Wednesday, January 25, 2012

There must be a good reason, I guess ? *sigh*

Alamak orang lain dah kecoh update blog, aku seperti biasa sangat ketinggalan. Its okay hero datang lambat *duduk silang kaki*. Bermula lah cerita si anak manja yang terkapai-kapai. Anak manja yang iron baju sekolah and tudung pun ibu yang buat, sarapan and air milo setiap hari ibu yang buat, basuh baju pun ibu yang buat. Kerja si anak manja tu hanya bangun pagi-pergi sekolah-belajar-tusyen-tidur. And anak manja tu .. AKU *sorok bawah selimut*

Aku pergi tuition dengan hati yang takda perasaan gituh. Tempat tuition aku ramai India, WHYY ?!? Bukan racist kayy, tapi ingat mak aku nak restu aku ngorat India ! Dah lah hari Khamis tu tuition Add Math. Apa kebenda entah Sir ajar, time kelas je aku paham tapi bila selangkah keluar kelas terus blank. Aku, Azhani and Aisyah dah muka berkerut-kerut buat soalan add math. Of course lah time tuition aku silent phone, kang tak pasal pasal time smua tengah buat soalan add math keluar pulak suara Kyuhyun menyanyi -__-" Bukan setakat Sir heart attack, aku pun boleh mati tahan malu.

Tiba tiba badan aku vibrate. Eh bukan badan aku, phone yang dalam pocket aku yang membuat badan aku vibrate. Kau tak tau betapa lega nya aku sebelum kelas teringat nak silent phone T_T Bila aku check, Syazwan call. Aku macam pahaaal tetibe call o.O Aku pun tak sampai hati nak ignore kang ada jugak orang touching *cough* so aku pun angkat and cakap se-slow yang mungkin memandangkan othniel pun pernah cakap yang tone suara aku ni memang tinggi !! Kalah suara Shiela Majid mungkin? *die* Aku pun terus dengan tak cakap hai hello wassup wassup terus cakap "Weh sorry gila aku tusyen. Kay bai " 

Bila aku senyap senyap check sms dalam phone time Sir mengajar, rupa-rupa nya Syazwan dah text aku tanya "Dah check SBP?" Aku yang tengah tuition tu dah macam "Haaaaaaaaaaa dah keluar ?!?" Secara serta-merta aku, azhani and aisyah macam nervous gituh. Aku sampai dah give up buat soalan add math tapi try jugak itupun lepas dah tengok jawapan Azhani hahahahahah serious. Lepastu Cik kak Fatin pulak text "Dapat tak?" Masa tu aku dah macam why now la sbp tu nak keluar, i mean malam malam buta ni orang nak tuition add math tahuu ? Lepastu jasmine pulak text . Pergh.

Lepastu habis tuition aku reply Jasmine cakap nanti aku check dapat ke tak itupun pagi pagi buta lepas parents aku dah tidur. Aku nak check sorang-sorang, takmau ngan parents. Lagipun kalau tak dapat, aku just nak diam je and kalau dapat pun aku takmau bagi tau ibu ayah just tunggu surat tawaran sampai rumah pun okay dah, malas nak kecoh *peace* . Ibu dengan ayah amik aku tuition and it was awkward sbb otak suruh inform ibu ayah SBP da keluar tapi dalam hati macam 'Jangan lah gila ' So aku just tahaaaaaaaaaan mulut jangan bukak aipp !!

So bila dah sampai rumah aku masuk gate etc and hendap dekat cermin pintu. Aku pelik kenapa akak aku tercegat depan pintu tapi takmau unlock kan so that aku masuk ? Pemalas betul. Aku ingat dieorang ada buat salah dengan ibu, seriously. So aku tanya ibu dekat luar rumah "Angah dengan uda kenapa ? *muka serious nak mati* " Ibu tanya balik kenapa, aku mana lah tau. Aku pergi tuition duk bertapa depan whiteboard belajar add math mana nak tau . Tiba tiba bila bukak pintu...


