Tuesday, December 27, 2011

Sharing the happiness and spread the love ♥

Sangat loser . Rasa macam nak cerita pasal result tapi macam ketinggalan zaman pun ada o.O dah macam expired rasanya ! Sekejap je dah kena amik result, rasa macam baru dua minggu lepas keluar dewan exam. Rasa macam baru je berapa hari ponteng sekolah lepas PMR habis and tidur malam mimpi Puan Zaharah suruh datang sekolah . Semua plan yang nak buat lepas PMR pun tak habis lagi. Tiba tiba minggu depan nak masuk sekolah ? -__________-"

A few days before result nak keluar, mula lah Angah kecoh gila "Eh eera esok hari apa aah ? " Masa tu mula lah fikir bila dapat result nak nangis ke <---  itu pun nak plan wakaka . Macam mana kalau tak dapat 8A ? Macam mana kalau tiba tiba ibu pengsan depan pintu gate ? Macam mana kalau slip result aku tiba tiba cikgu tak jumpa ? Macam mana ? Macam mana ? Macam manaaaa ... Lagi rasa pressure bila along, angah and eeka semua dapat 8A . Ayah duk cakap "Kalau eera tak dapat 8A tktau lah nak cakap apa" *ayah buat muka macam ni ...


Aku ingat lagi masa Eeka nak amik result PMR . Ibu ayah yang nervous kemain lagi sebab UPSR dia dapat 3A je . Masa ibu hantar eeka gi sekolah, aku tinggal kat rumah and online . Aku yang kat rumah tu pun berdebar, inikan eeka kat sekolah. And bila ibu dah balik, aku terus tunggu depan pintu rumah tanya "BERAPA IBUU BERAPAAA ?!?" At that time , Ibu was the happiest person in the world . Eeka tak nampak semua tu sebab dia kat sekolah. Bila ibu tutup pintu, ibu menjerit "Alhamdulillaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah !!! " Tu lah dia ibu yang risau boleh ke anak dia yang tak dapat straight A upsr nak score 8A dalam PMR. Nothing is impossible, you know .

Malam sebelum nak amik result tu bila bukak twitter ramai betul tengah kecoh pasal PMR aduhaii. So aku sign out twitter and layan running man sampai pukul 2 pagi. Aku tak sempat nak nervous pun malam tu sbb habis layan korea je aku dah ngantuk so terus tiduuuuur. Ibu hantar aku pergi sekolah, janji dengan kawan nak datang pukul 9.50 pagi tapi 10.15 pun still ada kat rumah wakaka. Rasa macam taknak pergi sekolah langsung T__T Tapi bila angah ugut "Baik kau pergi sekolah kalau tak angah hantar sms tanya result ! " Ni lah akibatnya ada akak dekat rumah . 

Sampai sekolah aku terus berkepit dengan Anis Monstaa . Anis nak pergi dewan tapi aku tarik tangan dia suruh tunggu kat luar wakaka. Last last decide nak masuk. Aku jumpa Najihah and dia melompat lompat kata dia dapat 8A :') Masa tu aku pulak yang happy menggila sampai terlompat lompat padahal result sendiri taktau lagi. Nak tanya Puan Zaharah tapi takut . Semua dah berkumpul dekat pentas sebab Puan Zanariah nak bagi result untuk 8A dekat atas pentas . Last last aku macam redha gila tanya Puan Zaharah "Cikgu saya dapat berapa ? " And cikgu tak jawab apa apa tapi tunjuk dekat atas pentas . 

Aku dapat 8A wohooo *joget zapin*


Masa tu aku dengan najihah dah macam orang sewel terlompat sana sini menjerit macam orang kena sampuk. Masa tu terlalu happy sampai takda feeling nak nangis . Percaya tak aku tak nangis ! Loser gila dapat result UPSR kemain lagi nangis -_-" Aku dengan Najihah carik Jasmine tapi tak dapat dikesan. Rupa rupa nya jasmine ada dekat belakang dewan tengah menangis Hahahhaahahahahahha muka, mata, hidung semua merah ! Kiteorang pun punya lah peluk . Aku tak dapat nak describe ah betapa happy nya masa tu. Yelah bila tiga-tiga dapat 8A :')

image

Macam ni lah muka Jasmine hahahahah

Alhamdulillah, PMR 8A tahun ni lagi tinggi daripada tahun lepas . Tapi aku tak ingat ah berapa orang dapat straight A -__-" Tapi yang paling sedih, aku ingat kan lepas dapat result nak hug ibuu sekali ibu call aku cakap ibu kena balik rumah sebab Qaseh dah meragam. Last last mak orang lain yang aku hug zzz . Orang mesti ingat bila balik mesti layanan macam anak raja, kononnya dapat 8A . Sekali aku balik rumah lunch Maggi je -____________-" 

