Saturday, November 24, 2012

Universal Studio Singaaaapore


See thaaat ?

Assalamualaikum. Waaaah, two post in a row. Asyik cakap pasal sekolah je aku ni, nak buat macam manaa cuti ni aku tak banyak jalan jalan :( So cerita sekolah je laaah. Tapi for the first time Ayah tanya aku 'Cuti ni kita pergi USS lah' Aku dah macam OMGGG Jadi keeee bilaaa?!? 

Aku bangun pukul 3.30 pagi tahu taak T.T Tak tidur Singapore sebab ibu ada event masa weekend so ulang-alik lah gamaknya. So nak sampai awal dekat USS, bertolak mesti ah awal kuasa seribu ! Aku memang mandi, masuk kereta tidur balik hakhak. Kesian ayah kena drive wuuu. Solat subuh dekat R&R Machap yang banyak tanggaaa tu. Memang nak sampai atas, suruh aku kurus dulu agaknya. Paling tak boleh blah, pagi pagi buta dekat Machap tu lah aku jumpa Cik Wan Eliza, cikgu class -_- Aku dah nampak cikgu, tapi cikgu macam nak avoid aku hahahaha tapi mulut aku ni takleh control 'Eh cikguuu?' Cikgu pun buat muka terkejut hahaha tapi cikgu tak real ah belakon ! Nampak fake di situ.. hakhak 

So some tips nak pergi USS; jangan sesekali pergi masa weekend. Mesti ramai gila nak mati and kau nak naik ride even yang sakai punya pun tunggu sampai lebih satu jam. Sangguuuupp ? Aku tak sanggup. Even nak pergi weekdays pun search dulu Singapore's public holiday. Alah pendek kata tengok date tu make sure bukan peak time orang selalu datang. Datang awal! And bawak lah air mineral ke some snacks sebab kau akan kebulur lepas naik rides and makanan dekat USS sangat mahal.




Pergi Singapore naik taxi all the way from Johor. Aku masuk taxi terus tidur okay padahal dah tidur whole journey dari KL ke Johor. Nampak tak yang aku ni tak normal please help. Sampai USS excited gila hihii. Seriously datang awal yet right timing. Err macam 10 miniutes before USS bukak. Tu pun dah ramai beratur. Before USS punya entrance ada Encik Bumi Universal yang sangat besar cantik sangat rinduuuu.



Sebelum masuk USS make sure amik map USS so that dapat pergi every single thing dalam tu and boleh plan nak pergi mana the whole day. Banyak gila and pergi lah try semua attraction jangan tinggal satu pun bayar mahal kot hakhak. Bila masuk kan mak aih banyak ada primary school bawak student pergi USS. Hahah kids nowadays dah tak main dah lawatan pergi zoo ke water world ke terus pergi Universal Studio! Class gituu..


Aku paling excited bila lalu Hollywood. Banyak gila nak ambil gambar padahal baru masuk hakhak. Lepastu ada macam hero from any movies from Hollywood, lagi ah aku excited kemain. Ada jugak lah bintang bintang atas jalan dengan nama artis Hollywood tapi aku sangat lame, aku tak kenal satu pun hakhak.




This bintang bintang thing.

We went to New York. Ayah pun nak capture gambar okay ingat senang ke hahaha. Vacation really put your mind in a good mood ^^ Lagi lagi aku yang camwhore ni hihiii suka lah.




SuperDin is SuperDad.

Next, pergi Sci-Fi City and tempat tu lah yang aku paling sukaaaaa. Paling paling paling sukaaaa. The main attration is Transformers 3D. Aku bukan minat transformers pun, bukan setakat minat.. Tengok pun tak ! Kalau kau kelentong aku dah keluar Transformers 5 pun aku percaya -_-" Tapi aku suka jugak hakhak. Kiteorang pergi masuk Transformers 3D, tapi mula mula ibu taknak masuk haha tapi bila tanya pekerja USS, dia cakap 3D ni bukan roller coaster so dont worry. 

Kiteorang pun masuk lah. Sebab awal lagi, so tak ramai orang. Tu yang best tu tak payah beratur lama sangat. Then pergi masuk, with 3D glasses. Best gilaaaaa I told you. Sumpah 3D gila, bila dia fire boleh rasa panas dekat muka kau. Bila dia sembur kau air, memang air jugak lah yang kau rasa. Bila dia tembak memang peluru tu pergi dekat kau sorang je. Tapi yang gempak tu, even ni bukna roller coaster tapi boleh gila aku dalam benda alah kereta tu T.T Ibu dah serik nak naik sebab rasa macam naik roller coaster !