"BAAI EERAAA !" Tercegat dua orang kakak yang gedik sambil tersipu-sipu senyum yang kau hampir flying kick 360 degree bersama satu beg travel yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat besar -___- And of course aku like "Kurang ajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar ! Asal kau dah check ?!? Privacy okay privacy ! Nak check sendiri lah bangang tul !" Time tu aku cam kena rasuk habis bangang kurang ajar semua terkeluar , sorry wakaka tapi dieorang macam happy je aku cakap badwords kat dieorang. Memang aku dah pukul smack down dieorang berapa kali. Aku memerlukan almost 15 minutes nak calm down . Sesungguhnya , kenapa aku dapat kakak sebegini tahap busybody nya ..... T_T

Kisah nya macam ni, masa aku tuition budak kelas aku semua dah check sbp. And WanHazmi pun bagitau lah dekat facebook ke mana entah yang dia dapat tawaran SBP. And yang paling horror sekali, boleh pulak lah Wan Hazmoo tu friends dengan akak aku dekat facebook why tell me why T_T Akak aku tu pulak seorang yang busybody tahap dewa dewi kot kot langit ke tujuh. Akak aku pun chat lah dengan wan "Wan macam mana nak check SBP? " And wan pulak bolehh bagi link kat akak aku. 

image

Why waaan hazmoo whyy?!? 

Aku pun call Syazwan and tanya siapa lagi dapat. Classmate aku yang laki ni memang busybody sikit bukan Syazwan sorang je kay, suka check orang lain punya guna nombor giliran. Even kalau ada exam pun dieorang dengan baik hatinya check kan result *peace* Budak kelas aku ramai yang dapat especially lelaki yang jadi pengawas yang melayu yang apply (macam mana tu o.O) Basically, classmate aku 10 orang dapat. Kot? And aku suruh syazwan list kan nama sorang sorang. And dia cakap "Weh takyah risau. Kau ada kawan dekat asrama nanti." Aku pulak macam "Serious ? Siapa ? ". "Aisyah " Aku macam fikir Aisyah manaa, "Aisyah mana? Siti Aishah?" . Dream comes true bila Syazwan cakap "Tak ah Aisyah Habib" . Aku terus "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA OMG SERIOUS WEH AAAAAAAA" 


musicishisoxygen:

ji-yong:

jesus how sweet/cute/adorable is this guy *-*

Mamamatay na sya sa kakatawa hahaha

First, sorry Syazwan sebab free free dengar aku menjerit macam orang gila. Best tak? Hahah boleh pekak telinga kau. Terkejut lah of course. Cuba bayangkan, macam mana aku dengan Aisyah boleh dapat sekolah sama ? Dah lah kiteorang memang dah start rapat since last year. Aku macam terfikir possible ke dapat sekolah sama yang kawan yang dah rapat. Rasa nisbah macam 1:100 ? Sbb dulu selalu berangan dengan anis kalau lah dapat asrama sama.. Berangan walaupun tahu kenyataan takkan dapat sama. Tup tup aku dapat sama dengan Aisyah yang aku dah bosan tengok muka dia setiap hari dekat sekolah, tak cukup dengan tu kat tuition pun hadap muka dia jugak. Dah lah minat sedara aku -__-" Aku terus terfikir, kenapa jodoh aku dengan Aisyah kuat ? T_T

Aku tak tahu nak happy ke sedih. Tapi aku rasa aku macam sedih lebih sikit dari happy. Happy sebab dapat offer tapi sedih sebab bila fikir balik perlu ke pergi ? Aku anak manja cemana nak survive T__T Bila aku tanya ibu dengan ayah, perlu ke pergi ? Ayah suruh pergi so that family aku akan forever stay dekat Bangi and no more Bandar Tun Hussein Onn. Dah takda nak hidup pindah randah and ulang alik BTHO-Bangi. Parents aku memang berharap gilalalaa aku dapat asrama so that duit tak habis duk tuang minyak kat Petronas. Tengok sekarang manager kat Petronas dah pakai Mercedes *tiba-tiba*

Bila fikir balik, aku takut nak pergi T_T So esoknya aku pergi sekolah dengan keadaan yang agak badmood. Sampai sekolah je aku nampak ada beberapa orang cik kak duduk kat foyer and melambai tangan. Aku dah lah rabun, ngantuk pulak tu mana nak nampak muka. Rupa-rupanya Jasmine dengan Najihah dekat foyer, tunggu aku lah tu sbb selama ni mana main duduk foyer kan, lepak kat kantin je pagi pagi buta *menangis* Lepastu aku pun join and cerita pasal aku dapat asrama. Tiba tiba je aku nangis hahahah kay loser tak hahah ni yang nak menyorok bawah kain ni. Dieorang pun cari tisu "Tisu mana ? Jap jap amik tisu" -____-"

