Sunday, February 9, 2014

Europe trip #1 (France)

Sejak balik bercuti ni, motivasi aku nak update blog semakin menurun sampai ke bawah tanah. Pergi bercuti sampai nak 2 minggu bajet nak cerita semua benda memang tak tidur lah aku menaip /cries/ Tapi kena update jugak mana tahu one day aku hilang ingatan ke mana nak korek balik semua memori indah ini cis haktuih. 


Hello long time no see bro

Honestly kawan aku semua taktahu aku pergi bercuti except for Najihah and Jasmine heheh itu pun sebab aku pergi a day before birthday Najihah so macam bersalah nya hati mak datuk tak tenang aku bercuti tiba tiba tak wish on the day hehe. Dah plan lama, thank god ayah dah inform before SPM. 

Kau tk tahu everytime masa SPM week aku mcm frust gila nak mati pandang buku, aku hypnotized diri sendiri 'Takpa syadin this is the last time you read books, nanti kita enjoy ok dekat europe ' /self-pat/ Kalau stress masa belajar lepastu rasa macam nak makan je kerja mesti 'Aip control nanti amik gamba tak cantik' KEJADAH KANNN

Tapi dah habis spm macam tak semangat . Aku sumpah tak tahu pergi negara mana, berapa hari, dengan tour apa, flight pukul berapa etc. I even pack my bag a day before (ke pagi nak fly eh lol) sebab macam watlek ah kan. Sadly, we didnt go as whole family /cries/ Along dah pergi europe masa honeymoon and angah dah sarat mengandung, seriously dia dah boleh deliver anytime soon omg cant wait


So we left our mak buyung here /cries/

 


 

Naik airbus and we got upper deck YAYYYYY 

So sampai KLIA and met our tour group and tour guide, semua Chinese... OK lah untuk aku yang memang taste chinese look kan memang cuci mata lah aku sepanjang trip kahkah tapi aku tak pakai spec and duk tanya eeka 'Ada yang handsome tak weh check check!' Tak guna kan *grin* But still aku risau apa lah aku nak buat 13 and a half hour dalam flight...

Semestinya, aku dah buang masa merisaukan diri. 13 hours in the flight was ABSOULTELY OKAY (should I say I need more?) sebab masuk je aku terus tengok movie hahahaha no worries for kpop maniac macam aku ni haa belambak korean movie, album jangan cakap lah heaven nak mampus. Aku sempat habiskan 3 movie, tk ingat dunia agaknya. Selama ni aku cari eng sub for Cold Eyes tak jumpa, dalam flight jumpa doh dah lah ada 2PM's JunHo bapak syok


Dan akhirnya Junho mati.. Tak ke kuanghajo namanya kenapa why wae /cries/




Touched down dekat Charles de Gaulle Airport in Paris terus menggelupur cari Wi-Fi lol the moment keluar setapak dari pintu airport sejuk nak mati and automatic mulut keluar steam, aku dengan eeka serentak menjerit 'OH MY GODDD ASAPPPP!! NAMPAK TAKK ' Just imagine betapa jakun nya kiteorang ya Allah


Lepastu tour guide bawak jalan-jalan. Kiteorang sampai Paris 7.00 AM so macam gelap lagi eheh first pergi Arc de Triomphe (honestly masa tour guide cakap aku tak dapat bayangkan ejaan dia macam ni zz) and kiteorang turun tak pakai glove hahahaha seriously kalau tak pakai you're so gonna regret sejuk nak mati tangan macam nak beku je rasa. And kiteorang pakai sweater je ya Allah tolong lah faham, biggest mistake ever


Arc de Triomphe  on Eeka's wide lens 




Ayah ayu kalah anak hahahaha

((Kalau lah agak-agak terfikir nak bawak tripod stand ke tolong lah batalkan sahaja niat, apalah guna nya tour guide tercegat depan kalau tak amik kan gamba, takda nya sempat nak pasang tripod stand and believe it or not kiteorang bawak hahahahaha lawak legend ))


And then we go to Eye on Paris (tapi tak naik sebab tak bukak lagi hm ok)




Lepastu pergi Eiffel Tower. At last, wishlist aku selama ni dah tercapai /cries/ Cantik gila doh sumpah, obviously lagi cantik kalau malam ok sebab aku pergi masa pagi so nampak lah besi si Eiffel Tower ni tak nampak lampu tapi besi besi pun aku suka gilaaa. Masa turun bas tu macam amazed gila. My happiness was directly proportional to the number of photos taken /nodded/


Kita dah masuk 2014 tapi ada lagi orang amik gamba senget benget hm ok..


