Saturday, July 13, 2013

Happy Fasting, people.


Brassi 4 FTW iloveyou iswear

Sekejap je dah bulan Ramadhan :) Dah lama rupa nya aku terperap dekat sekolah tu. Dah dua kali ramadhan dah. Dah dua tahun buat solat terawih, daripada dulu takda aircond, sampai sekarang dah sejuuuk. Tapi paling sedih tak dapat buka and sahur dengan ibu ayah so sad ;/ And yes this is the only pulang bermalam for Ramadhan. I'm going back today. Aku bet mesti nanti bila ibu nak balik syahdu gloomy sedih -_- Kay whateverrr. 

Sekarang makin susah nak update blog muahaha anyway ada orang baca ke pun lol. Trial sbp lagi 37 hari, SPM lagi 128 hari. I guess so? Macam mana nak buat buat tak tahu bila everytime dalam dewan makan akan announce 'Attention to Estrella, another .. days for SPM' Arghhh stress :( Lantak lah. Tapi nak lantak lantak pun tak boleh jugak lol.


Anyway, seperti yang dijangka kalau bulan puasa ni petang mesti semua org tersadai dekat atas katil. Nak belajar pun otak mati kutu. Nasib baik setiap petang ada tadarus dalam dorm -_- Kalau tak memang terbengkalai lah pahala puasa aku wakaka. So seminggu sebelum nak puasa, Brassi 4 dah banyak kali plan nak riadah sama-sama. Ingat senang ke aku nak riadah? Patut makin gemuk lol.


Paling epic, masa tengah syok main sempat lagi pause amik gambar lepastu terus baling slipper.

Sooooo, kiteorang decide nak main baling slipper. Sumpah dah lama tak main. Dah lah macam dah lupa macam mana nak main. Orang yang rajin rajin macam aku ni turun padang lah, orang yang pemalas riadah macam Aisyah tu duduk dalam dorm jaga muka hahahaha. Orang lalu lalang macam pelik dekat kiteorang, main apa sampai pegang slipper kat tangan.

And yes aku ingat main slipper ni senang, sbb dulu main dengan cousins macam watlek watpeace je. Ni aku lawan dengan perempuan makin menjadi jadi kepenatan nya. Ni kalau main masa bulan puasa, ada jugak yang minum air paip wakaka. It was fun, try main baling slipper dengan kawan-kawan. Ni lah satu-satu nya masa kau boleh baling slipper dekat kawan kau. Bila lagiii? :P


Muka nak kena balingan slipper aku. Macam nak main ragbi, padahal slipper je.


 Tiba-tiba aku teringat masa prank birthday Busyra masa bulan May. Ya Allah kiteorang yang nak prank dia ni lagi terseksa drpd dia yang kena prank. Simbah dia guna air milo lebih masa supper. Lari dalam ketakutan sampai aku redah dorm orang lain, in fact dorm rumah lain wakaka sorry bro . Kiteorang ni dah macam main Running Man tengah-tengah malam. Paling epic, depan mesin gedegang dekat DM Busyra kejar Marina sampai terbaring. Terangkat kain baju kurung, nasib pacik DM tak lalu lol. 

Lepastu Marina yang kalah, mintak kaki aku jadi tali barut dah macam Gwang Soo pun ado. Dia lari satu block C cari kiteorang tengah sembunyi ni. Lepas dia jumpa aku dengan Aisyah dalam Onci 3, dia jerit 'Busyieee, dekat sinii!' Sedar sedar je slipper Aisyah kena campak jatuh ke bawah. Kejam gilaaa, nauzubillah T.T Aku ni lari lintang pukang, sedar-sedar Busyra belakang aku huwaaa aku menjerit macam nak beranak rasanya. Tapi malang sekali, Busyra tu atlet lari aku ni pulak ahli sorak professional atas bangku je. Tewas lah aku kena pelangkung Busyie.


Spot me. TAKE 1

Kebetulan ada Form 4 sama birthday dengan Busyie. Aku pun takda buat apa sangat lah kan, aku setakat spray perfume aku dekat kepala dia je. Tu okay lah aku sebur perfume, aku sembur soya basi kang T.T Tu pun nak ada hati nak balas ke haish dah lah junior lagi (eceeeh senioriti di situuu) Masalahnya, junior sekor ni pun atlet lari jugak. WHY LAH AKU PRANK ATLET, BIGGEST MISTAKE EVER! Aku rasa aku terbang pun dia dapat kejar.


TAKE 2

Junior sekor ni kejar aku sambil pegang deoderant dekat tangan. Gila apa. But whatever strength wins anyways. Dia tu keding, ada hati nak lawan aku ni haaa. Memang aku rampas balik and spray kat rambut dia. Aku ingatkan masuk dorm nak pergi mandi lah kan. Sekali, junior sekor ni taknak kalah. Kejar aku sambil pegang febreze. Aku kalah lagi bab berlari, aku smackdown dia depan Brassi 3. Tapi apa nasib, last-last rambut dia ada 3 bau: perfume aku, deodorant and febreze. Padan mukaaaaa kahkah


TAKE 3. 

After 1 years 7 months, only few months left for us. Thanks for being the best memories. Fights, tears and kisses xx

Salam Ramadhan. Ramadhan ya karim, Allahuakbar.



No comments:

Post a Comment