Monday, October 24, 2011

Asdfghjkl #2

Khas untuk Soraya Natasya. Wakaka mesti tersedak tak cukup nafas terkejut punya pasal. 


Hello peeps ! *Jonghyun pahal awal sangat tunduk wakaka

Please lah wahai budak budak yang dah habis PMR jangan kata bosan sbb dah terbiasa baca buku  -__-" Even aku rasa still tak cukup cuti 2 bulan haihh tamak haloba betul -,- Tadi aku pergi sekolah. Ayah lah ni risau sangat aku dah terbiasa ponteng sekolah ;/ Sekali bila sampai sekolah, budak budak yang datang sekolah sikit cenonet je kau tau ? Ingatkan nak buat lakonan grammy awards aku sakit perut ke nak balik rumah, tapi tahu lah saya pelajar cemerlang gemilang terbilang dan malang .

Lima tujuan untuk 'enjoy your life' lepas PMR

RUNNNNNNNNn!! towards MUSIC & away from typical idols

1. Spend time dengan kawan 


Harituh dah lepak dengan kawan tapi kat jusco je lah :( Lepak kat jusco je pun duit terbang jugak apa . Harituh aku tengok wayang dengan gang Kualiti, aku duduk sebelah AnisMonstaa . Kau tauu dalam wayang tu tengah ada scene robot Atom tengah berlari lepastu langgar pili air kat tepi jalan lepastu AnisMonstaa pergi menjerit 'Kurang ajar gila !! ' Ya Allaaaah masa tu aku rasa macam nak menyorok bawah kerusi je. Kawan aku dah lah suara dia menjerit sama dengan suara dia pakai microphone T__T Lepastu bila habis wayang terus pergi toilet. AnisMonstaa pergi masuk toilet laki kau tau ? *speechless*


2. Kuruskan badan <--- pergi mati sekarang

Bila exam week kerja aku makan je kot. Aku ni kalau bab bab nak exercise tu memang kirim salam cintaku kepada Shah Rukh Khan je lah kan -_-" Daripada aku pergi jogging dekat lake valley, baik aku dukung Qaseh Aqeelah yang domok tu je. Lagi lah macam angkat berat ! Tak pasal pasal habis cuti nanti badan aku ada six pack wakaka nak lawan ke bang ? Aku tengah memujuk ibu belikan basikal untuk aku :( Aku dah lama sangat tak naik basikal, kot kot dah tak reti dah balance dah. Di samping menguruskan badan mengayuh basikal, boleh jalan jalan tengok anak jiran-jiran sebelah >< Rumah aku kat bangi dah lah ada kambing terlepas, cuba bayangkan aku kena kejar kambing lepastu kayuh basikal sekuat hati. Berapa banyak kalori aku bakar ! Fuyoooo *bayangkan*

3. Habiskan 9 DVD korea 

Yang ni paling penting daripada nak kuruskan badan wakaka. Even aku boleh habiskan 1 DVD korea yang ada 20 episode dalam masa 4 hari. Amacam nak lawan ke bang ? *angkat kening kanan kiri dan kanan semula*  Aku kalau tengok drama korea kan aura menggatal tu dah tahap maksimum, ibu mesti tunjuk muka pahal-anak-aku-ni-sewel-agaknya . Bila scene manis sampai tak cukup semut nak describe betapa sweet nya aku mesti menjerit Oh My Goddddd . Sekali bila ibu tengah mandikan qaseh, qaseh menjerit "Oh My God !" Ibu punya terkejut terus tanya "Siapa ajar Qaseh cakap Oh my god ?!? " . Dengan selamba badak qaseh jawab " Cuya ." I love you qaseh .

Qaseh : Ibu hari raya dah habis eh ? 
Kak Yana : Dah habis dahh.
Qaseh : Siapa habiskan? 
Kak Yana : *speechless**speechless*

4. Kumpul duit .

Kalau nak kerja dekat 7Eleven memang kirim salam cintaku kepada Shahid Kapoor pulak lah kan. So kalau aku pergi sekolah walaupun sekali seminggu je ibu dah bagi aku duit untuk 5 hari sekolah wakaka. Pandai tak taktik aku nak dapat duit ? Aku rasa macam pergi sekolah dapat gaji tau wakaka. And duit aku makin sikit :( So aku deal dengan ibu carik uban 5 jam dapat 25 ringgit . Amacam kikis duit tak sayaaaa ? :"> 

5. Main piano 

Paling menyedihkan. Aku dah berhenti class piano even masa bulan July lagi. Sbb nak trial dah masa tu, nanti aku tak focus asdfghjkl . Ayah suruh berhenti tapi aku taknak :( Hari last aku pergi class piano tu aku menangis kot, dah lah teacher main lagu Nocturne - Chopin . Masa tu mata aku dah merah gilaa, ye lah masa kecik kecik dulu berangan nak jadi pianist kann . Last last kena berhenti class piano so macam ouchh its hurt. So daripada hari yang aku berhenti tu, aku tak main piano langsung. Merajuk dengan ayah cewaaah actually sbb once aku main piano, aku takkan stop >< Takpaa, nanti abang saya Mohd Shazreen Tajuddin bersama kakak kakak saya Nur Syareena Tajuddin dan  Nur Syafeeka Tajuddin sila tanggung adikmu tercinta masuk class piano eh ? *angkat kening kiri kanan dan kiri semula*

So habis PMR haritu aku terus main piano balik. Tapi belajar sendiri dekat rumah, no more Teacher Grace :( Rindu nak dengar teacher cakap 'Next onee !' Its so hard to learn how to play piano by yourself. Tapi at last one of my mission after PMR already accomplished ; aku dah reti main piano 0330 - Ukiss song :") Takda lah perfect smooth tapi memandangkan aku belajar sendiri , not bad right ? *angkat lagi kening kiri kanan dan kiri semula *

p/s : Aku selesema macam orang menangis putus cinta je asdfghjkl 



And I chose you  

No comments:

Post a Comment