Our first group photo heheh

 

The ticket

Aku baru tahu yang eiffel tower ni boleh naik hahahaah aku ingat macam monument negara je boleh tengok  hahaah boleh naik rupanyaa! Tapi haritu naik level 2, tour guide (Robin) kata ada lagi level atas tapi kalau atas sangat banyak kabus so amik gambar tak cantik. Robin cakap turun boleh guna tangga baru boleh enjoy the scenery tapi eeka kata kaki dia dah kejung lah apa /sigh/ 



Isn't that beautiful?




 

Till we meet again 

I did a very good job for changing new phone for Samsung S4 on the new year /self-pat/ Camera S4 tip top, obviously iPhone pun camera cantik gila takleh deny but sometime sucks at the night (ke eeka punya je macam tu lol) and phone aku first time jatuh tapi rasa macam jantung aku yang terjatuh lol class doh phone aku nak jatuh pun depan Eiffel Tower, dekat rumah taknak pulak jatuh adoi stay strong xoxo

Then we go for lunch. Pergi chinese hongkong halal restaurant tapi still tak makan sangat sebab ibu ayah ragu-ragu. Their mindset pasal halal just 'no meat' tapi still bahan lain yang dia guna ke takpun kuali dia masak benda tak halal campur dengan halal ke (itu apa ibu ayah cakap, aku hanya menurut perintah) nasib baik lah aku makan macam nak gila dalam flight wakaka

Lepastu pergi Paris River Cruise. Masa ni memang pusing pusing naik cruise, activity paling santai lah sebab duduk lepastu amik gamba lepastu tertidur hahahaha no, not yet! Ayah siap sempat suruh aku picit kepala haha, ayah demam on the first day sumpah legend. Tapi seriously Paris lawa gila ok ok ok bangunan dia semua lawa macam classic sikit no regrets, people should go. Nak cari sampah tepi jalan kat Paris pun tak jumpa (eceh gitu)


Cruise tour



Nak tahu tak apa aku benci kalau pergi europe tour ni; masa nak pergi toilet /sigh/ Tahulah kan bukan nya ada pili air dalam toilet zzz, of course we must adaptable to changes but not for our habitual routine ok. So a bottle in your bag is a must. Lantak lah mat salleh pandang pelik ke hape bukan kenal pun /nodded/

Tour group chinese yang holiday sekali ni semua baik-baik. Atau aku ni memang tak prejudis (keluarlah semua sastera aku alamak) yang lelaki pun peramah peramah orang nya /giggles/ Those chinese duduk Len Seng kata ibu. Nak camwhore pun segan, eleh tapi camwhore jugak kisah apa,  sekali terjumpa pulak kang kedai dekat kajang bila balik Msia lol

Next pergi Lourve Pyramid and agaaaaain, cantik gila tak ingat dunia. Semua tempat aku kata cantik, tapi dah cantik nak buat macam mana. Tempat-tempat kat paris ni ejaan memang pelik pelik aku rasa, terpaksa aku menggunakan bantuan Encik Google kahkah








Maka hanya aku yang terbang, sekian.

Lepastu Robin bawak shopping time dekat Galeries Lafayette. Maka tiada lah satu gambar pun di sana sebab just know yang sebenarnya aku tak suka shopping. Betapa bertuah nya lah bakal suami aku, hidup senang lenang dapat isteri tak suka shopping /self compliment/ Tapi tak suka pun angkut perfume baru sebijik wakaka kasihku untuk ayah tiada terkira lebih luas daripada Milkyway di Galaxy, lebih cinta drpd Romeo dan Juliet ((bodek lagi bodekkk))

And agak macam kaki aku nak tercabut je, beransur lah masuk ke hotel. Setapak masuk hotel, menggelupur lah semua orang mencari WiFi walaupun battery phone dah hujung tanduk, screen dah malap malap gitu. The best part bila masuk hotel ni, tour company booked two rooms for our family hahahaha yayyyyy bilik lain dengan ibu ayah /evil/


Aku tak tahu lah aku ni jet lag ke apa kan tapi morning call pukul 6, aku dah bangun pukul 1 AM hahahaha lepastu try tidur balik. Tersedar lagi pukul 4 baru T_____T Aku sempat lagi whatsapp dengan mak buyung yang ditinggalkan. Whatsapp dengan Najihah Jasmine lol and tidur balik sampai lah betul betul morning call , sepanjang cuti ni takda satu malam pun aku tidur mati sampai morning call datang zz


Maka tamat lah satu negara.


SATU BARUUU?!? Kau ada enam negara.

Ok dah stop bai.

No comments:

Post a Comment