Wednesday, December 26, 2012

Family gathering

Sebenar-benarnya pakcik aku kahwin last weekend. Pelik tak pacik aku baru kahwin hahaha padahal abang aku dah ada dua anak! Jodoh lambat mungkin, urusan Allah (: Tapi family ibu buat yang kecik-kecik je, lagipun baru tahun lepas Toktik meninggal so kalau buat glam-glam macam over gila mintak kaki satu kampung -_-" Buat simple sampai aku rasa macam kenduri takpun openhouse akhir tahun wakaka *evil laugh*

Tapi sangat best. Taktahu mungkin sebab aku jarang balik kampung, and kalau balik kampung pun aku forever alone :( Aku paling suka bila buat kenduri, macik pacik sepupu-sepapat segala keturunan ada. Sampai part malam nak tidur tak cukup space hakhak, lepastu tak cukup alas tidur sampai cucu atok yang rock rock tidur atas kerusi hakhak. Aku yang ayu lemah lembut (haktuih) ni kena tidur atas lantai lah, kang aku golek jatuh terhentak lantai mampus nangis sampai subuh sebab semua tengah tidur hmm. 

Aku ada satu cerita sedih, aku takda sorang pun sepupu yang sebaya dengan aku. Belah ibu and belah ayah T.T Takda siapa yang memahami aku. Nasib baik ada Nana hahah itu pun aku rapat dengan dia sebab dua-dua sama kepala. Kalau nak kira umur, mak datukk!! Aku tahun depan Form 5, dia tahun depan nak graduate dah *pengsan* Nantikan lah gambar syok sendiri aku dengan Nana muahaha

Sebagai anak sedara yang baik hati, aku and sepupu-sepapat aku pun tolong lah bungkus kan doorgift utk tetamu. Siapa lagi nak buat, kalau ibu buat sampai ke tengah malam lah tak habis. 95% drpd hantaran Angah yang tolong buat kan and the other 5% Abang Faeiz [tunang Angah] buat -_- Angah cakap dia nak stop jadi doktor, nak bukak kedai pengantin dengan Faeiz. Tapi bila sampai rumah pengantin, sirih junjung angah dah hancurs HAHAHAHHA


Okay jimat aku kahwin, Angah boleh buatkan hantaran.

Pakcik aku nikah Jumaat. Yang aku tak faham nya keluar rumah lepas asar -_- Bila sampai rumah perempuan dah lah hujan lebat gila nak mati, gelap gila macam nak maghrib. Aku dengan Nana dengan romantik nya, pegang tangan redah hujan hahah haktuih. Aku dah lah lapar, lama pulak tu nak lafaz nikah. Sampai tertidur aku tunggu. Nikah satu lafaz, alhamdulillah. Aku paling happy sebab nak makan !! Aku happy sebab makanan sedap *dancing*



The rombongan cik kiah the kepochi



Kiteorang kecoh gilaa macam kepochi mana datang, 


And lelaki ... *insert lagu Lonely*



Aku dengan Nana je excited ambik gambar muahaha


Bila dah balik tu, kena lah angkut hantaran yang pengantin perempuan bagi dekat pakcik aku. Aku cakap dekat Nana 'Pilih yang best-best, bawak balik ' Aku suka sangat sebab hantaran dia banyak makanan HAHAHAH OMG I LOVE FOOD . This is my favourite, aku duk tenung je dengan muka kebulur ..


Oh yes satu cerita loser, Eeka balik dengan Lutfi naik bas sama-sama memandang satu Universiti kan. Eeka ni pulak first time balik kampung naik bas, actually aku pun tak pernah hahah pergi lawatan sekolah naik bas pernahlah *peace* Last-last diaorang tertinggal bas. Memang masa aku tau tu aku gelak terguling, memalukan family 5 keturunan !!! Ibu dah mengamuk ala ala drakula wakaka

Aku tidur lambat malam tu sebab layan movie korea yang aku sumbat dalam tab hihiii. Esoknya nak bangun pun tak larat T.T Paling excited sekali tengah hari pergi pengantin perempuan sekali lagi untuk wedding  tepung tawar etc. Kenapa aku excited ?!? MAKAN LAGI YAY YAY. Tema belah perempuan : Purple. Aku ni jangan cakap lah 90% baju kurung aku semua purple! Even tak rancang langsung, ramai pakai purple hihiii nampak tak chemistry antara kami sekeluarga *haktuih*



Stopped by dekat rumah tumpang and banyak gila kerepek sedap sedaaap !





