Friday, December 27, 2013

Instagram newcomers.



 Aku cekik jugak dua dua ni kang.

Handphone aku duk ber-whistle je. Aku spend time dalam rumah duk scroll twitter dengan whatsapp je pagi petang siang malam. Sekarang ada KBS festival song live pun tak boleh tengok sebab ibu ayah tak tidur lagi T.T Bila petang aku bosan so naik basikal, semua orang ada kawan kat Bangi ni ngaa memang aku sorang je ke budak 17 tahun dekat taman ni ((bajet kalau ada sebaya nak kawan pulak en))

ESOK ADA CERAMAH LESEN YA ALLAH benci nyaaaaaaaaaaaa the fact i have to survive 6 hours with strangers *cries* Kena kumpul 7.45 pagi, gila apa ni ceramah ke kuliyah subuh ke semanis kurma. Boss tempat aku belajar ni handsome tak ingat dunia doh tapi dah kahwin adoi muda nya kahwin, pakcik. Ibu marah aku panggil pakcik ni pakcik tapi dah biasa dekat sekolah senior suruh panggil pekerja sekolah pakcik walaupun tua setahun -______- Habistu nak panggil abang waklu


Now on Instagram!! ((one of to-do list after SPM LOL)) But the problem is; tak biasa guna, taktau nak follow siapa etc hahahah the hell bro. IG : supereera// Syaheera Tajuddin. Adios amigos.

Tuesday, December 24, 2013

Gifs


Then I'll be your first one okay? Wakakaka jonghyun pabo yonghwa said you lied.

Friday, December 20, 2013

Miracle in Cell No. 7


This movie would probably be the first movie I watched after SPM lol sebab tunggu ibu nak amik lambat gila masa last day dekat sekolah, aku dengan Aisyah tengok cerita ni. Ramai dah suruh tengok masa gap SPM tapi aku macam takda nafsu nak tengok. Ni movie korea so soalan first aku tanya 'Handsome tak hero dia?' LOL

Movie pasal family rupanya hahahaha takda sikit pun pasal cinta lolol. Honestly, SEDIH GILA NAK MATI TAHAP GABAN LEVEL KE 1902740163 :((( Tak habis tengok dengan Aisyah, aku sambung tengok dengan Busyie dekat rumah masa dia tumpang rumah nak pergi Sunway esoknya. Aku duk cakap 'Comel nya budak perempuan ni' Sumpah dah besar pakwe keliling ni

Tengok dengan Busyie paling lawak tak ingat dunia hahahahaha aku nangis macam mati laki pun ada -___- Busyie tu nampak je muka macam along kawasan tapi hati macam tisu lol takda beza dengan aku ni ha. Sepanjang movie, aku dengan Busyie tak cakap langsung hahahah tengah tahan nangis wakaka. Penat gila doh tahan nak teresak hahah ye lah malu ah kang di kata nya aku ni pondan pulak 

Habis tengok movie aku dengan Busyie terus lari pergi cermin lepastu Busyie jerit 'Bengkak gila mata akuu !!!!' LOLOL Aku dah macam transform jadi badut pun ada dengan hidung merah mata merah. Orang dah kata sedih tapi wa bajet hati kental ingat tak nangis tapi.... akhirnya kau tewas jua! ((eh macam novel form 4))

Tengok laaaaah Miracle in Cell No. 7 sumpaaaaah sedih gila aku cabar jangan nangis woh serious kalau tak nangis memang hati batu electroplated by copper sejuta lapisan agaknya ((nak lawan hiperbola aku ada berani)) and Aisyah cakap 'Weh macam best je duduk penjara ' KAU NAK KE




Tak semua banduan penjara tu jahat 

Thursday, December 19, 2013

License in the making

I'VE PASSED MY KPP TEST HAR HAR HAR

I reaaaaaaally reaaaaally hate exam, or test. Malaaaaas nya nak amik lesen sebab aku tahu, last last aku bukan selalu drive pun. Ibu selalu tak bagi anak drive. Angah tu bila dah kerja baru drive kalau tak setakat hantar amik aku sekolah takpun tuition. Habis aku yang takda adik ni apa function lesen *cries* 

Tapi dah tertulis dalam to-do-list after SPM. I'm going to do it ALL kenapa orang selalu tak buat apa yang di plan lepas SPM penat kot kau menyabarkan diri before exam nak buat takkan nak biarkan je. 

