Wednesday, November 30, 2011

Random things 3# ; Perbandingan .

First of all , Happy Birthday to my sister, Nur Syafeeka Tajuddin . Aku doa sangat mintak lah dia ni tinggi sikit -_- Sikit pun jadi aah. Aku bukan nak kata aku tinggi kay, aku rasa keturunan family aku semua ketinggian terbantut agaknya, termasuklah aku . Jangan mimpi sekalipun kau nak jadi model haktuih . Tapi at least biar lah eeka ni tinggi daripada aku T_T Sekarang ni aku lagi tinggi daripada dia kay *cough* . And ada orang kata muka dia sama macam muka aku . Ehh muka aku yang sama macam muka dia kay whatever . Mana ada samaaa -___-" Lain selain-lain nya . Muka dia kan macam jawa barat sikit hahahaha dush dush *bunyi eeka tumbuk aku* Masa birthday ni lah kita kena kacau birthday girl habis habis , kalau hari lain dah kena belasah dah.

Ada sampai kata kiteorang kembar , agak agak lah kembar pun -_-" Kalau kembar aku boleh tahan lagi. Tapi bila ada yang ingat Eeka ni adik and aku ni kakak, aku macam nak flying kick kau paling dekat pun kat Gurun Thar terpelanting . Sebab eeka macam pembesaran dia terbantut awal sangat zzz. And kalau kau tengok muka dia pun muka dia macam budak budak tak matang pun ada . Lepastu orang ingat aku kakak dia, memang aku sukaaaa betul -_-" Aku bukan nak post pasal eeka. Banyak cantik tiap tiap tahun aku nak post pasal dia, cuba post pasal aku pulak tak sweet betul adik beradik aku ni. Nak jugak aku adik paling muda yang baik hati ni menunjukkan kasih sayang yang abadi <--- melebih pulak . 


Perbandingan. Semua orang tak suka bila diri sendiri dibandingkan. Kalau kau sendiri tak suka then why duk bandingkan orang lain ? Kalau kau nak bandingkan jugak , why not just bandingkan dalam hati . Cuba tahan daripada keluar dari mulut kau and fikir perasan orang lain sebab kita semua tau kan takda orang yang suka dibandingkan . Bila bandingkan orang , secara tak langsung ada orang yang sakit hati . Kalau kau elak daripada bandingkan orang secara tak langsung kau respect dia . Kot laa ? Aku rasa kay whatever .

Contoh lah kan , bila ibu bapa membandingkan anak anak dieorang . Eh ni contoh eh aku sekarang bukan tengah touching ngan ibu ayah bandingkan aku, sekarang aku tengah hidup bahagia harap maklum. Contohh lah kann , ibu duk bandingkan aku dengan adik beradik yang lain. Along rajin tapi aku pemalas <-- ini hanya lah contoh hahah aku taktau nak bandingkan apa dengan along wakaka. Angah berani all the time tapi aku penakut gila bukan setakat jumpa orang takut, jumpa kucing pun nak meraung pahal kan ? Eeka pembersih suka kemas kemas tapi aku hanya menjalankan gaya hidup sihat dan selamba asalkan simple dan bahagia . Tak berapa berminat bab kemas rumah -_-'

Daripada duk membandingkan, apa kata carik persamaan kee baru lah sejuk sikit telinga nak dengar. Contohnya ; Aku ni tinggi macam along <-- harapan kau. Aku dengan angah dua dua kuat tidur macam mana tak gemuk kerja duk tidur tidur tidur . Aku dengan eeka dua dua tak reti masak, kang dah besar apa nak jadi dengan anak dara ni entah laaah. Lagi lagi eeka tu mana suka makanan instant, maggi pun tak makan cemano entah nak hidup den taktau lah. Cuti SPM harituh entah berapa bulan taknak berkampung dekat dapur tolong ibu -_-" And anak ayah semua ni sejenis , sebab tau lah kan hormon gatal kiteorang berempat ni macam lebih sikit . Aku taktau kenapa and aku masih investigate dari mana nya datang gene gatal ni sebenarnya o.O Ayah or Ibu ? Wakakaa


Gambar Hiasan ; HAHAH zaman dulu dulu

Sama jugak dengan artist . Contoh lah kan Greyson Chance dengan Justin Bieber . Sesungguhnya aku bukan fan dieorang harap maaf forever kpop -_-" Tapi orang duk bandingkan dieorang pahaal oh ? Nak kata bandingkan sbb muka serupa takda lah jugak. Suara sama ? jauh sekali -_-" Sebab dua dua youtube ? Ciss cuba fikir bila kau bandingkan GC dengan JB sama jee macam kau bandingkan Datuk M Daud Kilau dengan Mas Idayu ! Haa then asal takda orang nak bandingkan Mas Idayu pun ? Tak kenal Mas Idayu ? Google sendiri.

Tak rasa bandingkan orang sama je macam tak respect and kutuk orang. Cakap "Kau tu dah lah pendek, tak macam si polan si polan". Cakap "Tak sedar diri, kau tu hodoh gila tak macam tuttt." Cuba diam dan berdiri depan cermin yang super large ke. Nak kutuk pandang lah kiri kanan and fikir dah banyak sangat ke pahala kau sampai nak mengutuk. Cuba bayangkan orang lain yang kutuk kau, sakit kan ? -_-"  SAKIT KAN ? 

First , aku paling pantang orang kutuk family aku -__-" Kata belagak whatsoever and duk bandingkan, jangan mimpi aku nak respect kau. Respect others dulu kalau nak orang lain respect kau boleh tak? Second, aku benci orang kutuk or underestimate aku. Well bila orang underestimate kau secara tak langsung kau rasa macam tercabar. Even benda yang kau tak minat pun tak pasal pasal kau try. Dalam hati macam "Jangan kau yang menyesal kutuk aku, kita tengok siapa loser . " Contoh lah kan aku tak minat sangat nak jadi doktor, then ada lah pulak si minah ni kata "Kau nak jadi doktor ? Kau nak pesakit kau nanti mati apa ? Kau tak sesuai langsung jadi doktor. " Tak pasal pasal aku belajar jadi doktor semata-mata nak tunjuk stethoscope aku dekat kau in the future biar mulut kau ternganga .


Fikir sebelum cakap, baii .

No comments:

Post a Comment