Friday, September 25, 2015

Shine 2.0 in Sinabung : Made to Give


Guys!!! Practically based on the clock right now is saturday! Tomorrow half day burn sebab nak tgk scorch trial pastu ahad dah balik kolej pastu ada beribu ribu ratus juta benda yang tak siap lagi guys what is life!! One week holiday as mid sem break sangat sangat lah tak significant langsung tu macam ibarat cuti jerebu je. No, actually it is not practically one week ok. the first 5 days aku dah meroyan meronggeng dekat medan macam tak ingat dunia pastu sekarang memekak bising ha padan muka 


But the 5 days of meronggeng is not wasted, productive gila kot bukannya aku melanguk depan laptop tengok korea ke apa. This new and matured kind of syadin had done a good job (puji diri sendiri sebab takda orang nak puji ke) by joining an international humanitarian project in Sinabung. Pung pang pung pang bercakap, action sungguh! Ala project comel comel je kumpul duit lepastu fly Indon untuk bagi mangsa gunung berapi dekat Sinabung tu. Selama ni aku duk huha huha cerita pasal jual makanan and kuih masa megafair, pergi OU mintak donation tu haaa untuk project ni sebenarnya. After almost a year started, we completed the project at ease! Alhamdulillah semua ok :)



Guwe terbang terus ke medan pada hari Jumaat ya rakan rakan sekalian (ek eleh nak cakap indonesia tapi hampeh) weolls naik Malaysian Airlines luls sebab promotion masa beli murah sebenarnya kahkah. Aku ingatkan lama tau flight nak pergi medan ni sebab aku dengan ajaib nya percaya si luqman yang pelik ni bila dia cakap flight 1 jam 45 minit. Padahal less than 1 hour je flight nya -__- Aku tengok movie inside out, tak sempat masuk climax flight dah landing pui. 

Aku rasa terhibur pun ada pelik pun ada dekat Indonesia ni. Masa tengah nak solat dekat surau airport, semua pergi amik wudhuk lepastu masa masuk aku dah ternampak si cleaner lelaki ni tengah bersihkan pintu surau. Sekali bila turn aku amik wudhuk, aku toleh nampak si cleaner laki tu dengan innocentnya betul betul masuk dalam kawasan wudhuk tu and sambung pembersihan. Classmate aku terus menjerit macam horrified gila tapi cleaner tu relaks je macam takda apa jadi, mungkin ni lifestyle dieorang. 





Izhar try hard sangat tu

Keluar airport tunggu bas lepastu bas yang datang comel gila sebab dia colour hijau yang kecik yang macam bas biasa tapi dia compressed kan or divided by two. Betul-betul muat untuk kiteorang luls. Seat pun muat-muat je tapi sebab aku duduk dengana diena terus jadi tak muat *Adiena's scream* Masalahnya Sinabung nya bukan dekat Medan tapi Berastagi, somewhere like 3 hours drive from Medan. I'm okay with the looooong journey but not with the road!! Ya Allah rasa macam naik cameron highland sangat sbb dia dekat kawasan tinggi -__-" Jalan dia bukan ular kena palu dah, ni dah macam ular kena celur dalam api panas ala ala taugeh basah tu ha macam nak gila kepala aku. 

Sampai hotel dah malam, terus dinner tapi takda selera sebab pening sangat kepala. Dulu masa angah belajar indonesia, selalu visit Indon and aku suka makanan hotel dia but now rasa macam mehhh kekadang keropok goreng tu pun aku tak habiskan. Rasa tua sangat luls. Yes, share bilik dengan Adiena and just imagine betapa tabahnya aku (evil) Dah lah dekat kawasan gunung so sejuk gilaa tinggal tak turun snow je (hiperbola is my forte) lepastu boleh pulak bilik kiteorang water heater toilet rosak. Alhamdulillah :) Senyum je mampu :)


The next day ni barulah hari yang kiteorang betul betul betul class-based project. Pagi pagi dah bangun, menghadap classmate sendiri. Bukan nak cakap apa lah, tapi sumpah sepanjang 4 malam dekat Indon ni memang tidur tu mcm overslept gila. Kadang-kadang pukul sepuluh dah tidur dah. Ni takpalah tidur awal bangun awal, dua hari after that tidur awal bangun lambat tu yang macam baru kenal erti cukup tidur selepas masuk kmb luls. 