Nasib aku malang betul bila part buat lesen kereta ni -_- Sebab aku buat dekat Bangi and I'M ALL ALONE *cry a river* Tahu tak dalam banyak banyak manusia kat Bangi tu, takda sorang pun kawan aku. The only one yang aku kenal pun Lee Wai Keet (how to spell doh hahahaha sorry man) itu pun macam mana aku ingat nama dia, aku pun taktahu. Itu pun tak pernah sekali pun aku berbual dgn dia dekat sekolah...

Dah lah banyak gila ceramah. Baru habis test KPP aku rasa macam setengah mati. Mati daripada ke-awkward-an. Awkward nya dengan orang yang tak kenal. I AM anti-social hehehhehe. Psst that day I can barely survive not talking at all for almost 6 hours lol. Aku kena top up before ceramah and test kpp sebab aku akan text anyone randomly and like 'WAKE UP AWKWARD ALERT LAYAN LAH AKU' Anis akan selalu jadi mangsa lol sorry

Aku wonder kenapa eh jadi antisocial balik ingat bila masuk Seseri dah macam friendly tak ingat dunia semua orang aku tegur tapi bila keluar ni dalam mulut macam ada emas jongkong (jongkong ke jongkang eh)


I hate when school leavers said holiday is boring dude please


Holiday is much much better than exams. Staying up for movies and better than sleeping w/ books.

((those days enduring the pain of big exam))

Monday, December 16, 2013

Emotionless #2


HAHAHHAHAAHHAHA THE HELL

I got fast track for UPM hahahhahahahhahaa apa lah kena dengan aku ni bukan dapat PLKN pun apply masuk fast track dah kenapa T.T Apa lah nasib, no one to ask. Aku tanya eeka pun, bukan dia tahu apa-apa. UTP dah lama terkubur hahaha I didn't go to interview educamp lol ibu penat suruh aku pergi heheheh tak minat bro engineering mahal nak mati masuk utp kering pocket ayah aku, nak belanja aku kahwin pun takda duit nanti *cries*

Dah lah apply upm ni pun last minute. Tak plan langsung, Ain Amin yang hasut aku hmm biasalah dah kata dak Pembimbing Rakan Sebaya haktuih. Aku tak bagitau ibu ayah lagi, agaaaaaain ahhahahah. Eleh ayah selalu stalk blog aku, mana tahu terbaca sendiri ke kan hehehe hai ayah. Ayah macam takkan bagi je hmmm

AAAHHHHH TAK TAHU WHAT SHOULD I DO WHO SHOULD I ASK I DONT THINK I SHOULD GO HMMM Kalau kat sekolah ni dah lama aku jumpa ibu takpun any counselor sekolah zz

image

Annoyed Nam Soon.

Friendzone #School2013

gifs so cute kdrama school 2013 kim woo bin lee jong suk kim woobin

Happy faces while self-cam but the reality is ...

gifs so cute kdrama school 2013 kim woo bin lee jong suk kim woobin

'DAH KAU PERGI SANA!!'

image

Aku wonder lah pernah ke Aisyah buat macam ni kat aku HAHAHAHAHAH and the answer will be asbolutely NO sebab dia akan make sure dia tidur dulu before aku sebab dia takut gelap kang kata pintu locker bergerak lah bunyi itu bunyi ini plus aku tak pernah pakai selimut instead I will use my varsity on and later have leg cramp in the morning hell yes.

image

image

If I were Heung Soo, would you be my Nam Soon and be my friend ? :(

Friday, December 13, 2013

My holiday is so well spent

Done watching School 2013 and I cried so hard :(

image

image

Friendship turns to enemy and back to friendship again I CRIED

Jobless


Hmm

Tadi aku duduk bilik ayah. Ayah cerita 'Tadi ayah naik komuter. Ramai betul orang.' Dalam hati aku, tu lah taknak bawak kereta kan bagus kalau bawak kereta. Ayah aku ni duduk Jepun ke prevention for air pollution naik komuter.