Masa aku keluar dewan ada sorang macik ni panggil nama aku. Aku macam tenung muka macik ni lama lama, macam mana boleh tau nama aku. Sekali ... "Cikgu Zalilaaaaah ! " Rasa terharu bila cikgu kenal aku. Masa tu cikgu tengah tunggu result anak cikgu, tapi aku takda lah rapat dengan anak cikgu tu pun, macam mana boleh ingat nama aku *menangis terharu*

Lepas amik result, kiteorang pergi belakang bangunan nak call Farisha and Fatin. Aku dapat result, slip tu terus renyuk ! Macam tunggu masa nak koyak je. Tau tak dieorang nak announce result tu bukan nak bukak kipas dalam dewan -_-" Aku berpeluh mcm mandi air hujan tahu ? Alhamdulillah Fatin dengan Farisha pun dapat 8A . Satu gang dapat 8A fuhh ! 


Yelah happy sangat kan, buat muka buruk pun tak perasan -_-"

Aku dah cakap dengan ayah pasal nak sekolah mana tahun depan. Sepatutnya kan kalau ikut apa yang di plan ayah nak masukkan aku sekolah seri putera yang baru bukak tu. Tapi Form4 dekat sana takda aliran sains -__-" Makmal sains tak siap lagi, aku taktau ah nak tunggu berapa tahun lagi baru nak siap zzz . Takkan nak aku amik sastera wakaka. So ayah kata sekolah dulu kat Hussein Onn ! Aku taktau lah nak happy ke nak sedih kena sekolah kat Hussein Onn. Happy sebab ada kawan tapi nak lagi ulang alik Bangi-Cheras, rasa penat gila weh sumpaaah dah dua tahun ulang alik -__-" Kena bangun awal and sambung tidur dalam kereta . Kang malam kena balik Bangi semula . Listen, jangan bagi parents kau memandai beli rumah lain zzz  okay bai .


See you later :*

Wednesday, December 14, 2011

Freak Out

Holiday yang sama setiap tahun . Duduk di rumah, melanguk dalam bilik dan melakukan aktiviti-aktiviti menambah berat badan dengan giat nya. Nak online pun malas , nak on phone pun malas, nak mandi pun fikir banyak kali. Hidup aku dah ala ala orang terperangkap dalam pulau gitu -_-"


Semalam aku pergi klinik gigi. Saja nak check gigi , alhamdulillah selama ni aku tak pernah cabut gigi dekat klinik gigi o.O Ni second time aku pergi klinik gigi dekat satu tempat yang dirahsiakan . Aku cakap betulbetul kalau pergi klinik gigi jangan bawak budak kecik -_-" Aku bawak qaseh then kesannya dia menjerit macam dekat rumah sendiri terpekik terlolong . Habis semua brochure pasal gigi dekat dalam klinik tu dia nak pegang aduhaai .

Angah dentist tapi bila dia pergi klinik gigi, dia yang berdebar debar -_-" Aku macam speechless gila. Dentist jumpa dentist pun nak berdebar, asaal ohh ? Aku okay jee eceeeeh bajet sungguh haktuih . Appoinment dengan doktor pukul 9 . Tapi malam sebelumnya aku layan dvd korea so aku tidur lambat . Angah kejut aku suruh mandi pun aku tak sedar . Sekali bila ibu menjerit dari bawah terus terbangun tersentak maklum lah amukan drakula ibu saya memang power . Tengah mimpi jumpa shah rukh khan pun boleh terbangun sebab dengar ibu menjerit wakaka

Pukul 8:40 pagi baru aku sedar -_-" Aku dah macam kabut gila lah nak mandi lagi sempaaat keee zzz . Last last jawapannya aku pergi klinik gigi dengan tak sarapan nya TAPI MANDI KAY . Sakit hati betul bila aku punyalah macam orang gila nak siap cepat cepat but then bila sampai klinik, doktor tak sampai lagi. Aku cepuk kang ! Aku dah lah mengantuk tak cukup tidur , rasa nak je baring atas sofa dekat klinik gigi tu. Last last pukul 9:20 pagi baru doktor datang. Mak aihh doktor bangun lambat jaga anak ke semalam ? -_-"

Nurse dekat kaunter tu pun mak aihh garang nak mati . Cuba lah senyum and guna tone suara yang lemmbut . Ni nak tanya pernah datang klinik gigi tu ke tak tapi macam nak tanya password kad ATM . Pagi pagi dah menguji kesabaran aku . Lepastu doktor tu panggil aku masuk, aku macam "Why meeee ?!? Kenapa tak panggil angah dulu asdfghjkl " Tapi aku still masuk dengan muka takda perasaan takut. Sekali bukak pintu -__________-" Kerusi yang nak baring tu besar gilaaa even lampu pun besar. Rasa macam ada robot nak bedah kau . Masa tu rasa macam ...