Mulakan hari dengan amik gambar sampai memory full, ayuh!





Mula-mula we planned to rebuilt a masjid for Sinabung people tapi lately ni too many volcanic eruption sampai authority tak bagi penduduk dia duduk situ lagi dah. And bila pergi kampung dia, literally no one there. Pergi sekolah dia pun macam sekolah peninggalan sebab macam dah tak terjaga. And initial mission to rebuilt the masjid kena tukar to give basic needs for the people sbb memang tak boleh nak rebuilt dah. And semua penduduk sinabung kumpul dekat satu masjid nama Masjid Agung to meet us :)


Our target people are Muslims of Sinabung and bagi beras, telekung and kain pelekat for adults, stationary for kids. Ramai jugak yang datang, masuk masjid ramai orang dah duduk siap-siap bawah pokok dalam kawasan masjid tengah tunggu kiteorang.

Aku start bersembang dengan satu makcik ni. Nak sembang je dah satu problem yang kena di overcome, aku memang lah power bab bab speaking indonesia ni sebab memang kepakaran aku sampai kadang kadang aku tweet pun dalam bahasa indon and kawan-kawan dah annoyed dah rasa macam diaorg ada follow indonesian pulak luls tapi bahasa first dieorang bahasa Karo mcm dialek tempatan lah rasanya and second language baru Bahasa indonesia. Tapi pandai pandai lah pakai body language level 81930 asalkan aku faham dia, dia faham aku. 




Activities with the kids while distribution made within the adults


Anyway we planned to do science experiment for the kids. Cool gila kot nak buat fireball yang boleh pegang guna tangan luls tapi yang lawak nya bila buat jadi fireball jadi tapi nak pegang tu panas kadang kadang warmth kadang kadang panas nak matiiii. Kesian tengok si syafiq tangan dah hotam hitam macam kerja dekat construction site aku tengok bila dia try pegang fireball. Aku ni sebenarnya dah lah phobia gila api, even bunsen burner dalam lab pun aku tak suka dia menyala. Even lighter pun dah besar panjang 19 tahun tapi aku tak boleh on sendiri. Sebab aku hampir bakar rumah pakcik guwe sebab main lighter luls lepastu kena pegang fireball T________T Ya tuhaaaaan


Because the fireball is too hot to hold when it is supposed to be warm


Lawak nya masa dengan bebudak ni aku tetiba dengar adik budak kecik jerit bersungguh gila "Mas ganteng! Mas ganteng!" Hahaha aku macam nak terguling entah siapa lah yang dia panggil ganteng ganteng ni agaknya memang patut tinggal je situ cari isteri terus and settle down there.




 





Annoying sangat

Masa makan and tunggu settle solat, pergi lah upper part restaurant ni tapi lantai dia licin gila yang kalau slide laju laju konfem boleh terjatuh. Rupanya sebab macam dust and habuk sebab jerebu plus maybe sulphur from gunung berapi (idk aku ni percaya je bebudak ni cakap apa) so dia memang licin gila. Jerebu sana memang teruk. Sampai masa nak turun pergi kampung area sinabung, kalau nak turun kena pakai mask sebab memang udara yang tak berapa nak ok. Kalau kat jerebu dekat kl dulu aku sado je pergi class tak pakai mask, tapi dekat sini aku gigihkan kemalasan aku and akhirnya pakai jugak mask luls.


