Wednesday, January 23, 2013

DinBib's Law

Assalamualaikum people :) Okay harini cuti Maulidur Rasul so tak pergi sekolah. Tapi takda beza okay kalau sambut cuti umumm dekat asrama -_- Sbb aku still dekat sekolah in fact tengah dalam class.. and update blog. Perbezaan kalau cuti umum just tak payah bangun awal (harini aku bangun pukul 10 pagi wohooo) and tak payah tegang cadar. Tu pun dah nikmat okay, inikan dekat rumah!

So this year, dorm mates tak tukar. Aku still duduk dorm lama Brassi Empat yang kecik cenonet tetapi bahagia aman sentosa bersama toilet dan shower yang menyenangkan kehidupan walaupun tingkat tiga! Belum sampai dorm dah berpeluh -_- Dorm mates pun tak tukar, tu yang best tuuu. Sebab kita dah terbiasa dengan dorm mates almost setahun .



Takpalah asalkan aku dengan dia bahagia -_-

So pendek cerita, aku still stuck dengan Aisyah Habib! Katil sebelah sebelah, and kiteorang akan gaduh hari-hari pasal siapa tidur paling lasak who is Aisyah yang paling lasak okay percaya laaah. Locker baju pun sebelah. Kelas pun sama, duduk pun sebelah aku. Locker buku pun sebelah aku !! Omaigod 24/7 aku hadap muka dia *hentak kepala*. Tu pun masa pulang bermalam esok ajak aku keluar pergi The Mines -_- OMG AISYAH WHY YOU NO BORING OF ME? Sayang sangat ke dekat aku 


Sama kelas dengan Aishah Khairi sekali. Atikah Azhar kelas sebelah and dia duduk tepi tingkap. So everytime aku lalu kelas dia memang aku ngorat dia dulu dekat tingkap -_- Proudly present, Ayie's master piece jeng jeng jeng 


Aku taktau kenapa tapi aku suka gila 

Esok aku balik, maybe ayah amik aku lepas solat jumaat. Tapi before balik ada interaksi akademik. Ergh tak sukaa. Result aku tahun lepas banyak atas pagar je. Esok aku akan pastikan ayah jumpa sorang cikgu, lepastu balik. Sorang tu pun cukup syarat je. Dah kenapa dengan aku semua orang belajar dekat dorm, aku sorang-sorang dekat class online update blog upload gambar. Tak sedar diri sungguh !

No comments:

Post a Comment