Saturday, April 13, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang Seseri

Weekend je lah masa aku nak bangun lambat. Itu pun bukannya lambat mana pun! Pukul 8 bangun mak datuk kalau kat rumah ni aku syahid lagi -_-" Tapi sebab tadi pagi ada MAC, sepatutnya orang yang terlibat kena naik blok akademik awal. Tapi aku lupa nak meng-joyah kan diri tanya orang kena naik awal tu pukul berapa sebenar nya -_-

Aku pun tidur tidur dan tidur. Sebab aku dah warning budak dorm aku jangan ada sesiapa pun kejut aku bangun awal *evil face* Sekaaaaaali, aku terbangun sebab aku dengar bunyi announcement. Dah lah dorm aku ni paling dekaaaat dengan announcement room! 'Perhatian kepada pelajar yang terlibat dengan MAC sila berada di dewan sekarang juga' And masa tu aku tengah ...

Atas katil tak mandi lagi tak get ready lagi even tak bangun tidur lagii *screaaam* And masa aku terdengar announcement tu, bayangkan lah dekat katil aku ni macam ada spring. Aku terus melompaaaat amik towel terus berlari pergi toilet. Cuak gila ah, nak balik baju tak habis pack lagi. Haaa tu lah kau, nak bangun lambat sangat -_-


So tahun ni pun aku terlibat dengan MAC hihiiii. Dah confirm laaaaah, BUKAN aku yang buat persembahan hahahahah nak aku buat apa atas stage tu? Bersilat? Break dance? Runtuh hancur terus. Ibu ayah pun datang MAC sebab nanti aku merajuk kalau tak datang lol. Lebih kurang pukul 9 pagi, last year senior pun datang. Of course the main actress today was the seniors. Dah la yang datang ni semua straight A's student. Inspired gilaaa :3 

Nasib baik lah ada classmate aku yang terlibat sekali macam aku, takda lah aku bosan. Kiteorang duk self-cam memanjang sampai habis DSLR Fatinah penuh gambar aku hihiii. And yes kiteorang cuak betul pasal kena curtsey. Mesti terfikir 'Kang nampak gedik' 'Terjatuh atas stage' ' Masa naik tangga kasut tercabut' Benda pernah jadi tahu tak !


Aku suruh dia datang untuk ambil kan gambar. Tapi dia datang sehelai sepinggang hanya membawa iPod dia -_- Apakaaaaaaaaaaaaaaah


Alhamdullilah, another great achievement this yeaaaar yay (!) Based on last year final exam, boleh lah markah cukup makan atas pagar kena tiup angin jatuh tergolek lol. Suka sangaaaat sebab benda alah yang kiteorang dapat ni ada sekali nama hahahah. Last year walaupun aku balik sakit setiap bulan (evil laugh) and homesick tahap menggila especially masa exam nasib baik tak affect sangat study hahah. 100% dedicated to Ibu Ayah iloveyouuuu *hugs* 







No comments:

Post a Comment