Tak dapat bayangkan masa depan aku jadi dentist yang pakai mask almost all the time wow


Ni sebenarnya the school compound tapi gaya macam dah lama tak digunakan so yeah kind of creepy at the same time but we stopped by just like a few minutes and then went to housing are which was also...... empty.

We learnt how to greet local people sbb dieorang kan guna bahasan Karo, bukan bahasa Indonesia. So we keep on saying "menjuah juah kita karena" kahkah entah betul ke dok aku eja. Rupanya benda ni greetings mcm selamat datang etc patut lah setiap pintu gerbang ada tulis "menjuah juah", aku ingatkan ni pintu kawasan dia nak menjual jual luls 




Macam kawasan peninggalan sangat sampai rumah dia totally habuk daripada gunung berapi. 



nak lompat macam pocong tapi gaya macam kena sedut dengan alien

Lepastu pergi lagi satu kampung yang ada orang duduk. Sebab telekung and stationary ada banyak lagi balance so nak habiskan dekat Muslim area situ. Kiteorang tercongok lama gila dekat situ sebab nak tunggu budak balik sekolah sebab sesi petang. The kids comel gilaaaaaaaa, dieorang layan je perangai classmate aku yang tak seberapa ni. Dekat area situ like 50% muslims and 50% christian so ada banyak gila anjing and aku hidup dalam ketakutan. 

Bebudak tu siap boleh mempermainkan aku lagi. Aku stare je dekat anjing tu sbb nak berjaga-jaga lepastu budak sekor ni tanya "Kak, kenapa sih takut sama anjing?" Aku pun action gila bajet hati sado "Mana ada takut, okay je". Lepastu mamat tu boleh panggil si anjing tu datang area kiteorang! Mak datuk lutut dah ketar dah bebudak tu dah gelak sakan, muka aku ni dah macam syok kena bahan  "Stop laaaaaah mesti lah takut, anjing kot! Kucing pun akak takut, inikan anjing lagi ah" 





 

bebudak ni layan je kiteorang "ok posing duckface, ok guys macam ni pulak"



Budak ni dah jauh pun still babai kiteorang, lepastu balik rumah salin baju datang balik join kiteorang luls sumpah comel gila

Kiteorang bagi lah balloons yang lebih dari activity Masjid Agung so tiup nak bagi dieorang. Lepastu ada sorang budak ni dia balik rumah dia bawak balloon yang lagi besar and gaya dari jauh mcm helium balloon. Rupanya balloon yang dia gabung gabung lekat atas lidi and nampak macam floating tapi bukan. They dont have the advantage but take opportunity in their diadvantages, creative gila i crey


Farewell guys


TOK human being in fruit market

Esoknya bangun for a very looooooooooooOONG journey yang total like 13 hours back to the next hotel. Nasib baik bukan 13 hours straight tapi perjalanan yang banyak kali stop for sight seeing. But still lamaaaaa gila weh ya Allah rasa macam hari raya balik kelantan! Sengsara lagi sekali jalan mcm ular kena celur air panas jadi taugeh basah tu lagi zzzz amazing

Mula-mula stop dekat satu air terjun ni nama dia sipiso-piso sebab air terjun dia tajam macam pisau (?) serious do aku tak tipu tapi mungkin susunan ayat tu bunyi macam ridiculous gila herher my bad but thats the fact! 


IRP group subject math sl (what)



aku punya lah kira apehal lebih perempuan, rupanya termasuk tourist guide luls




Squad guwe



We actually have this kurus vs gemuk team (sounds annoying but thats the fact) and this is the gemuk one, just ignore my presence in it luls biadap


And the next stop dekat satu kedai makan atas bukit yang dia jual teh dengan kopi dengan pisang goreng. Pelik kan!!! Tapi tu lah yang dia jual so aku macam wonder gila mcm mana dia boleh bertahan dengan keunikan dia and planned to open another one in Bangi and sue this owner if my restaurant not going well luls yeah