Ayah sambung 'Tapi ada orang offer ayah tempat duduk. Ayah rasa tua pulak '

HAHAHAHAHHAHA my daddy feels old ayah, your youngest daughter already 17 and you will get your third grandchildren soon but still you want to be young? Tengok lah ayah siapa.

Tuesday, December 10, 2013

5 hours are too much

Perbualan ayah dan anak

Ujian komputer tu jangan fail pulak. Add Math boleh lah jawab, ayah nak tengok boleh ke jawab ujian ni. Guna logik ni
Hm ye lah
Ada nak tanya ayah?
Okay jawab eh. Apakah peraturan yang perlu pemandu ikut ketika memotong A-Peraturan 2 saat B-4saat C-12 saat D-14 saat.
Paling lama apa?
14 saat.
Jawapan dia yang empat belas.
Salah. Jawapan dia 12 saat. IS THAT LOGIC AYAH?
Lebih kurang lah tu
Pernah ke ayah kira berapa saat masa potong? Tak kan? Then why


Monday, December 9, 2013

Adios amigos

Dukacita lol

Dulu kat asrama takleh bawak handphone. Anything, not even mp3. Sumpah taat gila aku masa form 4 tak bawak langsung. Dah kata junior kang kena rampas mampus kena dimerit campur kena banned dengan senior. Tapi bila dah jadi senior ni, hmm tanduk aku mula lah tumbuh. Masa tu dah tak fikir apa, lantak ah asal aku boleh call text ibu ayah anytime. Aku takkan bawak handphone kalau public phone boleh guna bila-bila masa -_- Obviously

Tak berani lah nak bawak smartphone ke apa, yang paling cikai aku bawak. Handphone flip masa darjah enam okay ahhaha omg it is still functioning. Tengok lah tuan dia lembut macam mana, mana nak rosak ((lol)) Tapi budak baik akan sentiasa baik lol. Cuak ngek bila ada spot check. 




Semua tempat aku pernah letak, tingkap/atas locker/bawah tilam/surau. You name it. Even aku pernah tumpang tempat persembunyian kak nab. Dia pergi cungkil apa kebenda entah nama CPU kot yang tempat komputer tapi pilih yang dah rosak ah. Jahat kan. Tapi tak pernah kantoi bro. Hebat tak hebat. Bawah vending machine pun aku pernah letak. Celah pokok apa tah lagi. Kau ingat senang letak  kat vending machine, nak cover ika tertonggeng tampal bawah machine lagi. 

Form 5 dorm aku ramai nak mati yang bawak, 2 orang je yang tak. Rebel nak mati. Bila ada bunyi macam nak jadikan sorang junior dorm aku jadi pengawas disiplin, aku lah antara yang paaaaaaaaaaaling tak bagi lol. Wan patut terima kasih kat aku, tak main ega aku terus settle jadikan dia captain. Kuasa brassi 4 jangan bawak main bro. Thank you ega [discipline prefects lol] , good job for your hardwork heheh ;) Form 5 dorm aku tahun ni baik sangat kot, aku tgk junior sekarang watlek je bawak. Kesian aku dulu, hidup dgn taat dan patuh. T.T


Aku beli simcard baru, just in case phone seseri ni kena rampas sebab aku sayang nak mati number lama. Sumpah dah lama kot aku guna. Taat betul aku. Sekali masa SPM aku check simcard lama, dah kena terminate sebab dah lama tak guna. Bapak ah. Aku ddk asrama kot cubalah faham. Sampai sekarang, aku tak hafal satu digit pun number baru ni. Kalau aku tahu lah betapa power nya aku sorok phone, aku tak beli simcard baru.

Soooooooo dukacita dimaklumkan I've change my number already okay member member sekalian. Yang dulu kosong satu tujuh tu dah tak guna dah. Baru balik midvalley and dia kata takleh activate balik. MY HEART CRY A RIVER. Estrella pun sama okay dalam buku contact Estrella MGP tu number aku dah tak guna. Kau call agak agak cina mana lah angkat. Nak bagi aku invitation korang kahwin, through email okay number phone dah tukar lol jangan lupa wahai batchmate sekalian. 




Again, I've change my number. Ketaatan aku dah hilang.

Thursday, December 5, 2013

Jonghyun saya.