Tak sama macam dekat bilik kesihatan sekolah bila budak kelas kena panggil sebab nak check gigi . Mula mula qaseh dengan angah nak masuk sekali doktor suruh dia keluar -_-" Apaaaakah ? Biar lah customer nak masuk zzz jangan lah halau. Aku pun baring lah atas kerusi gergasi tu . Then doktor tu check "Bukak mulut . Tutup. Okay bukak balik. Tutup. Bukak. Tutup lagi " Dalam hati aku ni nak bukak ke tutup ! Aku dah macam buat exercise mulut pun ada . Tiba tiba isteri and anak si doktor ni masuk bilik tu selamba je macam customer tak wujud , tak ketuk pintu pun. Aku macam speechless -_-"

"Semua orang dalam klinik ni PMS ke ? "

Nurse garang . Doktor lambat datang and suruh customer keluar . Isteri doktor main suka hati je masuk dah macam doraemon nak guna pintu suka hati -_-" Gigi aku takda masalah wohoooo ! Boleh lah balik rumah dan makan gula-gula sesuka hatii (Y)

Lagi berapa hari je nak keluar result PMR :( *sigh* Mula mula aku macam takda feeling lagi . Tapi bila balik kampung harituh and everytime jumpa sedara mara mesti tanya aku "Eera result PMR keluar bila ? " Tak sukaaaa ! So kita kena enjoy dulu sebelum PMR keluar macam nak online berjam-jam ke, nak keluar dengan kawan kawan kee . Just in case result PMR tak macam yang kita nak, mesti mak bapak tak bagi online tak boleh keluar kawan untuk 3 bulan etc . Kalau lah result teruk, nak balik kampung jumpa sedara pun malu ;/ Masa dalam kereta , aku cakap dengan ibu pasal result PMR

Ibu result PMR dh nak keluar dah .
Iyaa ? *macam tak kesah gitu -_-"*
Ibu takut laaaaaaaaaaaaaaaa .
Takpa ibu berserah jee, redha lah berapa dapat pun.
IYAAA ? 
Tapi kalau Eera teruk memang ibu terduduk terbaring ! 
Ek ehh tadi kata redhaaaa -_-" 

And harituh ada exam MRSM . Tapi aku taknak cerita pasal exam MRSM lebih lebih sebab susah gila kot math macam tak logik pun ada. Ada ke orang cukup masa nak kira semua soalan . Aku tak cukup masa , aku main tembak tembak tembaaak ! Sesungguhnya lepas habis exam aku dah tak kesah langsung pasal MRSM -_-" Sebenarnya aku nak cerita , masa dekat Kolej Mara Seremban aku pergi lah nak check nama aku masuk lab mana . Sekali aku ada lah ternampak sorang pakcik muda dan handsome ni. Muka dia familiar gila aah sumpah aku cakap familiar! Tapi aku macam hmm salah orang kot .

So aku pergi lah naik dekat lab . Aku tengok semua muka tak kenal :( Semua budak senyap je sebab semua sekolah lain lain kan so macam "Awkkwaaaaard -_-" Sekali ada budak perempuan sebelah aku ni tegur aku. Aku pun layan lah. Dia tanya aku sekolah mana so aku jawab lah SMKBTHO2 . Sekali dia terkejut , aku pun terkejut <-- tiba tiba pulak. Dia cakap "Kenal cikgu zahid tak ?" Aku pun cakap kenal, eh bukan setakat kenal cikgu tu aku minat kot handsomeeee . Sekali budak perempuan tu cakap ... 

"Tu laah ayah kita ."


Oh reallyyy ? *Pengsaaaaaaaaaaaaan * Dekat sekolah tu aku punya lah kalau cikgu zahid ada mesti kecoh "Ehh cikgu zahid ! " Then aku boleh jumpa anak dia asdfghjkl . Betul laaah tadi pagi pakcik yang muka familiar tu cikgu zahid sebenarnya . Nasib baik dekat sana jumpa Ayie ;') Takda lah forever alone sangat. Last exam tu exam keperibadian ke amende entah . Soalan gila merepek -_-" Boleh pulak ada sifat hero filem yang kamu minat . Aku rasa macam nak tergelak kuat kuat terguling tertonggeng dalam lab tu pun ada. Aku dah siap then ada sorang pengawas exam tu suruh aku keluar . Aku orang first yang keluar, rasa teruja pun ada bila first yang kena halau keluar *_*