Saturday, November 1, 2014

Counting days

Aku stress, kucing kmb semakin mengganas. Sampai aku nak buang sampah pun takut, nak keluar bilik pun takut. Kadang-kadang kalau makan pastu terlanggar kaki kawan pun boleh menjerit sebab ingatkan terpegang kucing.

Dia ada dua possibility je, aku ni obvious sangat muka takut kucing sampai kucing tu mempermainkan perasaan aku, or aku bau sehanyir ikan di laut (cry).

Last week pergi rumah kebajikan rose again, kiteorang gardening tapi aku taktahu lah entah hidup ke tak pokok tu hahah ye lah semua macam takda basic langsung gardening so aku tak jamin 99% segala pokok tu hidup lagi after another 2 weeks aku datang. Tak tahu lah creative ke buta bidang pertanian tapi kiteorang tanam pasu instead of tanam pokok hahah menangis nenek nenek tu tengok

Tapi bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Kiteorang terbahagi 3 group; gardening, memasak and morning walk with nenek. Aku taktahu kenapa tapi muka aku direject paling awal untuk bahagian memasak and diletak mentah-mentah dalam group gardening. Mesti dieorang menyesal sebab kalau letak aku group masak, meehun sup tu aku boleh buat magic tukar jadi mee bandung kot! Hek eleh celah gigi je

Tapi sebab aku masuk gardening, kiteorang ni memang empat-empat main redah je. Ye lah sampai bukan tanam pokok tapi tanam pasu. Mudah-mudahan kalau disiram pasu tu, esoknya pasu makin besar or pasu tu yang keluar bunga ke who knows (flip hair) Tapi we were more attracted to pokok mangga dekat corner lawn tu, dah lama aku tenung sejak kali pertama aku datang sini tudiaaa

Sedar-sedar je, kiteorang berempat dah ada bawah pokok mangga instead of gardening. Aku pandang dieorang, dieorang pandang balik with the same thought in the mind. Mangga yang paling kuning. Kiteorang pun "wuish apa lagi amik amik" "eh boleh ke" "kuning tu sayang tak makan"



Tiba-tiba, diena dengan cangkul tanam pasu tu dia baling, PAP! Buah mangga jatuh atas tanah. Semua menjerit "DienaAAAAA!!" "KATA SURUH AMIK!" "main main je lah!!" "Takpa takpa cakap je memang dah jatuh" Pastu kiteorang jumpa the assistant yang mmg tak faham BM and tanya dengan muka paling selenga sekali "We found this. So... can we eat?" Lepastu assistant bagi wakaka pastu rasa tak cukup sebab mangga satu ketul, yang makan 4 orang. So kiteorang pergi dekat pokok balik .....

and cabut lagi 3 mangga dengan selamba badaknya. And daripada kononnya terjumpa, dah jadi kantoi kiteorang cabut sebab assistant tu kembang kempis tahan gelak tengok kiteorang (facepalm)

And dari isnin jugak lah aku macam ternampak poster bentuk gambar darah dekat board, tapi aku buat buat tak nampak. And tak nak tengok pun. Sekali lepas balik daripada rumah Rose, diena ajak aku pergi derma darah (speechless) Masalahnya aku memang memang memang tak boleh jarum, kecik ke besar ke memang tak boleh. Tapi diena keep on "Ala syadin jom lah jom lah last ok next year tak buat dah jommm" Dia ingat aku nak ikut pujuk rayu dia.........

Tapi sedar-sedar aku dah atas kerusi donor. Dah lah darah aku ada problem apa tah blood cloat so kena cucuk dua kali sebab first time belah kanan tak jadi, kena pulak belah kiri! Tambah pulak aku terpandang jarum masa tu pergh besar gila, aku taktahu lah dia cucuk jarum ke cucuk screwdriver dalam tangan aku ni. Tapi sebab dia inject bius so aku tak rasa apa dah luls. Anyway, great first experience..... thanks to Diena (stare)


 


new achievement unlock
 

No comments:

Post a Comment