Friday, March 30, 2012

Kisah seorang anak manja




Jonghyun handsome sangat sangat sangat sangat rasa macam nak tumbuk muka handsome dia

Alkisah sebuah cerita yang tak berapa nak dongeng sangat walaupun tak masuk dek akal *peace* This whole week is the most difficult week ever. EVER . Ye lah anak manja so what nak kena flying kick dengan aku -_-" Aku baru nak start diagnostic test, lambat sikit dibandingkan dengan sekolah lain kot. Maybe sbb orientation week haritu lama sangat zzz kay whatever.

Ye lah first time kan exam takda parents, Menggedik kan ? Selalu nya aku kalau nak start exam, seminggu sebelum exam dah mula prepare. Tapi kat sana macam busy tahap tak ingat dunia aahh, sehari sebelum nak exam satu habuk pun tak start lagi. Ditambahkan lagi dengan aku ni AJK Majlis Makan Beradap yang nak kena buat preparation masa exam. Faham taaak masa exammm, fahaaaam ? Dah lah tak start belajar lagi, then busy settle kan majlis tu. Bila kita busy buat benda lain tapi bila kita pandang kiri kanan kawan kita semua tengah pegang buku nak study, rasa insecure tahu ? 

Aku tension gila tahap gaban tak leh describe ah kan. Selalu nya nangis sorang-sorang dalam toilet ke paling tak pun masa lights off ah kan, tapi tiba tiba rasa feel nak bercakap dengan ibu. Kadang-kadang aku call ibu for no reasons pun *peace* Bila dengar suara ibu je terus rasa tera giga mega homesick, tapi tahan je tak nangis. Tapi ibu kan, she knows everything for sure. Ibu perasan suara aku lain, ibu tanya kenapa dengan aku T___T Start tu bermula lah kejadian banjir disebabkan angin monsun segala benda melayang. Aku memang suka buat drama tepi public phone *peace*

Esoknya lepas bangun nak solat subuh aku terus rasa down macam nak nangis terfikir keadaan yang tak belajar lagi and preparation majlis yang banyak lagi tak buat. Rasa tak sedap hati, you know. Instead of call ibu ayah or angah yang memang tengah ada kat rumah, aku pi lah call uda yang tengah pergi kampung asli apa ntah program universiti dia. Mula mula aku nak cerita je, free free ada fenomena banjir lagi and drama hindustan kat tepi public phone -_-" Hallamak call akak pun nangis, camtu aku call Along terus ah -.- Rasa pelik tau tak bila dulu kita down boleh cerita kat family members tapi kat asrama nak call pun macam takda masa. Sehari sebelum exam tu je, aku menangis 7 kali. Aku repeat,  tujuh kali. Gedik kan ? So what *peace*

Walaupun senior dah banyak kali cakap first exam ni standard sangat lah dapat result teruk.Sbb student tak reti nak adapt blah blah blah. But still rasa insecure and risau bila parents dah hantar pergi asrama tapi kang result cam asdfghjkl. Aku takut gilaaaa kalau fail *peace* Lagi lah bertmbah insecure bila classmate kau semua pandai lagi genius lagi bijaksana etc etc . Ibu duk cakap ngan aku 'Eera jangan lah nangis .. ' ayah pulak duk pujuk cakap asrama best etc etc 

Alhadulillah, everthing dah settle sekarang. Exam dah habis, majlis makan beradap dah habis and next majlis masa bulan june please ah jangan masa exam lagi hish rasa cm nak bakar je dewan kay itu joke. Tak perlu nak serious sangat kang balik asrama kena aim, aku jugak tak tidur malam. Good news ; Aku balik untuk Hari Anugerah Kecermelangan :") Bad news; esok before 6pm dah kena balik asrama like whaaaaaaaaaaaaat seriously -.-

Tapi sekarang dah okay. Kot ? Entah lah tapi takda lah sehari nangis tujuh kali lagi. Jangan nak kutuk aku lembik sangat lah kan, kau tak rasa so sila diam. Aku nangis banyak kali tak bermakna aku nak berhenti sekolah asrama. Homesick overload tak bermakna aku kena back to former life. Life must go on, takda kawan sekolah lama tapi ada kawan baru. But yeah ada yang baru tak bermakna yang baru lagi better daripada lama. Takleh jumpa parents setiap hari, call pun boleh. Habis duit syiling takpun credit dalam card i-talk aku pun tak kesah ahh. <-- sesi memujuk diri sendiri ke ni? Asdfghjkl


Dorm mates of Brassidium 4. Menggedik sama-sama, buat bising sama-sama, kena marah sama-sama, nangis sama-sama, gaduh sama-sama, terpekik terlolong sama-sama, belajar sama-sama, lepak sama-sama. Bangun pagi bukak mata muka dieorang jugak lah yang tengok. Kang nak tidur, muka dieorang lagi. Dah takda ah muka orang lain, dieorang je.

No comments:

Post a Comment