Tuesday, February 12, 2013

This is Langkawi, people #2

Have a break, have a kit kat after that previous post about Langkawi so here we go lets continue! Dinner makan seafood yay me. Ingat lagi dulu kan aku ada allergic seafood dan paling sedih sebab aku sangat suka seafood *screaam* tapi sekarang dah kurang allergic hanya ikut mood badan aku sahaja. Tapi aku paling lah pantang kalau kedai makan tu ada kucing .. yang banyak! Aku ni dah lah takut kucing. Aku makan sambil cangkung atas kerusi tahu tak T_T Sad life people.


Cool isn't it ?

Bila esoknya, benda paling susah aku nak buat for sure bangun tidur -_- Rasa macam oh malas nya nak mandi. Pergi sarapan dekat hotel (dengan tak mandi nya shhhh) and then siap-siap pergi pantai. Why? Sebab aku sangat sukaaa pantai! Percaya lah anda semua instead of shopping too much chocolate in Langkawi, save a day or two going for beaches and islands! Cantik okay

Ingatkan nak pergi pantai sebab nak mandi manda, ye lah macam masa kecik-kecik dulu. Tapi hmm di luar jangkaan kiteorang, ayah bayar duit untuk parasailing! Binatang apa tu parasailing? Naik kapal layar ke? Oh tidak, yang naik parachute ala ala payung terjun tu wakaka. Dah besar dah aku rupanya. Dulu pergi pantai main pasir buat istana, tanam kaki dalam pasir. Sekarang dah parasailing lah, naik banana boat lah. Hakhak


Dengan pakai tracksuitnya ya ampun -_-


Jangan lupa bawak sunblock sebab kiteorang lupa bawak. Muka redha kalau sunburnt *scream*


Macam mana ayah boleh bagi kitaorang parasailing? Entah! Mungkin nak bagi anak ayah try something new. Actually semalam masa dekat Pantai Tengah, kiteorang nampak orang naik parachute so kiteorang pun menggedik cakap 'Ayah, esok nak naik tu!' And ayah betul betul bagi -__-" Lepas bayar tu baru ada rasa sedikit penyesalan di situ. Kenapa lah aku menggatal cakap nak naik benda ni, tak sayang nyawa betul! 

Ayah tak aci, sebab ayah taknak parasailing sekali! Ayah takut, huwaa tak macho ah ayah. Start lah drama kiteorang 'Ayah, Eera mintak maaf kalau ada dosa' 'Ayah, duit bank rakyat uda tu boleh dermakan dekat anak yatim' 'Ayah, angah tak kahwin lagi ni' Sampai ayah rasa macam nak bagi kaki kat sorang-sorang anak ayah. Oh tidak.

So pakcik parasailing tu akan check angin bertiup arah mana etc. Masa kiteorang nak parasailing tu, angin bertiup arah lain so pakcik tu angkut kiteorang pergi pulau lain. Mula-mula aku macam ragu sikit dengan pakcik ni kang culik aku ke oppss *dramaqueen* Bukan kiteorang aja, ada satu group Arabian sekali. Perempuan arab tu duk speaking 'Sisters, don't scream okay? I'll scared' Hak aloh sah sah lah aku menjerit nanti -_-


Di-angkut ke pulau baru.

Kiteorang ingat ada pakcik jaga kiteorang masa dekat atas, tapi sangkaanku meleset! So aku yang pengecut tahap gaban ni pun .. 'Tak kira! Aku nak naik berdua jugak!' So keputusannya: aku dengan Eeka, and angah forever alone! Jangan tanya soalan bodoh macam cuak tak? Scary ke? Hmm kepala lutut aku ni dah goyang tahap gerudi dah. 

Tapi thanks to pakcik pakcik parasailing, dieorang akan buat lawak bodoh dan hambar untuk melegakan nervous aku. Dia bagi instruction dalam bahasa Arab and Eeka yang sangat nervous bantai marah dia balik 'Cakap lah bahasa melayuuu !!!' Dia akan bagi tahu semua benda. Just trust on them. Walaupun semua perangai mintak flying kick aku ..






Let's go peopleeeeeee !

Akan ada boat tarik kau dari depan, and in a few seconds kau dah terbang naik atas hihiii. Sumpah lah aku cakap scary gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa especially kalau kena tiup angin! Hmm rasa macam jantung aku dekat bawah laut dah. Eeka paling kelakar sekali, dia punya cuak tu sampai dekat atas langit dia diam je. Aku dah bising 'Woi cakap lah dengan aku!' Sebab aku duduk depan, dia belakang aku macam mana lah aku nak tahu dia ni hidup ke tak -_-

Lepas aku suruh dia bercakap, dia terus 'Subhanallah! Ma shaa Allaaah!' Hahahha okay tu paling lawak sekali. Tapi serious okay bila dah naik tinggi tu, permandangan dari atas memang cun gila sampai speechless. Subhanallah, ciptaan Allah semua itu okay. Tapi tak dapat lari dengan fakta aku-cuak-sebab-tinggi-sangat.


