Monday, December 31, 2012

My awesome family


Supereera is going to save the world. 

Aku dah pujuk ayah berkali kali kali untuk bawak aku jalan jalan before aku naik sekolah. Aku tak kisah lah nak pergi mana pun asalkan jangan berjalan di halaman rumah sendiri *nangis* Tapi aku selalu cakap 'Eh kan ayah dah bawak Eera pergi USS harituu ?' Ya ampun yaaaah, masa tu dah lah masa first week school holiday! Sekarang ni dah 7th week okay and esok aku dah balik sekolah huaarghh.

Ayah ada tanya nak pergi Pantai Morib tak? Aku ingat kat pelosok dunia mana lah pantai morib tu muahaha tu lah dia cikgu ajar geografi dulu kau tidur! Rupanya dekat sahaja. Tapi ibu taknak sebab panas, tapi aku nak.. Aku nak pergi pantai. Tapi aku tak sure Pantai Morib tu cantik ke tak. Ke dah jadi sejarah khazanah negara krik krik krik.

Sekali tiba tiba along bagitahu aku 'Malam ni kita pergi I-City tau' and I was like 'Okay'. Hahahah fake gila dalam hati aku OMG SERIOUSLY I KNOW IT ! YAY YAY YAY THAT WHAT I'M WAITING FOR JYEAAAH. Kan aku dah cakap, kalau anak ayah nak apa-apa , ayah will try to fulfill all of them. The thing is kau dapat sekejap atau lambat sahaja. Okay anak-anak ayah shazreen syareena and syafeeka, you hear me?

But before kita pergi I-City, satu family bertapa depan TV tengok Raikan Cinta Maria Elena and Asfirdaus. I'm a big fan of Asfirdaus hahahaha sumpah babyfaced gila okay. Ibu tanya aku 'Dah kahwin ni? Macam budak sekolah lagi je' . Of courseeee, dia babyfaced okay ibu ? So ibu better doa sekarang dapat menantu babyfaced lalalaaa. And for sure aku lah yang paling bising sekali masa tengok Raikan Cinta 'Ayaaah handsome gilaaaaa!!' Dah lah maghrib masa tu masya Allah jangan ikut *insaf*



Hahah Actually nak amik gamba dengan family polar bear dekat belakang tapi semua dah besar habis cover family polar bear hihii macam ni pun boleh.


First of all we're going to Snow Walk. Almaklum lah Malaysia ni kan hujan je mana lah ada salji nya ;( Nak jugak jumpa salji tapi ayah duk cakap 'Nanti eera belajar oversea.. ' Siapa and sejak bila pulak kata nak pergi belajar oversea, baru Seseri area office ayah tu pun dah homesick menggila asdfghjkl *nangis* Ada locker untuk simpan barang tapi decide nak bawak je alahai setakat handbag mengada lah taknak bawak !

Ada worker akan bagi winter coat yang free tak payah bayar haha. Tapi yang horror nyaaa takda sarung tangan :( Ingat okay lah kan takda sarung tangan .. Bila masuk tu, aku rasa macam masuk Fridge/peti sejuk dekat rumah tu ha cuma ni version yang gedabak manusia pun boleh masuk. Mula-mula mesti rasa macam 'Eleeh setakat sejuk sikit je.' 





Bila dah lama-lama hahaha amik kau, jari aku dah kebas gila! Paling kesian Qaseh Aleesya and Qaseh Aqeelah, dah lah kecik lagi. Bibir dieorang dah biru, pipi dah merah. Senyap je sebab sejuk sangat. Mula-mula boleh lah nak jalan, last-last suruh dukung sebab dah beku. Be careful sebab licin gila, better pakai flat shoe. Kiteorang semua dengan bijak sana pakai high heels and wedges. Tiba-tiba aku ter-flash back ice skate dekat Sunway Pyramid. Licin okay! And yess jangan pakai slipper kalau taknak salji tiruan masuk bawah kaki. Sejuk okay, try lah blend ice dekat rumah then letak bawah kaki




Tapi dalam snow walk ni gelap sikit maybe nak control temperature? Hahah hypothesis apakah yang aku guna ni! Sebab kan I-City banyak lampu lampu so takkan nak terang benderang kot? Its okay gelap pun amik gambar still jalan okay. Apa guna nya wujud flash dekat camera tu ?





Slide dowwwn ~


Ada banyak slide untuk orang tua macam *cough cough* aku .. and budak budak pun ada ! Even aku pun naik slide hihiii. Qaseh pun naik slide untuk adult tapi duduk atas riba Kak Yana. So its okay you don't have to worry about your little sisters/brothers. 





"Weh keluar! Keluar! Aku tak tahan, sejuuuk! " Angah menjerit -_- Hakhak along pun sama, cakap nak keluar awal sebab tak tahan. Apakah anak tajuddin semua ni penduduk Khatulistiwa betul ..




Budak-budak naik main -_-

Lepastu kiteorang pergi tengok 5D cinema. Murah only RM 10 per person tapi hmmm tak boleh lawan Universal Studio Singapore punya hahah that's for sure lah kan. Tapi budak duduk belakang aku menjerit excited macam apa !! Best sangat agaknya hahah mungkin kalau aku budak kecik lagi, aku pun excited ;/


The next place is the best place muahah tak kisah aku dah besar panjang macam sekarang atau budak lagi, in my opinion lah kan muahhaa. In fact Qaseh pun suka! Excited dieorang. The next one is Trick Art Museum, tempat amik gambar background dinding tapi nampak real gitu. So excited especially for camwhore... like me *evil laugh*


Epic gilaaa 



Kadang-kadang macam blurr 'Macam mana nak nampak real ni?!?' Tapi nanti somewhere dekat dinding ada gambar contoh untuk nampak real muahaha. Aku sangat excited dalam museum ni, in fact ayah yang tak suka bergambar ni pun kemain lagi excited!







I drew Mona Lisa okaaaay *flips hair*






I'm the only one yang duk ter-kangkang -_- Ngek betul akak aku ni. Nak ayu je, aku ni haaa?!? 




My reflection ?!? Oh tidaaak..



I'm so happy happy tapi balik awal sebab esok angah kerja :( Banyaaak lagi gambar aku tak amik. Spiderman ada gorilla ada ikan paus pun ada banyak laaah ! Anyone nak pergi lagi sila bawak aku sekali. Aku mcm nak plan pergi dengan kawan masa outing tapi taktahu bila and macam mana nak sampai I-City -__-" Mintak mintak jadi. Masalahnya aku akan keluar dengan family aku everytime outing, tak pernah dengan kawan hahaha that's proved how much I love my family yay yay yay. Nak pergi lagi Trick Art Museum !!


Now I know where my camwhore gene came from !

2 comments:

  1. 5D cinema? seriously?! :o btw Qaseh dah besaaaaaaaaaaar omg last time aku jumpa dia, kecik lagi :c which is 3 years ago tskkkkk

    ReplyDelete
  2. Kan kan kan :( Aku pun dah makin besar omg so sad

    ReplyDelete