Tuesday, June 17, 2014

iHoliday at Genting

Pada suatu hari tiada guruh tiada ribut Along ajak pergi genting sama-sama. Dah tua dah along sekarang huwa aku baru perasan dia dah 30 tahun OMG NO!! So semua pergi genting highlands yay yay except for Eeka. Sorry uda, happy exam (alah esok dah habis kot?) setiap kejayaan memerlukan pengorbanan, kita kan dah besar panjang apa barang touching hek eleh genting je kot ye dok. 



Seriously dah lama gila tak pergi genting, aku rasa last time pergi genting pun masa dengan arwah toktik siap naik segala rides tu. Sekarang atok pun dah takda, taman tema pun tengah repair lol duduk pun dekat hotel Awana sama macam dulu. Kalau bukak album yg zaman tuk kaduk zaman purba zaman paleolitik dekat rumah tu, mesti jumpa gambar genting dengan bibik yang aku lupa nama sebab tukar bibik mcm tukar baju /poker face/

Masa duluuuu, masa aku minum susu lagi amik gambar pun peluk peluk eeka (sekarang dah besar kalau boleh taknak dia ada dalam gamba hahahah) pergi genting pakai baju sejuk macam nak pergi mana je. Padahal genting je pun, hah aku nak menunjukkan betapa sejuk nya genting dulu. Sekarang pun sejuk tapi setakat pakai baju selapis ok kot lol



Yay for peeyah's first vacation yabedabeduuuu!!

Dah check in hotel je baru aku nak baring si Qaseh(s) dah tukar baju nak main swimming pool. Biasalah budak-budak, tunggu lah umur nak masuk darjah 6 takda nya macam ni dah nampak swimming pool pun mcm takda selera. Best nya dekat hotel Awana ni banyak activities boleh buat selain melanguk dekat hotel yang ber-aircond. 

Before pergi swimming pool kiteorang warm up dulu pergi tempat sports heheheheh mcm geli je aku main sports tapi seriously ada macam-macam boleh buat. Ada ping-pong, snooker and squash for free. Archery dengan rock climbing kena bayar but still worth it... kot ceh aku nak kata worth it pun tak sure sbb aku bukan pernah main sukan pun wakakaka tapi apa-apa pun... /smirk/


AKU MAIN SQUASH OK SIAP LAWAN ABG FAEIZ /SMIRKKKK/

Nampak tak betapa athletic nya aku (percaya je lah cakap aku ni lol) Abang Faeiz hek eleh aku kalah kan macam tu je hahahh pls lah der aku nak pukul pun tak reti weh in fact kiteorang pergi main pakai raket and bola tennis hahahahahhaahah pastu dah lama mcm "eh lain macam je apa kata guna bola squash" baru lah siuman sikit. Pergh aku berpeluh cam hape, athletic katakoo! Padahal penat kutip bola wakaka aku wonder lah macam mana si nicol david ni boleh sampai juara dunia, jantung dia ada dua ke? /pokerface/ 


OMG my style is sooooo not convincing..... 

Aku main archery hahah susah nak mati aku cakap, tangan nak tarik tali tu menggigil macam nak akad nikah pilihan keluarga. Tak pernah main its ok sebab ada pakcik trainer tolong ajar. Nak cerita betapa horror nya kiteorang main, aim bulatan yang dekat depan tp arrow melekat dekat bulatan jiran selang 2 buah bulat hahaha kau bayangkan macam tu punya dahsyat /giggles/ Tu tak kira lagi yang tak masuk bulatan langsung hahaha Pastu kan ada meja nak lawan gusti tangan pastu aku lawan angah sapa menang? Hek eleh sah sah lah aku!


Somehow I found this picture quite funny and dramatic lol mcm ada laki nak ngorat kak yana tapi along usha dari jauh sambil bercekak pinggang dengan muka menunjukkan "Oi oi aku laki dia ni ha kat belakang kau" Bila syok bersukan, budak kecik mcm qaseh tu boleh tinggalkan dekat ruang colour full with markers etc tapi dieorang tak sabar gila nak swimming sampai dia pergi masuk court masa aku main squash and bisik "Cuyaa, cuya dah lah tu stop lah main...." HAAHAHH RASA NAK CUBITTTT JE




Dua ekor ni bila jumpa air, excited macam apa. Yang best nya dekat hotel ni dia tak strict sangat bila nak swimming. You can wear anything proper. Pakai tshirt biasa and tudung bawal pun boleh. Maka aku pun join lah sekali, nak melayan dua budak ni. They have their own pistol pastu aku yang dah tua bangka ni yang jakun dengan pistol dieorang sampai sekali tu aku tembak ter-direct dekat mata Qaseh hahahaha melalak satu swimming pool hehehe jahat tak sorry kikiii 


Peeyah's first time masuk swimming pool! Dekat sini ada jacuzzi so boleh ler nak rendam peeyah.


Kejap je shawl aku dah lesap.....

Lepas dinner along tanya "Nak naik atas tak?" Aku tak faham, aku ingat nak naik tingkat paling atas hotel lol rupanya nak pergi Genting Highlands punya indoor theme park. Malam sejuk seh tak macam bangi panas macam apa, aku jemur tepung pun boleh jadi kek. Tapi masa on the way bukak tingkap dlm kereta pergh best gilaaa



Sayang aku ibarat Anna sayangkan Elsa /giggles/





"Ibu, kiteorang balik hotel lambat sikit. Nak singgah paris jap"


Esoknya bangun pagi turun breakfast, banyaaaak gila makanan. Aku jatuhkan penyepit besi nak amik pau sampai bunyi kuat nak mampus /pokerface/ Aku hanya mampu berjalan ke tempat nasi lemak dengan muka bukan-aku-yang-buat. Dah habis breakfast, balik hotel budak-budak ni terus tukar baju nak.... swimming lagi /sigh/ 


"Qaseh buat gaya orang kaya sikit pls" and they did this 

 


Alkisah nya kak yana pergi main squash dengan along, so aku yang mandi dengan dieorang. Pastu aku bawak Qasehs pergi mandi area yang dalam and that was my biggest mistake of the day. Sebab dieorang takut sangat, dieorang tarik tudung aku, cekik leher aku, tarik baju aku ya Allaaah aku dah menjerit "Pegang pelampung ni! Pegang! Tak lemas lahh!" 

Pastu adik ajak aku naik slide lepas dia syok tengok budak kecik lain main slide *gulp* Actually masa 1st day aku dah naik slide tu dengan kak yana and abg faeiz so aku tahu betapa laju dan licin dan tak guna nya slide tu! (Tapi aku tolak kak yana hehe jahat tak) Aku pujuk adik cakap slide ni bahaya nanti lemas blahblah tapi makin kuat dia ni kata dia nak main slide. Faham tak.... aku pun takut nak naik, tolong lah faham.

Tapi sebab aku stress sangat si adik ni non-stop ajak aku main slide, aku bawak dia naik sebab ingat bila dah naik dia jadi takut. Tapi dia lagi nak naik ya Allah ya rabbi sapa lah yang pi sampuk adik ni geram aku, so aku naik je lah slide dengan dia.... Pastu slide mcm licin sangat sampai aku terlepas tangan dia kejap hahah jahat sungguh aku tapi sempat capai tangan dia balik, sedar-sedar dah masuk air and adik melalak meraung non-stop, tu lah nak sangat naikkk!!!



6 days before foundation programme starts *criiessssss*

Taknak belajaaaar tak suka T_____T




No comments:

Post a Comment