 

SuperEera comes to rescue hakhak [landing time]


It was less than 10 minutes. Bila orang tu tanya kenapa, pakcik tu jawab dengan broken english nya 'Because after 10 minutes, you muntah'. Makes sure duduk betul-betul, eeka duduk cara salah sampai semalam bising sakit pinggang -_- Bila nak landing tu, tak susah macam yang aku jangka hakhak. Sebab aku punya macam perfect landing! Betul betul terjelupuk atas pasir pantai. 





Berani ke tak, angah still kena naik sorang sorang hakhak. Tapi dinasihati untuk naik berdua, sebab kalau dua orang dia berat sikit bila kena tiup angin. Kalau macam angah ni haa naik sorang-sorang bila kena tiup angin tu mak datuk scary gila terhayun macam naik buaian okay! Aku yang dah landing ni menjerit jugak takut akak aku ni melayang jatuh laut pulaks. Tapi angah tak dapat perfect landing.. sebab landing atas laut ahahah boo yah. 


Macam ni lah, betapa epic nya.

Whatever, kiteorang balik pantai dengan gembira sebab kiteorang survive ! Hahahahhaah. Bak balik duit bank rakyat, segala harta pusaka ku *evil laugh* Try parasailing at least sekali seumur hidup. Tak rugi. Tapi takut tu adalah hikhik

After waterboat activities, ayah bawak pergi Islands Hopping. Boat dia masya Allaaah sama laju macam naik rollercoaster! Aku ni dah menjerit macam nak bersalin! Plastik botol aku siap melayang sebab laju sangat. Kalau nampak ada plastik merah dekat tengah-tengah laut tu, haa aku punya lah tu. Sebab dekat sana takda sampah. Cantik hot meletup. 



Okay ni dekat Pulau yang aku dah lupa apa nama. Serious cantik air tak main lah mesti nak colour hijau biru gituuu hakhak.




Next to Pulau Singa (I guess?) Sebab haritu aku dengan tak malunya tanya pakcik boat kenapa nama dia Singa ye lah mana tahu ada banyak singa ke, bentuk pulau ni macam Singa kee. Dekat sini ada banyak helang weh sumpah. Hanya kawasan ni sahaja ada helang. Semua saiz ada daripada saiz bapak ke saiz anak helang. Dekat sini kalau nak eagle feeding pun boleeeh.


Next to Pulau Dayang Bunting. Dekat sini best lah kepada orang yang reti berenang *cries* aku tak reti sangat, ala ala level beginner gitu. Sebab dekat sini ada Dayang Bunting Lake yang boleh swimming dalam tu. Yang tak reti berenang macam aku ni sila lah sedar diri dan hanya celup kaki sahaja sebab kedalamannya 10 hingga 30 meter. 





On the way nak balik tu singgah dekat gua kecik. Dalam tu ada kelawar wuu. Tiba-tiba flashback segala ilmu geografi zaman PMR yang dah expired, oh tidaaak.


Penat sangat Island Hopping ni, balik hotel semua pengsan! Kalau dekat sini, tak banyak makan tak sah okay kawan-kawan. Aku baru satu hari kat situ dah makan laksa dua kali. Lepastu masa nak balik makan laksa lagi. Maggi goreng makan, cendol lah, nasi kandar lah, pasembor lah entah hape-hape semua nak sumbat Ma sha Allaaah gemuks lah gaya. 

Pukul 6 petang pergi pulak Dataran Lang [must go] sebab nak ambik gamba hahah. Ye lah kiteorang adik beradik ni camwhore campur syok sendiri kuasa sejuta. Dataran Lang ni lah yang ada replika burung helang gedabak tu haaa. Tolong jangan muntah tengok banyak gambar hakhak




Its scenery


All white themes.




Watching sunset.



Malam tu pergi shopping chocolate. Actually tu lah main reason nak pergi Langkawi : shopping chocolate for Angah's wedding. Basically shopping for door gift. Nak tahu apa yang dibeli ? Jeng jeng jeeeeng, datang lah wedding angah nanti okaaay ! Tapi banyak gila barang nak bawak balik, pergi sehelai sepinggang. Balik sakit pinggang terus haktuih. 


Percaya atau tidaaaak : Wujud nutella sebesar ni ?*hentak kepala* Ni 5kg nutella which worth RM170++ Confirm aku cakap siapa beli ni, pergi hospital 100% diabetes! Ada jugak nutella daily pack untuk setiap hari Isnin-Ahad. Hell one. Don't worry my dorm mates, nuttela-biscuits party after general inspection next week will turn on! Hakhak adios everyone enjoy your holidays xx

Syaheera Tajuddin xx


1 comment:

  1. Kedai mana yang jual nutella 5kg?

    ReplyDelete