Sunday, September 18, 2011

Kisah seorang perempuan poyo

Aku pun tak paham apa ke hey nye duduk depan laptop click button new post malam malam buta padahal lagi err berapa hari ye ? Maybe 16 takpun 15 hari nak PMR. PMR ye cik tipah, bukan exam nak amik lesen memandu. Belajar takmau, update blog nak pulak . Asdfghjkl tolong lah insaf, result dah tak mcm dulu tapi belajar liat. Nak jugak join budak lain countdown nak PMR tapi aku taktau lagi berapa hari -_-" Apa kata kita countdown bila PMR nak habis , bukan countdown bila PMR nak start . Amacam ? Eh introduction terlebih , maaf.

Semalam aku pergi kenduri kahwin kawan ibu . Honestly, aku tak suka pergi kenduri kahwin. Baik aku duduk rumah tengok tv sebab aku tak kenal pun siapa yang kahwin tu. Lepastu biasa laah bila mak mak ni nak bawak anak, mesti kena pakai baju cantik cantik tak boleh baju kurung yang simple . Nak tunjuk dekat kawan la katakan, kalau kawan nya ada anak laki handsome muda takpa jugak. Ni anak semua dah kahwin -_-" 

Tak pasal pasal aku kena pergi kenduri kahwin pakai high heels! Betapa tak rela nya aku. Aku tak suka pakai high heels lagi lagi bila kasut yang tumit tinggi dia ada possibility yang tinggi untuk aku jatuh tergolek mcm cerita hindustan -_-" Tapi demi ibu ku yang tercinta, takkan nak pergi kenduri pakai selipar jepun wakaka . Jatuh lah standard mak I ! And kawan ibu ni buat kat rumah . Rumah dia pulak mak aihh atas bukit asdfghjkl . Dah lah pakai high heels, kena mendaki gunung bak Everest pulak daa . Dah lah Msia panas, pakai pulak baju kurung yang kain dia macam guni asdfghjkl . 

Tempat tetamu nak makan, kawan ibu buat dekat halaman rumah. Untunglah halaman rumah luas macam boleh buat padang golf ! Senang nak buat wedding kat rumah ~ Tapi bila pakai high heels and kau kena jalan atas tanah oh mann . Lagi sakit hati bila kasut tu mcm nak terbenam dalam tanah asdfghjkl sebab jenis tanah lembut , bukan jalan tar ke apa . Tu okay lagi , aku boleh control . Tapi bila part nak amik makanan and kasut kau tersangkut dekat alas meja .. Aku rasa macam nak asdfghjkl mendee entah alas meja sampai ke tanah. Ni alas meja ke carpet ;/ Apalah catering .

ntymc.jpg

Tapi sangaaaat comel bila ibu jumpa kawan kawan lama dia :") Kecoh satu khemah tu "Kau ingat aku tak ?"-"Aku ingat kau.. tapi tak ingat nama !"-"Tak ingat lah tu !" Aww wedding anak dah jd macam reunion pulak daaa. Muka ibu mcm taknak balik je . Syok agaknya jumpa kawan lama. Padahal ayah dah berpeluh peluh , almaklumlahh Malaysia sangat panas. Takkan nak datang wedding orang, bawak kipas dari rumah . 

Tiba tiba aku terfikir macam ni ke jumpa kawan bila dah besar nanti ? 30 tahun akan datang, mungkin? Imagination ; Aku dapat surat jemputan kahwin daripada Azhani. Bukan dia yang nak kahwin , tapi anak dia. Dia buat kat rumah villa 15 bilik yang dia idamkan masa sekolah menengah , buat wedding anak pertama daripada 10 orang anak dia (macam plan dia masa sekolah menengah jugak!). Aku jumpa Aisyah, yang pakai baju macam MakDatin dengan cermin mata hitam dia hallamak aih cun nya. Dia datang sorang sorang sbb macam yang dia plan, dia taknak kahwin <--- apakah ? HAHAH


