Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul (:

Aku ni takda lah alim gilaaa, tak sampai tahap tu lagi hehe tapi alhamdulillah lah tak jahil wakaka tengok ah ayah, masa aku 4 tahun pun dah kena solat tapi tahu lah masa kecik kecik tanduk kemain tinggi. Masuk dalam bilik dengan uda lepastu kunci pintu, agak-agak dah lima minit tu keluar lah 'Dah solat!' Hmm uda ajar hehehe /peace/ tapi sekarang dah tak mcm tu ok, alhamdulillah walaupun darjah satu menangis melalak meraung taknak pergi sekolah agama, darjah dua aku masuk balik hahahaha mintak kaki nya aku T.T

Dulu kalau tanya aku, lagu nasyid apa aku tahu hahahah memang Intifada takpun apa eh yang sepohon kayu daun nya rimbun . Lagu top tu masa aku tadika, aku nyanyi nasyid kot masa last concert pakai jubah siap perform diri paling depan sekali! Tapi dah besar layan kpop....... /cries/
Tapi aku di-didik kembali menjadi manusia lepas masuk asrama har har har sebab dulu tak boleh bawak mp3 ke laptop ke internet takda ((sekarang dah ada, jangan risau)) satu-satu nya tempat yang boleh dengar lagu... surau /insaf/ ((And yes of course dataran wacana tiap hari nyanyi negaraku dengan lagu sekolah hmm and 5Adioda hve problem with class computer last year)) Tapi takkan lah pulak dekat surau nak pasang lagu kpop kan kan mati radio, speaker kena baling masuk longkang 

So bila gap Maghrib-Isya', dakdak Imtiaz ajar and pasang lagu nasyid ((kalau baik hati lah)) tu pun macam nak buat concert pun ada 'Nak nasyid tak?' 'NAAKKKKKKK!!!!' Macam bapak desperate nak lagu... Lepastu panggil sorang suruh nyanyi dekat mic and Aisyah pernah kena hahaha. But sebab peraturan ((yg mintak kaki)) takleh bawak mp3 etc tu lah kiteorang mcm eager gila nak dengar lagu nasyid. Kalau tak mesti macam 'Nasyid? Eleh kat laptop aku lagi banyak' lol



#np oh sukarnya untuk umat menerima bahkan payah untuk Umar mempercaya

Lagu nasyid yang aku ingat gila Pemergianmu by ((jap nak google wakaka)) okay inteam yang nyanyi hahah paling tak boleh blah sekali. Bertepatan dengan konsep Maulidur Rasul, lagu ni pasal Rasulullah cuma lain nya lagu ni pasal Rasulullah wafat ((okay mcm tak kena konsep sebenarnya wafat dgn lahir lol what)) Aku tak tahu kenapa tapi masa ajar lagu ni ramai gila nangis woi macam tak ingat dunia dah. Pandang kiri kanan semua meleleh bahu ternaik naik. Actually memang lirik dia sedih gilos mcm rasa rindu hmmm /cries/



#np kerana peribadinya aku terpesona, kerana budinya aku jatuh cinta

And ni last nasyid yang imtiaz ajar tajuk dia ((jap search lagi hehe hampeh)) lagu Dia kekasih Allah. Pun pasal Rasulullah jugak. Lagipun masa tu tengah peak time orang study SPM so mesti banyak gila lalai, hadap buku je. Memang masa nyanyi dalam surau tu feeling nak mati, suara high pitch macam nak bagi pecah tingkap ((hiperbola ok)) padahal nak release stress heheh.

Now i got my laptop back, my playlist is full of korean songs .. again hmm then you realize how much different to be at home and stay in boarding school (muhasabah diri) The probability untuk lalai dekat rumah sangat tinggi ye lah semua benda ada ye dok? Dulu hari-hari solat jemaah, kat rumah solo je he he he. That moment bila everytime nak solat, terniat makmum sekali sebab dah biasa dua tahun kot /cries/ Dulu hari-hari baca surah al-mulk before tidur. Aku try nak maintain al-mulk tapi kalau dah penat sangat memang hanyut ke mimpi terus!


Pelik jugak aku post Islamic ni hahahaha okay bai


Salam Maulidur Rasul !

No comments:

Post a Comment