Wednesday, March 14, 2012

Already miss those moment

Assalamualaikum.

Cuti semingguuuu okaaaaaaay *fireworks* Aku rasa mcm nak berjoget tengah jalan kat depan rumah ni, biar lah jiran cina sebelah rumah ni nampak pun. Aku tak pernah rasa cuti akan jadi best macam ni. Even sekarang cuti duduk bertapa dekat rumah pun aku tak kesah. This holiday suppose to be 'Pulang Bermalam'. Tapi bak kata Puan Norsham dah tukar menjadi 'Pulang Bekerja' . Homework bertimbun. Dah la bertimbun, akhir bulan baru nak exam padahal satu habuk pun mcm tak paham. Aku redha result aku seadaanya.

Even now still dalam proses menerima kenyataan masuk asrama. To be honest, aku tak nak masuk asrama. Ingat lagi masa bicara akademik 2010, aku SyazwanDanial Azfar kena bertugas and berjemur dekat gate belakang sambil membahaskan asrama vs sekolah harian. Seperti biasa, aku mesti sokong sekolah harian ! Azfar dengan Syazwan forever asrama. Hidup sekolah harian ! Tapi tengok sekarang, aku masuk mana ... Be careful what you wish for. (Tiba-tiba selit tajuk homework essay. Loser enough)

Bila dekat asrama, bangun pagi bukak mata mesti first terfikir kenapa aku ada dekat sini. Tapi lately ni tak sempat sangat nak fikir sebab bangun lambat hahahah . Bangun terus berlari ambik towel and terhuyung hayang pergi toilet sbb tahap mengantuk yang macam telan pil tidur. Lagi loser bila aku selaluuu sakit -_-" Semua sebab Bibik Aisyah yang kononnya Hero sangat sayang dekat aku and spread the love dengan kata lain menyebarkan semua virus dan penyakit yang dia ada dekat aku. Tau lah katil sebelah-sebelah tapi perlu ke sayang aku smpai macam tu sekali T___T


Eh suci nya muka ! *sorok bawah selimut*

Mula-mula Aisyah demam lepastu dia memperjuangkan diri dia pergi ke hospital dengan hasrat mintak-mintak dalam MC tapi hahahah jodoh dia dengan aku sangat kuat sampai dia dapat MC sehari je *gelak terguling*. Paling kelakar pergi hospital nak mintak MC last last kena check darah hahah tak ke nahas, dah lah pergi hospital tak ada aku yang tercinta ni. Menangis lah dia berseorangan di hospital tanpa Syaheera Tajuddin yang baik hati menemani hati yang lara *evil laugh* Lepas dia demam, aku terus join demam. Tapi aku taknak pergi hospital kena check darah , NO WAY fullstop.

Lepastu dia batuk. Dia dah okay batuk, aku pulak yang berjangkit macam nenek dah batuk tak henti zzz even sekarang almost seminggu batuk tak hilang lagi :( Bila nak baik niiii penat lah batuk, boleh kurus perut aku bila batuk. Ye lah vibrate je zz -__-" Ni yang susah bila jodoh aku dengan Aisyah terlebih kuat. 

And yes aku plus budak kelas plus dorm mate pergi Sekolah Alam Shah. Buat apaa, mengorat anak orang ke ! Taklah aku kan baik *muka suci* Pergi SAS sbb ada mini konsert okestra apa tah, tapi senang cerita macam budak SAS main alat muzik yang gedabak gedabak tu and kiteorang yang datang ni memang duduk kat bawah stage macam orang jakun "Fuyoooo " . Tapi masalahnya, "Fuyoooo" hanya kekal utk beberapa minit sahaja. Kiteorang yang pergi SAS ni smua buta muzik. Buta betul lahh ! Last-last kepala semua orang dah senget tahan mengantuk, some of them bukak buku buat homework (Yes, orang kat depan tengah buat konsert tapi ada yg buat homework -_-" ) and some of them yang kira duit lahh , urut kawan yang tengah pening lah. Aku tak pernah jumpa orang buta muzik macam kiteorang, yes macam aku jugak.


Mula mula excited .


Lepastuuuuu .. *sleep*

Sebelum nak pergi SAS tu kabut lah jugak dengan dah tengah malam tapi baju outing tak gosok lagi padahal tak iron dah macam baru habis basuh baju tu and baru keluar dari mesin basuh.Sekali pandang dah tau budak ni konfem tak iron baju. So aku Busyra and Mawar pun pergi lah bilik gosok and iron baju malam-malam buta *peace* Aku dah lah jarang iron baju kat asrama, masa tu baru second time iron baju kat situ hahahaha loser tak -_-"


Muka teruja iron baju . Whaaaaat ?


Fokus gila okay, takmau baju berlubang punya pasal.


Ta-daaaaaa ! Berjaya !

