Wednesday, December 14, 2011

Freak Out

Holiday yang sama setiap tahun . Duduk di rumah, melanguk dalam bilik dan melakukan aktiviti-aktiviti menambah berat badan dengan giat nya. Nak online pun malas , nak on phone pun malas, nak mandi pun fikir banyak kali. Hidup aku dah ala ala orang terperangkap dalam pulau gitu -_-"


Semalam aku pergi klinik gigi. Saja nak check gigi , alhamdulillah selama ni aku tak pernah cabut gigi dekat klinik gigi o.O Ni second time aku pergi klinik gigi dekat satu tempat yang dirahsiakan . Aku cakap betulbetul kalau pergi klinik gigi jangan bawak budak kecik -_-" Aku bawak qaseh then kesannya dia menjerit macam dekat rumah sendiri terpekik terlolong . Habis semua brochure pasal gigi dekat dalam klinik tu dia nak pegang aduhaai .

Angah dentist tapi bila dia pergi klinik gigi, dia yang berdebar debar -_-" Aku macam speechless gila. Dentist jumpa dentist pun nak berdebar, asaal ohh ? Aku okay jee eceeeeh bajet sungguh haktuih . Appoinment dengan doktor pukul 9 . Tapi malam sebelumnya aku layan dvd korea so aku tidur lambat . Angah kejut aku suruh mandi pun aku tak sedar . Sekali bila ibu menjerit dari bawah terus terbangun tersentak maklum lah amukan drakula ibu saya memang power . Tengah mimpi jumpa shah rukh khan pun boleh terbangun sebab dengar ibu menjerit wakaka

Pukul 8:40 pagi baru aku sedar -_-" Aku dah macam kabut gila lah nak mandi lagi sempaaat keee zzz . Last last jawapannya aku pergi klinik gigi dengan tak sarapan nya TAPI MANDI KAY . Sakit hati betul bila aku punyalah macam orang gila nak siap cepat cepat but then bila sampai klinik, doktor tak sampai lagi. Aku cepuk kang ! Aku dah lah mengantuk tak cukup tidur , rasa nak je baring atas sofa dekat klinik gigi tu. Last last pukul 9:20 pagi baru doktor datang. Mak aihh doktor bangun lambat jaga anak ke semalam ? -_-"

Nurse dekat kaunter tu pun mak aihh garang nak mati . Cuba lah senyum and guna tone suara yang lemmbut . Ni nak tanya pernah datang klinik gigi tu ke tak tapi macam nak tanya password kad ATM . Pagi pagi dah menguji kesabaran aku . Lepastu doktor tu panggil aku masuk, aku macam "Why meeee ?!? Kenapa tak panggil angah dulu asdfghjkl " Tapi aku still masuk dengan muka takda perasaan takut. Sekali bukak pintu -__________-" Kerusi yang nak baring tu besar gilaaa even lampu pun besar. Rasa macam ada robot nak bedah kau . Masa tu rasa macam ...


Tak sama macam dekat bilik kesihatan sekolah bila budak kelas kena panggil sebab nak check gigi . Mula mula qaseh dengan angah nak masuk sekali doktor suruh dia keluar -_-" Apaaaakah ? Biar lah customer nak masuk zzz jangan lah halau. Aku pun baring lah atas kerusi gergasi tu . Then doktor tu check "Bukak mulut . Tutup. Okay bukak balik. Tutup. Bukak. Tutup lagi " Dalam hati aku ni nak bukak ke tutup ! Aku dah macam buat exercise mulut pun ada . Tiba tiba isteri and anak si doktor ni masuk bilik tu selamba je macam customer tak wujud , tak ketuk pintu pun. Aku macam speechless -_-"

"Semua orang dalam klinik ni PMS ke ? "

Nurse garang . Doktor lambat datang and suruh customer keluar . Isteri doktor main suka hati je masuk dah macam doraemon nak guna pintu suka hati -_-" Gigi aku takda masalah wohoooo ! Boleh lah balik rumah dan makan gula-gula sesuka hatii (Y)