Lets goooo.




Jangan tanya aku, aku naik ke tak roller coaster ni. Dah nampak aku update blog ni bermaksud aku still hidup. Kalau aku still hidup bermaksud aku tak naik hahahah. Gila apa, siapa yang naik roller coaster ni aku rasa dah bosan hidup agaknya goddd o.O

Ancient Egypt ada mini roller coaster. Tapi mini apaaaa nya !! Aku dengan eeka bajet nak selamat so kiteorang duduk seat paling belakaang ah. Sekali.. roller coaster tu reversed T.T Dah ah gelap gila. Aku ni jantung nak tercabut dah, eeka dah pegang tangan aku tapi aku dah macam redhaa nak terpelanting keluar daripada roller coaster pun biar lah T.T Waaah pathetic nya bunyi ! Lepas habis tu macam 'Wow, aku hidup lagi hahaha' tu baru roller coaster yang setakat level medium. Nak keluar tu tengok gambar aku dengan eeka masa dalam roller coaster *geleng kepala* Buruk nak matiii tunjuk dekat bakal suami ni tak terjamin hidup hahaha. Kalau lah aku tau dia akan tangkap gambar, sepanjang rides tu aku senyum sampai ke telinga cisss.




I love them xx

Then we went to the Lost World. Okay sini pun best eh aku ni semua best -_-" Dekat sini yang banyak sangat rides berkenaan dengan air, thats for sure. Mula mula pergi canopy flyers dulu. Lepastu pergi Jurrasic Park. Gila ah basah lencun aku! Dah lah pakai baju putih sexy mexy lah aku pffft. Please jangan pakai baju putih tapi tak payah risau ada jual raincoat hahah. Masa dekat Jurassic Park, ada sorang lelaki Korea ni balut semua badan dia! Kasut pun dia balut pergh taknak basah betul tu. Dah lah pakai baju mata hantu yang glow in the dark. Bila dalam terowong tu, aku tak nampak apa-apa. Nampak mata hantu kat baju dia je asdfghjkl -___-'


Far Far Away macam Fairy Tale land sikit. Ada castle hihiii. Bawak Qaseh mesti syok ni! Aku tengok ala ala fairy tale dah macam takda perasaan T__T Dekat sini pun best sebab ada Shrek Adventure 4D. Macam movie 3D tapi kerusi dia pun bergerak macam gila. Contohnya, bila Shrek naik kuda eh kerusi aku pulak yang over bergerak macam naik kuda. Aku dah pening gila da. Tu okay lagi. Bila banyak tikus pergi dekat Shrek, and dekat kaki aku pun rasa ada banyak tikus lalu.. haaa tu rasa lebih gila aku jerit kang satu cinema tu pandang aku sorang -_-"


Get ready for the 4D movie.


Ibu ayah why muka macam nak nangis HAHAHAH bakcground castle tapi muka nk nangis haha penat lah tu takpun sebab panas matahari :*

And aku dah kebulur gila masa tu, so ayah decided to have a lunch. Makan snacks pun tak cukup tau sebab penat sangat. So makan some fast food. Sedap gila okay serious, tapi mahal gila tak boleh nak deny. Just for lunch ayah belanja almost 150 ringgit just for 4 people hahaha yes. Tapi sedap so dont worry. Sebelum nak makan kena make sure kedai tu halal ke tak sebab ayah almost beli dekat kedai yang tak halal tapi pekerja dekat situ cakap dengan ayah 'Sorry sir, this restaurant is not halal'. Nasib baik bagi tau -___-"


Lunch !!


We skipped The Madagascar, pergi balik Lost World nak tengok show dekat Water World. Kena datang awal dekat sini! Sebab bila aku sampai je seat belakang semua penuh, depan je kosong. Rupa-rupa nya yang depan tu 90% kena air -__-" Oh please, aku pakai baju putih.. again ! So memang kena duduk depan jugak tapi nasib baik duduk belakang tiang so tak kena air hihiii. Ada yang bulat-bulat kena basah satu baldi air, pakcik-pakcik cowboy buat.. Dia simbah mcm tu je :O


One of the main attraction.


Ramai kan? Masa ni best gilaaa.


So we decided to go home. Penat daaaah satu hari dekat USS and taknak lah sampai maghrib dekat situ. Amik gambar for the last time dekat USS. Definitely have a good time there. Tak rugi lah. Daripada kau pergi Transtudio dekat Indonesia tu baik pergi USS percaya lah -_- aku dah pernah pergi transtudio. Tak best mana pun. Adios everyone, have a fun holiday xx



See you again .


No comments:

Post a Comment