Wednesday, February 13, 2013

Jangan jadi racist okay.


Kenapa lah dieorang suka buat muka terencat. Tell me why cantik sangat ke

Kita dekat Malaysia ni kan hidup berbilang bangsa dan agama. Ek eh aku dah kenapa? Hakhak. Kawan aku semua bahan aku racist sejak first day sekolah 2013. Aku tak suka jadi monitor sebab satu benda je yang utama, greet bagi salam dekat cikgu sebelum belajar and cakap thank you lepas habis class. Bagi aku tu satu penyeksaan mental dan fizikal. Sebab suara aku ni sangat cun yang kadang-kadang keluar suara gedik lah, garau lah semua lah.

Sampai aku pernah tanya classmate aku boleh tak aku nak creat satu AJK baru: Ahli Jawatan Kuasa Greetings yang kerja dia bagi salam setiap hari! Tapi kawan aku semua tak bagi 'Habis tu kerja kau ketua kelas apaaa ?!?' Hak aloh mu semua ni tak memahami aku *cries* 

Tahun ni first time classmate ada yang non-Muslim. Kalau tahun lepas 4 Adiodators semua Muslim so kalau nak bagi salam sebelum kelas tu pendek je setakat 'Assalaaaamualaikum, Puan/Sir/Ms .... ' Tapi sekarang sejak dah ada non-Muslim ni payah sikit. Nafas kena panjaaang biar muat salam 'Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Puan/Sir/Ms..'

Tu okay lagi kalau part subject yang guna English tu yang payah tu 'Assalamualaikum and a very good morning blaahblaah' Mana taaak semput tercungap-cungap aku ?!? Kadang-kadang aku masuk class lambat sebab aku taknak greet. Hakhak derhaka betul. 


Masa class Sivik, role-play pasal cinta dua bangsa. Nak tercabut kepala aku gelak terguling

On first day, aku lupa lah pulak kewujudan non-Muslim walaupun dieorang duduk betul betul depan aku. Aku pulak bantai bagi salam tapi tak cakap selamat sejahtera. Classmate aku semua 'Woooo !!' Macam aku dah buat jenayah. Aku tak racist okaaay *angkat dua tangan*

Tu okay lagi. Satu hari tu aku punya mengantuk memang tahap dewa dewi langit ke tujuh lah senang cerita. So aku tak makan and tidur masa rehat. Lepas rehat pulak ada Chemistry, and Ms Foo who is Chinese ajar class aku. Masa cikgu masuk class tu aku still tengah tidur. So orang semua kabut kejut aku suruh bagi salam. And kau expect apa, aku tengah mamai okay baru bangun !! 'Assalamualaikum, Ms Foo.'

And lagi sekali.. semua orang cakap 'Weehhhh!!' macam aku buat jenayah. Paling pantang dengar aku buat silap for sure the non-Muslim students. Sorry I know this is sensitive matter kan kan aku terus pergi jumpa Ms Foo and cakap sorry. Ms Foo watlek wat peace je okay hak aloh. Saya ingin menegaskan, saya tak racist. With that, I thank you.

LOL,
Syaheera Tajuddin *peace*

No comments:

Post a Comment