Enjoy eating dekat meja pengantin hakhak




Yang paling penting: Aku makan dekat meja makan beradap hahahahah memang bahagia hidup aku.  Lepas tu pergi rumah baru sepupu ibu, Pakcik Man. Rumah gila besauuu. Dah macam muzium dah hakhak. Kot-kot aku menjerit mesti bergema. Dekat sini pun Pakcik Man sediakan banyak makanan tapi perut aku dah tak laraaat !!







Nampak tak macam tak lengkap? HAHAH masa ni aku dengan Eeka takda, tengah solat lalalaaa


"Waah macam dekat Mekahh" Wakaka Mak Ana very the perasan :P

Malam tu memang busy gila lah, prepare untuk wedding belah lelaki pulak. Waah macam abang aku pulak yang kahwin -_-" Busy tu busy jugakk, tapi sempat rembat laptop Amir layan Maria Elena's wedding videos. OMG Why Asfirdaus so comel handsome *nangis* Buat muka buruk pun comel huaaaa !! Bila gegirls tengok those videos mula lah 'AAAAA comell' 'Awwww' ' Ibu jealousss, nak kahwin jugak :( ' And boboys pulak buat muka pelik menyampah hakhak. Tengok bukan sekali, dua kali per video. 


Sampai berhimpit-himpit -_-

D-DAY [ Belah lelaki ] 

Lepas solat subuh aku dah cari bantal and landing dengan tempat asal untuk sambung tidur. Tak sempat nak tutup mata, 'Daaaaaaahh dahh !! Banguuun! Takda nak tidur lagi, pergi tolong sana -__- ' Percaya tak aku tak tidur langsung lepas subuh? And aku mandi awal gila, taknak kang kabut mandi lambat. Best tau duduk kampung, mandi untuk sembahyang zohor hahaha kalau mandi awal tu dah macam buang tabiat ah.

Ibu okay lagi, menjerit je. Style Ayah acid kejut lagi syiokk. Ayah acid pasang lagu sekuat yang mungkin pagi buta, rasa macam rumah hujung jalan pun boleh dengar. Akak-akak aku semua terbangun sebab terkejut ala ala jantung melompat keluar sebab lagu kuat sangat ... Tapi aku tak sedar langsung :( Nampak tak tidur mati gilaaa !!! Bom meletop tepi telinga pun, sambung tidur agaknya.


Eeka gedik gilaaa *hentak kepala dekat dinding*


Semua orang mempersoalkan apa motif aku tarik baju Angah KAHKAHKAH



The only gambar pengantin yang aku save hahah. Actually yang kena angkat bunga manggar dua-dua belah; Eeka and Lutfi hakhakhak. Eeka panic gila 'Kenapa aku pulaaaak ?!? Aku perempuan okay.' Angah cakap 'Sebab kau dengan Lut tertinggal bas. Kiteorang dah discuss' And everything jadi sangat epic and kabut sebab Eeka taknak bawak bunga manggar wakaka 



Tengok perbezaan Amir sebelum and selepas naik kerusi muahaha semua bahan dia sebab pembesaran terbantut. It's okay Amir, I can feel you *nangis*


Nana and me .. gedik gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Masa tengah busy ada orang pergi dekat ibu cakap 'Royyy !!' Rupa-rupa nya kawan lama ibu, and dulu nickname ibu Roy hahaha apa dah jadi dengan nama molek Rohaida ?!? Kalah nickname Syadin aku hakhak. And ada orang kata muka aku sama macam Lutfi -___- Masalahnya ni bukan first time aku dengar, aku dah pernah dengar dua tiga kali sebelum ni. Persoalannya tang mana yang sama macikk ? Berjuta kali aku tengok cermin selama aku hidup, tak pernah sekali aku terfikir muka aku macam Lut. Aku konfem Lut pun tak pernah terfikir!


Abang Faeiz pun datang ! Yayy thanks for the support ^^



Camwhore gila cucu atok *scream*


I don't know why but Kak Nadzirah and Sheh sangat comel hahahahaha. Perut Kak Nad makin besar, so aku macam wowww. But at the same time sangat excited for the upcoming baby. InsyaAllah, baby Kak Nad lelaki and aku mcm YAY YAY at last lelaki ! Qaseh dapat boyfriend nanti muahaha. Along please sweet macam Sheh! Payung kan Kak Nad, take a lot of pictures of Kak Nad and Along never do that to kak yana omg aku yang stress -_- Along dapat virus ayah, please lah jadi gentleman kuangkuang. 

We will meet again for Angah's wedding next March okay? I cant wait hihii xx


No comments:

Post a Comment