Tuesday, June 7, 2011

Random things 2#

Lat talilat tali tamplung , mak minah balik kampung , beranak dalam tong , keluar anak patung , namanya sotong ! Hello saya syaheera tajuddin yang mengalami masalah mental & kebosanan tahap gaban yang tak boleh nak describe semenjak cuti sekolah . Sesiapa yang nak angkut saya bercuti ke mana-mana selain bercuti di rumah sendiri , sila hello hello saya secepat mungkin . #hampirmatikebosanan .

Kalau masa kecik kecik dulu , pergh cuti sekolah je mesti parents bawak jalan jalan . Paling tak kalau cuti sekolah je mesti dah terpacak depan gate rumah atuk . Kot , aku rasa lahh . Sorry , memory masa lampau aku pada tahap yang membimbangkan . Yelah kurang makan kismis , dah tua bangka baru tangan menggatal nak cilok kismis Qaseh Aleesya . Cakap pasal kismis , dulu aku suka beli Kismis Doa yang dalam tu ada sticker doa. Padahal beli kismis semata mata nak sticker doa tu . Nak sticker doa tapi hafal doanya tak jugak . Contoh masalah : aku tau doa masuk tandas tapi taktau doa keluar tandas . Last last aku masuk tandas pun tak baca doa . 

Once again aku ingatkan , ini post yang sangat random memandangkan aku hampir mati kebosan . 

Perbezaan Donghae dengan Kyuhyun ; 



EvilKyu saya comel 

Kalau dulu masa kecik kecik , kalau kumpul dengan sepupu perghh mesti terus main sama-sama. Sekarang ? Hampeh weh takyah nak cerita, jumpa memang lah jumpa tapi ada yang dah bertahun-tahun aku tak bercakap dengan dieorang . Malu lah kot ? Maybe . Tiba tiba aku rasa macam nak main game baling slipper *_* Aku pernah main sekali je , dengan sepupu aku . Aku memang tak boleh main sekarang, takkan aku nak main dengan eeka je ? T_T Tak best , mesti aku je yang menang wakakaa . And kalau main dengan eeka , aku tak baling slipper tapi aku baling high heels ibu . Muahaha !


Random // Qaseh terlalu sayangkan saya :")

Dulu kalau main kejar kejar , mesti ada nyanyi lagu Police Entry blablablaaa . Aku still tak faham macam mana nak eja lagu tuu and aku tak paham sepatah haram pun apa maksud lagu tu . Aku tau nyanyi ikut lirik sendiri jee . Baru aku teringat ,  tu lah gunanya internet ! Aku pun search tapi banyak pulak versi yang aku jumpa -__-" :

Polis entry want to jaga polis mati pencuri jaga/POLICE SENTRY, ONE TWO JAGA! POLIS MATI PENCURI JAGA! / Police and three, want to jaga. Police mati pencuri jaga !Police and thief one two jaga . Police mati pencuri jaga ! 

Confuse aku macam ni -_-" Aku rasa , aku patut hafal lagu sekolah dulu . Lagu sekolah pun tersangkut sangkut adoii . Cakap pasal bosan , harituh aku dengan eeka pergi Jusco tengok Karak . Shahir handsome okay serious *_* Aku ni memang jarang minat lelaki melayu , tapi Shahir handsome ! Ada satu scene tu dia bagi speech dekat girlfriend dia  Siap ingat No IC girlfriend dia omaigod omaigod #cair 


Awas ! Hantu berkeliaran . Sila laju kan kenderaan anda ! 

Ada sehari tu aku bosan, so aku amik phone ayah nak text kawan. Ni lah masalahnya bila phone sendiri takda kredit -_-" Sekali aku terbaca satu sms yang pelik dekat phone ayah . "Weh siapa artis korea yang paling kau suka ? " Kau bayangkan sms macam tu dekat phone ayah aku ?!? Takkan lah kawan ayah text ayah tanya pasal KPop o.O Aku terus check dekat phone aku, siapa owner number tu . 

Aisyah Habib ! Aku dah agak daaa ! Mesti cik kak sorang ni  . Gila malu aku dengan ayah -_-" Mesti ayah speechless bila baca sms tu kan ? T_T Feeling dia sama macam kawan kau sms tanya siapa boyfriend kau tapi ter'send' dekat phone bapak kau . //Speechless// Dia suka sms dekat phone ayah , lepastu selalu salah eja nama aku . Eja nama kawan sendiri pun taktau ciss ! Dia drpd dulu duk eja nama aku Syira -_-" Okay tuan tuan dan puan puan , ejaan nama saya S-Y-A-H-E-E-R-A ! Tau unik , thanks . 

No comments:

Post a Comment