Tu takpa lagi lah. Boleh kita simpan rahsia dalam-dalam dengan satu batch. Sekali si pakcik motivator ni pi suruh tulis surat untuk mak bapak. Manalah tahu, kalau kita meninggal dunia. At least kita ada wasiat ke, nak sampaikan anything yang kita dah lama nak cakap kat mak bapak kita. Pakcik tu kata dia serahkan tanggungjawab dekat kaunselor sekolah, nak buat apa dengan surat ni. Hmm yo lah tu
Sekali. Gempaaaaaarrr satu sekolah, kaunselor dah masuk sampul surat and letak setem bagai. Nak buat apaaaa ?!? Nak hantar dekat parents. Memang semua orang berlari call adik/akak/orang gaji suruh tunggu surat. And of course sorokkan ..
Tengok betapa hancurkan surat ni aku kerja kan.
Naaaasib baik aku sempat jumpa surat ni sebelum ibu ayah hahahahaha. Dengan brilliaaaant nya, surat ni sampai dekat rumah along which is rumah lama aku. Nampak sangat aku tak tukar lagi alamat rumah dalam maklumat murid dekat sekolah. So Kak Yana bagi surat ni dekat aku by hand. Akuu, dengan instinct yang super power, terus tahu ni surat motivasi. Aku bawak lari, bukak, tengok banyak stapler tepi surat ni 'Confirm!' . Terus aku sorok.
And tadi baru aku bukak hahahahaha kenapa dengan aku masa ni. Emotional gila, dah macam surat nak mati pun ado. Wasiat apa -_- Masa ni aku macam menangis sampai tak sedarkan diri. Ayat semua mintak kaki punya sweet. Hmm surat ni kalau ibu ayah baca menangis 4 hari 4 malam tak henti. Sejuk perut ibu lahirkan aku hahahaha.
Mission accomplished, peeps hihiii adios xx
No comments:
Post a Comment