahaha bo yah security. Air mineral dalam sunway 3 ringgit, aku beli kat kantin 1 ringgit lawak tak lawak? Aku beli jugak sebab haus lol

PATUT naik semuaaaaaa slide and rides. Aku naik semua slide weh semuaa can you believe it aku dah berani naik semua *cries* Masalahnya aku tak berani pun kena heret dengan budak dorm zzzz fearless betul mintak kaki. Oh aku tak naik viking yang pusing 360 heheh tu je okay fobia masa last visit naik viking terus pitam ;/ 

Aku naik rides dengan semuaaa orang. Dengan Ika sekali, Marina pun ada, Fatinah sekali, Aisyah banyak kali -_-" Taktahu lah sebab merdeka ke apa tapi tahap aku menjerit ni memang dahsyat wa cakap. Dah macam takda hari esok. Kalah orang mati laki. Masa naik rollercoaster, macam nak patah handle tu aku genggam. First ride with Aisyah was damn.... exhausting. "MUMMYYYY" screaming from start to the ending, lagi banyak gelak daripada cuak.



First slide. Amik yang terowong gelap to syok. Ada tiga jenis, tiga-tiga aku masuk. Nak warm up suara katanya. Biasalah vokal kena jaga.


Second slide ni aku rasa dah lama wujud dari last aku datang sunway baru opening. Dulu aku macam 'Bapak ah siapa nak naik slide ni gila apa' but now budak dah besar biasalah bajet sentiasa 'Hek eleh tu je?' Padahal bergaduh aku dengan Athilah 'KAU DEPAN AKU BELAKANG OKAYYY'



Not dead yet.


Gambar curi. Sekian.

YANG NI BEST BRO BEST GILOS. Dari kau turun escalator sunway, first thing kau nampak benda ni. And kau akan terfikir mesti tube akan pusing 360 degree tak jatuh ke lol This is vuvuzela. Dah macam nama cake aku tengok -_- Dia akan gerak 180 degree je lol  Naik dua kali, first ride naik 5 orang. Second time naik 6 orang and speed totally different sebab kita kan belajar momentum dalam fizik. Mass increase then the momentum will increase lol. Aku rasa macam nak tercampak keluar pun ada.


Paling tak lawak bila duduk paling depan and taknampak apa jadi so kena toleh belakang zz


HOW DID I SURVIVE HERE MAN? TWO TIMES?

Datang masa weekdays instead of weekend. Kiteorang boleh naik slide tak payah beratur langsung. Lagi laju daripada nak bayar duit makan dekat kantin. Tapi penat gila aku cakap nak panjat tangga dah lah kaki bergetar cuak nak naik slide. Ada ke patut tinggi sangat tangga dia macam nak panjat gunung. 


Gambar curi sekali lagi. Sekian.

Yang ni hahahah kiteorang lawan siapa sampai dulu lol. Dia slide pakai mat. Aku tutup mata je takut ngek laju nak mati tak faham ke jantung nak terkeluar *cries*


5D rides.


Makcik siapa tertinggal amik balik amik balik amikkkk!!


Naik ni dengan Marina lol nanti basah sikit 


Ada jugak rides untuk budak-budak. Yang budak pun kiteorang naik. Kapal terbang yang turun naik macam dekat shopping complex pun kiteorang naik. "Seventeen turns seven" katanya. Yang pusing-pusing macam budak tu kiteorang naik and anggap mengeringkan baju yang basah. Ada rides river apa entah memang basah nak mati. That's why we need rides budak-budak untuk keringkan baju.



Harums, could you stop with that face? -_- Could youuuuuu


Too happy, time is so precious.




Too sad to go home. Too sad to bid farewell. 

Banyak lagi benda best tapi dah ngantuk tahap gaban ni drama Korea perlu diteruskan lol for me rm90 very worth it. Kau spend time memang berkualiti habis dengan kawan. Last hangout lagi. Definitely sunway lagoon is better than hangout setakat dekat shopping complex lepas tu tengok wayang yang kau tak bercakap pun dengan kawan and window shopping yang buat sakit kaki. 



Ten reasons why I smile, ten reasons why I cry

 I glad I'm not leaving Seseri. Thanks for wonderful 2 years dormmates. Block C will be super quite w/o our pranks. Warden will live happily ever after without us lol. Sorry for being too shy to recite doa during our jemaah wakaka. Sorry for sleeping too cute. Sorry for not being in the dorm during exam week. Sorry for not expressing my feeling very well. I know you love me thank you, me too.


One of the to-do-list after SPM already Checked  Hangout with btho mate will be next!



5 comments:

  1. Comelnya yang pakai baju kuning tudung hitam tu. Macam barbie betul. :)

    ReplyDelete
  2. Shut up aisyah, too obvious isn't it?

    ReplyDelete
  3. eera, kau main slides and dalam swimming pool tu semua pakai tudung jugak ke? bawal ke shawl? sorry aku jakun dan amazed T_T dulu zaman free hair boleh lah pakai swimming suit je main semua benda hahahah nampak tak betapa yolo nyaaaa aku.

    tapi soalan aku tu serious tau. diharap kak Eera dapat reply dengan penuh keimanan dan jati diri di dada. *hugs

    ReplyDelete
  4. eera, kau main slides and benda benda yang ada kaitan dengan air, pakai tudung kan? bawal ke shawl? sebab aku jakun dan amazed tengok korang haha. aku baru lagi pakai tudung ni so aku tertanya-tanya. zaman freehair dulu boleh aa pakai swimming suit je main semua benda. btw awal tahun aku pergi banyak benda tutup and 360 tu still under construction.

    jangan gelak, jawab soalan aku tu dengan serious hahahaha.

    ReplyDelete
  5. Hahahah lek ah weh tak kisah kau tanya lah apa aku yg baik hati sedia menjawab lol. Boleh je pakai tshirt dekat sunway. Tapi aku pakai swimming suit but my swimming suit looks like tshirt isn't it? LOL Actually 'tshirt' long sleeve yang kau nampak aku pakai warna pink dalam gambar 5D rides tu swimming suit tapi loose. Why not pakai tshirt lagi comfortable aku rasa.

    And aku pakai tudung sarung hahaha can you believe it hahah comfort comes first, again. Takda sapa aku kenal pun kat sunway and if (and only if) ada mamat handsome ke just look away takpun tengok je lah sbb aku bet kau takkan jumpa lagi dah lepas sunway LOL. Tapi kawan aku pakai bawal. Not bad, cuma bila basah mmg takda ah jadi bentuk dia tapi tak buruk okay je aku tengok yolo katanya. NO SHAWL (kot) gila kau slide kot tak comfortable rimas kang :)

    Cukup serious tak ke aku main-main hahahah panjang kottt!!!

    ReplyDelete