Masalahnya sekarang, kalau dalam kelas kiteorang yang bertiga kat belakang ni together ; Aku Azhani Aisyah. Even semua manusia kat sekolah tau dimana ada Azhani, di situ ada Aisyah -_-" Tapi sekarang masalahnya aku dengan Aisyah dapat offer sekolah sama except for Azhani. So bila masuk kelas macam you know, super awkward. Ditambahkan lagi Azhani yang memang badmood sejak datang sekolah. Even masa Puan Usha mengajar pun kiteorang diam, selalu nya dah buat kecoh kat belakang tu takpun tidur. 

Sekali, bermula lah drama air mata T____T Aku memang benci betul lah nangis dalam kelas. Nak nangis kat foyer lah, eh pulak dah. Mula mula kiteorang duduk diam, sekali bila aku pandang Aisyah dia buat action 'Azhani nangis lah weh!' Aku cam whaaaaaaaaaat ;/ Lepastu aku pun tiba tiba rasa bersalah. Aku pun join lah drama, hug Azhani cakap jangan nangis etc. Lepastu aku ada habit loser yang bila tengok orang nangis automatic join nangis. Tak caya ? Nangis depan aku, try ! Lepastu Azhani boleh tanya "Asal kau pun nangis? *kesat air mata*" "Kau boleh tanya lagi ? Sebab kau ah asal nangis sekarang, siot betul malu aku" . Lepas dah okay, cari tisu lap air mata ala ala sinetron TV3 gituu and gelak. Kejap je, Azhani nangis balik -_-"


Dramatik tak kawan aku ni?

Then Puan Usha ada tanya aku dah decide nak pergi belum. Aku dalam hati mana lah decide lagi nak pergi ke tak so aku just cakap "Not yet." then Puan Usha cakap "Then I give you 1 minute and decide." Siapa tak speechless ? -_- So now aku dah decide. For the sake of ibu and ayah yang nak sangat aku pergi asrama sbb nak duduk Bangi sangat kaaaan, fine aku pergi. Walaupun dah takleh nak usha laki, tengok korea etc *menangis*



Aku bukan tak bersyukur okay, aku bersyukur lah ni dalam hati. Conclusion nya, aku dapat masuk SM Sains Seri Puteri. Alhamdulillah, dekat KL je pun tiap-tiap hari lepas ayah balik kerja kena tengok aku wakaka takda lah. Eh kalau cmtu hari-hari ibu hantar baju yang dah iron and basuh lah kan ? *die* Daftar 31 Januari ni and last day sekolah BTHO 30 Januari :( Datang pun nak settlekan sijil berhenti, hantar buku and jumpa kawan je. Kang last day jaga belakang sekolah, last day pakai kemeja, last day pakai kain merah, last day jadi pengawas, last day ituuu .. last day ini .. Rumah dekat BTHO ni family along yang duduk and aku stay dekat Bangi kay *peace* Mari kita sama sama berdoa supaya tiada drama last day and ending happy ever after ecewaaah geli. And berdoa aku tak datang masuk balik sekolah BTHO, mana tau aku tak dapat survive and duk call ibu ayah nangis nangis macam eeka ehh tersebut pulak tettt.


3 comments:

  1. weh sebaaaaaaaaaak T______T tak sangka kau nk pergi taw sdhajdajf aku gelak je bila dpt tahu kau dpt hmm

    ReplyDelete
  2. Wahhh sedehnye . So kauu jd laa prgi SBP tuhh ?.. Akuu dpt tekni tp tak sure pergi ke tk . smpai skg msih berpikir nkpergi-tak .

    ReplyDelete
  3. Izzaty: Yeaap aku pun tak sangka aku dapat. Bila pergi lagi lah tak sangka;/

    Haja: Yeap jadi. Tahuuu dapat teknik, siapa ntah bgtau haritu soraya kot. Kalau tak confirm pergi ke tak, bgtau kay :)

    ReplyDelete