Tiba tiba aku nampak sorang perempuan muka familiar tapi tak berapa nak kenal. Rupa rupa nya AnisMonsta ku ! Tapi Anis dah tak seMonsta dulu. Dia dah cun melecun. Dah tak layak nak panggil monsta, sbb orang ramai dah panggil dia Nisya aww :") Semua kenal Nisya, pelakon tambahan yang berjaya ! Nisya datang dengan suami and anak anak dia ciss masa kahwin tak ajak. Bukan Anis je ada, Shafiqah pun ada jugak. Anak dia semua comel lagi kurusss. Ambik nasi pun satu per empat pinggan je. Aku taknak duduk sebelah anak dia, sbb rasa berdosa makan banyak T_T 

Masa berbual mak aih kepoh satu khemah , macam nak runtuh bila gelak. Teringat masa main PaCiKu. Main nombor and denda jentik kepala. Teringat masa Aisyah jatuh kerusi dalam library sampai cikgu tanya retak tak lantai ? Teringat kek batik bibik Aisyah yang sedaaap tu. Teringat betapa pekak nya aku sampai dieorang kena ulang dua tiga kali. Teringat yang aku dengan Aisyah kuat tidur dalam kelas and one day azhani pergi cucuk bulu merak dia dekat hidung aku tak pasal pasal aku terbangun mcm kena kejutan elektrik. Teringat bila berangan aku nak buat kilang krayon, azhani nak buat kilang petroleum (nak kaya sangat), aisyah nak buat kilang beras. Masa time tu baru teringat betapa tak senonoh nya life kiteorang dekat sekolah -___-"


(Sesungguhnya ia hanya imagination  )

Cukuplah. Sesungguhnya aku still Form 3 , PMR tak lepas lagi. Tak dapat pun kad jemputan kahwin daripada azhani. Belum pun pergi villa 14 bilik dia tu. Takda pun lagi Nisya, pelakon tambahan Malaysia yang berjaya serta mendapat grammy awards hasil daripada watak dia yang hanya lalu lalang di belakang pelakon utama asdfghjkl tak boleh blaaaah. Azhani masih bersama kucingnya, Cumi yang kerja duk mencakar -,- And anis masih Monsta saya. Shafiqah masih belum ada anak yang kurus. And kerja Aisyah masih tidur dalam kelas okay ? :D Sudah tiba masa untuk saya tidur sebab esok kena belajar . 

Buat masa dua minggu, jangan expect aku nak update blog . Maybe next post cerita pasal PMR dah habis ? Aww tak sabar nya :") 13 september lepas, birthday kakak ku tercinta Nur Syareena :* Sorry takda masa nak buat post special macam along punya. No need to worry about her since she already has Abang Faeiz. Abang Faeiz will take care of her now and in the future kan my future-brother-in-law ? :P Asdfghjkl maaf kakak saya belum kerja pun lagi jangan mimpi nak kahwin. And last week 3Kualiti buat Jalan Raya mcm tahun lepas , thanks Syazwan sebab tolong plan. Still tak sempat nak update dalam blog :( Next time mungkin ? 


Its great to have cool classmates like them .

See you .

2 comments:

  1. well guess what, nanti satu hari nanti kau pergi hosp bhg ent tetibe kau nmpk satu aweks cun ni fulamak ai, Shah Rukh Khan tengok pun menangis. kau pun tersentak dan terkesima serta terkedu, kau cuba berkata-kata namun tiada suara. aweks cun tu dari tadi senyum terharu. kau pulak bukak balik diari kau. "eh siapa pula aweks cun ni?", desis hati Eera (CEWAH HAHAHA)

    rupanya aku! :P tulah, eardrum kau masih tk berfungsi dengan baik sampai jumpa aku, future specialist for ent! x) *berangan*

    ReplyDelete
  2. OMG hahahah kau ni boleh gang dengan aku lah bab bab berangan ni.Takpaa 10 tahun akan datang, aku carik kau. And aku takkan lupa bawak Shah Rukh Khan! Hahhaha

    ReplyDelete