And next stop was danau toba. Dia lake yang besar gila bapak and dalam berapa eh maybe 500++ meter kalau tak silap sebab masa aku dengar tu aku macam wonder kalau aku terjatuh dalam tasik ni memang dah takda jawapan nya, selamat tinggal romeo je lah. Kalau setakat reti berenang dari bucu ke bucu swimming pool hotel memang tak payah nak berangan survive kot luls. 



ok saya perkenalkan penyanyi paling popular baru bersama manager nya, Adiena luls


Stopped by at one place tgk historical site yang duk kata horas horas. Entah amende yang horas pun aku tak faham. Lepastu shopping :) Ayah must be proud of me sebab aku tak shopping sangat pun sebab penat lah nak kena bargain semua ni, apa lah salahnya dia awal awal letak harga bersih and bukan harga yang kalau tak tawar memang sah kena kelentong. And the seller started to call you sayang sayang and pegang tangan sebab nak tarik masuk kedai dia. Peh masa tu guwe udah cuak, guwe lari aja deh




Ni first time aku witness manusia solat atas boat danau toba, amik wuduk guna air botol mineral luls. And it was amazing to witness this kind of thing you never see in Malaysia. 

After danau toba trip, pergi straight to hotel and ni lah perjalanan paaaaaaaaaaaaaaaaaling jauh yang aku bangun tidur bangun tidur still tak sampai lagi. Sampai hotel like pukul 11 malam baru check in tu pun muka dah toya gila. Tapi toya macam mana pun habis mandi still boleh turun pukul 1 pagi duduk lobby sebab nak wifi luls. 


The next day was the last day to have fun before going back to Malaysia :(( Pergi Istana Maimoon jumpa bakal suami kahkah cerita dia sebenarnya si sultan deli sekarang ni muda gila tau. 17 tahun sekarang ni, walaupun muda 2 tahun tapi bak bagi species homosapien, cinta tu tak mengenal umur katako. Maka tak mustahil sultan deli yang amik course engineering ni bertemu jodoh minah dentistry dari kmb luls k. Aku ni beriya gila whatsapp si Aisyah Habib bagitahu dia yang aku jumpa sultan deli and amik gambar dengan dia berdua, tak percaya tengok ni


Maka aku mendapat carutan free daripada Esah Habib yehuuu!


Aku bukan nak cakap apa lah tapi tak mustahil tau benda merepek mcm ni terjadi sebab keturunan sultan deli yang atas atas pun banyak kahwin dengan budak perak, johor and terengganu. Aku kan johor so yeah................ stop it syadin, get a grip! 




Lepastu boleh try pakaian kahwin orang sana, memulakan aku taknak tapi sebab dia macam murah kan and duit aku ni pun bukan guna sangat nak shopping so aku habiskan lah dekat benda benda cool macam ni. Dah lah aku pilih colour yang pink gila lol nevermind just abaikan 




See how annoying he can be


Dah macam orang local aku tengok 3 ekor ni





Ni pun annoying jugak



the rest of the day we spent totally for shopping. Innalillah.

The last day, went to the airport by afternoon and had lunch there. Guwe makan bakso dengan Es Teller, macam dulu dulu menu masa visit angah study dulu herher. Aku masih maintain record terbaik dengan bawak balik satu back pack and satu luggage tanpa ada apa-apa bag yang diberanakkan. Amazinggg!



 Shine 2.0 was great to be honest. Seriously. 


Orang tengok pergi medan syok je cakap "Best nya jealous doh kemain eh kau" hm cakap senang lah bro gedebak gedebuk, gaduh sana gaduh sini, drama sinetron 200 episode, konflik dalaman luaran mesti lah ada. Keluar mintak donation pun boleh bergaduh kot pastu esok nya buat benda macam tak jadi pape luls ni lah manusia (mcm lah aku ni robot). But great thing takes time and needs patience anyway so yeah whatever I am still happy for the success (syadins proud smile)




papehal pun cbp dah habis ok adios

No comments:

Post a Comment