Lagi berapa hari je nak keluar result PMR :( *sigh* Mula mula aku macam takda feeling lagi . Tapi bila balik kampung harituh and everytime jumpa sedara mara mesti tanya aku "Eera result PMR keluar bila ? " Tak sukaaaa ! So kita kena enjoy dulu sebelum PMR keluar macam nak online berjam-jam ke, nak keluar dengan kawan kawan kee . Just in case result PMR tak macam yang kita nak, mesti mak bapak tak bagi online tak boleh keluar kawan untuk 3 bulan etc . Kalau lah result teruk, nak balik kampung jumpa sedara pun malu ;/ Masa dalam kereta , aku cakap dengan ibu pasal result PMR

Ibu result PMR dh nak keluar dah .
Iyaa ? *macam tak kesah gitu -_-"*
Ibu takut laaaaaaaaaaaaaaaa .
Takpa ibu berserah jee, redha lah berapa dapat pun.
IYAAA ? 
Tapi kalau Eera teruk memang ibu terduduk terbaring ! 
Ek ehh tadi kata redhaaaa -_-" 

And harituh ada exam MRSM . Tapi aku taknak cerita pasal exam MRSM lebih lebih sebab susah gila kot math macam tak logik pun ada. Ada ke orang cukup masa nak kira semua soalan . Aku tak cukup masa , aku main tembak tembak tembaaak ! Sesungguhnya lepas habis exam aku dah tak kesah langsung pasal MRSM -_-" Sebenarnya aku nak cerita , masa dekat Kolej Mara Seremban aku pergi lah nak check nama aku masuk lab mana . Sekali aku ada lah ternampak sorang pakcik muda dan handsome ni. Muka dia familiar gila aah sumpah aku cakap familiar! Tapi aku macam hmm salah orang kot .

So aku pergi lah naik dekat lab . Aku tengok semua muka tak kenal :( Semua budak senyap je sebab semua sekolah lain lain kan so macam "Awkkwaaaaard -_-" Sekali ada budak perempuan sebelah aku ni tegur aku. Aku pun layan lah. Dia tanya aku sekolah mana so aku jawab lah SMKBTHO2 . Sekali dia terkejut , aku pun terkejut <-- tiba tiba pulak. Dia cakap "Kenal cikgu zahid tak ?" Aku pun cakap kenal, eh bukan setakat kenal cikgu tu aku minat kot handsomeeee . Sekali budak perempuan tu cakap ... 

"Tu laah ayah kita ."


Oh reallyyy ? *Pengsaaaaaaaaaaaaan * Dekat sekolah tu aku punya lah kalau cikgu zahid ada mesti kecoh "Ehh cikgu zahid ! " Then aku boleh jumpa anak dia asdfghjkl . Betul laaah tadi pagi pakcik yang muka familiar tu cikgu zahid sebenarnya . Nasib baik dekat sana jumpa Ayie ;') Takda lah forever alone sangat. Last exam tu exam keperibadian ke amende entah . Soalan gila merepek -_-" Boleh pulak ada sifat hero filem yang kamu minat . Aku rasa macam nak tergelak kuat kuat terguling tertonggeng dalam lab tu pun ada. Aku dah siap then ada sorang pengawas exam tu suruh aku keluar . Aku orang first yang keluar, rasa teruja pun ada bila first yang kena halau keluar *_*

2 comments:

  1. kau cakap dekat anak dia yg kau minat cikgu Zahid ke? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


    err.. ke tak cakap? o.o *cover malu* btw dia dah kahwin ke??? bapak ah! siap ada anak form 3 lagi :O

    ReplyDelete
  2. Takda laah HAHAHA Gila apa weh. Aku macam terfikir nak cakap tapi aku bukan rapat pun dengan dia lagi. Nasib aku tak cakap kan -_-" Zzzz. Tau takpa, tua jugak rupa nya cikgu zahid o.O

    ReplyDelete