Bila okestra dah habis, budak seseri pun dengan ayu-nya pergi luar dewan nak tunggu bas. Aku dengan Aisyah forever loser malas nak control ayu lagi-lagi bila mata macam nak tercabut sebab mengantuk sangat. . Actually kiteorang yang tak dinner ni menunggu makanan mana lah tau SAS nak bagi makanan ke, ye lah muka dah macam orang kebulur tak makan setahun. Masa nak berbaris ada lah hamba Allah, budak SAS agaknya tegur kiteorang and tanya pasal sorang senior ni. I guess hamba Allah ni mesti nak suruh kiteorang kirim salam, hallamak cinta jarak jauh lah macam dalam cerita hindustan! *makan popcorn* 

Hamba Allah tu tanya "Kenal tak akak tuttttt ? " Aisyah kat tepi aku dah macam "Aku dah lah tengah lapar, dia pegi tanya soalan macam tu. " Marina pulak dengan confidentnya menjerit walaupun tak dengar hamba Allah tu tanya apa , " Lapar ! Lapar ! *tunjuk muka nak-bagi-makanan-ke* " . Hamba Allah tu dah macam tunjuk muka Mega-pelik, apesal budak seseri ni mereng ke apa. Aku tanya kenal akak ni tak, dia jawab lapar. Masa Marina jerit lapar tu aku dah tahan gelak, kalau tengah dekat dalam dorm aku dah terguling atas lantai gelakkan dia :P Oleh sebab Marina, terbantut lah niat hamba Allah nak tolong kirimkan salam. Konklusinya, cinta terhalang disebabkan Marina. Alahai macam cerita hindustan yang tengah smpai klimaks *amik tisu*

By the wayyyy , Jasdeep upload gambar farewell party harituu ! Thaaaank you Jasdeep, tunggu dia nak upload macam tunggu janggut aku tumbuh eh hiperbola. Thanks anywayy . Masa tengok gambar macam alahai rindu nyaaaaa :( Time flies . Rasa macam baru masuk 2Quality and kenal muka budak Quality sebab masa form one aku kelas Optimis *peace* Aku sampai menangis bila dapat masuk 2Quality sebab Najihah dengan Jasmine stay Optimis. Aku sorang yang sesat masuk Quality. Tapi tengok sekarang, rindu jugakk .


Muka cari makanan .




Bersama kepochi saya .

Masa farewell party tu ada part game memasak tau. Masa cabut nombor nak buat tugasan apa and dengan siapa, jantung aku dah macam nak terkeluar tahuu -_-" Last last aku kena memasak. Memasak. Memasak. Me-ma-sak. Apa kes muka macam aku dapat memasak, whyyy ? Nasib baik aku dapat dengan SyazwanDanial yang senasib dengan aku takda bakat memasak walaupun seciput . Sorang anak bongsu yang dimanjakan, sorang lagi anak tunggal yang dimanjakan *peace* Game kena buat sandwich, masa game start tu aku dah macam kabut gila lah. Almaklum lah hancurkan telur rebus pun tak pernah. 

Last-last aku dengan SyazwanDanial dah macam pasrah. Ye lah group yang memang sekali tengok muka-konfem-kalah . So intead of nak menang, kiteorang saja je nak kenakan hakim yang kena rasa *angkat kening* Semua bahan kiteorang sumbat ; salad, mayonis, pepper, thousand of islands, sos cili dan seangkatan dengan nya. Kepala dah start lah tumbuh tandukk. Dah lah aku dengan baik hati nya senyap senyap letak pinggan aku kat group orang lain<--- first time didedahkan muahahah *peace*


Game Masak , bermulaaa !


Muka juara jahat nak sumbat semua.



Presentation time.

Group aku wakaka go Syazwan ! *pegang banner *

Nasib jadi hakim , muka tahan nak muntah .


Hallamak discuss macam masalah negara padahal .. game masak o.O

Hakim time farewell party tak silap Rifaat dengan Jasdeep. Dieorang rasa sampai berlari carik tisu dengan air, mungkin semua sandwich rasa macam nak baling masuk tong sampah ? Especially sandwich Krisna, epic gila ! Nak tau satu benda yang menakjubkan? Group aku tak kalah hahahahaha tapi aku tak kata menang kay, aku just kata tak kalah. Nombor 4 daripada 5 hahaha aku rasa macam ajaib gila. Tu dah lah kiteorang main-main letak bahan niat nak kenakan Hakim tapi boleh menang! Belum lagi aku buat betul betul cewaaaah. Start daripada haritu, aku rasa aku ada bakat tersembunyi dalam bidang memasak. Agak-agak masuk Master Chef lepas tak ? *berangan*

 Thanks for being the-most-fabulous-school mate-ever 


Bakal suri rumah paling berjaya abad ini . Setakat potong tomato, takda hal !

No comments:

Post a Comment