Friday, November 23, 2012

Last Week in SESERI #3

Lepas final exam dah habis, hidup dekat sekolah dah macam takda hala tuju. Buku dah lama masuk locker, sekali pun tak keluar. Even Encik Ilias nak sambung mengajar Fizik satu class tak layan hakhak. Kalau masa Mr Wong lagi best, memang dah tak buat apa. Masuk lab terus online. Tu yang sayang Mr Wong lebih sikit, memahami betul *grin*

Mula lah suara suara sumbang 'Syadiin buat lah jamuan kelas !!' Aku taktau lah hidup aku ni. Dari sekolah BTHO sampai masuk asrama pun batang hidung aku ni je lah yang settle kan jamuan. Dah kata leader kelas -_-" Malam bila habis paper Bio tu, terus kiteorang discuss jamuan. Macam macam suggestion, suggestion yang mintak kaki aku pun adoo.

Buat malam balik daripada Pulang Bermalam untuk Hari Raya Aidiladha. Aku ni dah macam carik nahas pun ada. Actually dah peraturan tak boleh makan dalam kelas, aku dengan berani mati nak buat jugak jamuan. Padahal ketua Ega (biro disiplin hmmm) kelas sebelah je haaa, nasib kelas aku takda sorang pun Ega. Kalau ada, jawab nya makan dekat tepi koridor ah gamaknya. Paling tak tahan, dieorang nak tukar-tukar hadiah. Whyy whyyy. aku paling tak suka tukar hadiah. Padan muka haritu siapa dapat aku, seksa tak hadiah aku cun sangat hakhak. Kira okay aku tak pagi pasir dalam tupperware *evil laugh*


Ni lah gayanya, dah leader pun camwhore nak mati, anak buah lagi takleh nak describe asdfghjkl. Theme colour: Purple Pink. And tengok style tudung hahaha semua nak sama pffft; pin sebelah butterfly sebelah. Ni semua idea dieorang. Bila kiteorang lalu-lalang toilet budak kelas lain macam 'Korang ni memang smua pakai tudung macam ni ke apa?' Hakhak speechless aku. Bila nak masuk Dewan makan, budak form 4 macam 'Weh asal Adioda semua pakai baju purple ni. Sakit mata'  Tapi ada je yang pakai tudung hitam, macam Syadan pulak sesat pakai baju biru. Apa yang purple? Corak seciput dekat baju asdfghjkl. 


Alhamdulillaah, makanan banyak gila nak mati. Main course; Domino's Pizza ENAM KOTAK T.T Terharu aku mana tak gemuk tell me right now ! Padahal yang ada tak sampai 20 orang, ramai gila extend padan muka tak makan pizza. KFC dua orang bawak kotak besar -___-" Ibu masak pulut kuning dengan rendang + dadih anggur. Banyak gila carbonated drinks, kek batik, JCO, jelly kelapa, bread pudding and so on. Dua jam nak makan tak cukup kay ...




Kiteorang kan tengah syok makan. Sekaaali.. ada announcement 'Perhatian kepada semua ketua kelas, sila berada di depan 4 Bakerara sekarang jugaaaaaaaaa !' Tu lah dia bila pengawas nak tunjuk suara vokal, ramlah ram pun kalah. Masa tu kiteorang dah macam video kena pause, semua cuak. Aku pandang si A, si A pandang si B, si B pandang aku balik eh cepuk kang. Lagi nak terkeluar jantung bila lepas announcement panggil ketua, ada announcement panggil Ega. Aku dah macam.. Wehhh kalau tolak marah merit aku mampuss. 

Sekali bila leader kumpul, rupa-rupanya nak cakap pasal public speaking hahaha takda kena mengena dengan Ega pun. Hish cuak aku je jantung ni dah dekat atas lantai tahu takk. Then sambung makan. Aku makan 3 slice pizza padahal nawaitu lepas Raya Korban nak diet. Tsk tsk diet aku takkan menjadi anyway




HAHAHAH tengok aku tergamam apa tengok makanan loser much

Ada makanan tak habis hmm memang aku nak mengamuk ni. Last last aku suap sorang sorang biar makanan semua habis. Dieorang memang nak kena suap apa, first class serve tau tak. Memang aku suap takkan seciput lah kan, saiz bapak gergasi aku bagi. Semua orang kata aku kejam *evil laugh* See this ..


Telaaaaaan !!

Everyone knows right aku tak suka masuk SESERI hihiii -_-" take a bit time nak adapt. The only part of the school that makes me comfortable is absolutely my own class. Aku ni takda lah sombong, tapi aku kawan dengan classmate aku je. Dah takda kawan lain except dorm mates and classmates. And aku banyak spend time aku dekat class even masa weekend, sebab takda seniors and adiodators knows me well hihiii. Kalau dekat dorm, ada senior and kau kena respect dieorang and be a lil bit hypocrite sometimes. Tapi kalau dah dekat class, suka hati mak ayah aku je nak buat apa dah kata sebaya hakhak. Masa weekend nak tidur pun dekat class tau takk. 


My gedik, Nurina Jamilaaaaaa


This is Adiodators. We are special because here is the place where brilliance meets insanity.

No comments:

Post a Comment