OMG WHAT IS THIS JONGHYUN WHAT IS THIS BRO 

Dah lama tak usha kpop bapak terkejut duet kot dengan juniel kot handsome gilaaaaaaaaaaa kot omg i die already. Gila bad boy nya muka rasa macam nak screen capture banyak kali omg jonghyun jangan buat muka bad boy gila *melts*



Sumpah handsome sumpah sentap sumpah masterpiece.

Much love from Sunway


Sah gambar curi lol

Dah lama berangan. Even tahu ni semua berangan, still dah tulis siap siap atas calendar, bulat 29 November. One of the ways to survive stressful days before exam was to stare at the calendar and counting for exam to end and 29 Nov to come. Kadang kadang macam tak betul bila aku yang duduk sebelah Aisyah dalam kelas check calendar 'Aisyah sikit lagi nak merdeka '

Mula mula dengan angan-angan mat jenin. Bond dorm aku kuat gila i don't even know why tapi kuat kuat pun selalu tak cukup 11 orang. First time cukup 11 orang masa activity batch and we took polaroid photos lol gedik gila it took months nak gather 11 orang cant you imagine? Tak pernah gaduh pun. Either Mawa takda dalam dorm or aku yang takda dalam dorm sebab belajar tempat lain. Dorm bising nak mampus, takleh deny doh. So the problem will be either aku or Mawa or both of us hahahahah hell yes.


Last dinner. Masa exam week dinner sama-sama even tak sama dorm (kena pindah!!)


Masa tengah baring ramai-ramai kot dalam dorm, berangan nak keluar sama-sama lepas SPM. Dekat sekolah pun selalu tak cukup inikan lepas SPM lol. Berangan nak pergi Sunway Lagoon. Dah lah dormmate aku duduk jaaaaauh gilos. Sorg perlis, sorg terengganu, sorang palong, sorang kelantan. Yang lain bersepah. But believe it or not we made it hahahahahahaahhaahh gila kan 



Sunway Lagoon mission accomplished!


Dengan transport nya takda nak pergi sunway. Pergi naik abang Fatinah, balik naik komuter tahu taakkkk omg aku dah besar betul ni sampai naik komuter lol jakun betul. Ayah was so protective lol risau kot anak dia nak pergi sunway dengan kawan w/o any adult. ((Ayah, eera dah habis spm okay dah besar no need to worry ehehehe)) Anak bongsu memang disayangi hmm. Busyra duduk rumah aku, anything for this Sunway planning lol

Takleh blah kat sekolah siap lepak ni nak bincang pukul berapa nak sampai etc. Aisyah lantik diri sendiri jadi ketua rombongan hahahahahahaha gila -_- Ketua rombongan yang buat aku jalan dari sunway pyramid sampai ke sunway lagoon nak patah kaki aku. Datang sunway pakai baju dorm kot hahahaha orang tengok kitaorang macam nak lawan futsal pun ada sebab baju dorm beli yang jersey. I GOT NUMBER FIVE ON MY JERSEY MY FAV NUMB HEHEH 


Brassi di hati


She will leave me next year and I'm all alone.


Anyone yang nak pergi Sunway and wonder banyak benda macam berapa tiket lah itu ini its okay we already did the planning thoroughly hikhik. Tiket RM90 per person yang rasa umur macam kiteorang ni tapi kena bawak IC sbb ni MyKad promotion. Tak nak bawak IC, bawak lah duit lebih hahaha. But its okay Aisyah tertinggal IC haritu tapi still dpt harga 90. Kena kamceng sikit dengan makcik cashier. Nasib haritu aku yang bayar, macik tu tenang tengok muka aku tu yang lepaskan Aisyah hehe

Warga emas rm60 kot tapi kenapa eh Ika tak dapat harga 60 hahahahah nenek. Locker kena bayar ke sewa pandai pandai lah. Elisa beli locker, kiteorang tukang sumbat wakaka dah tak rupa beg wa cakap. Macam tong sampah jadinya. Tube yang besar tu kena sewa untuk main dekat wave tapi lepas pulangkan dapat balik duit. Pakai je slipper nampak tak bertamadun tapi dah kata nak have fun so comfort comes first. 



Fatonah dan surau al-Mawaddah


Makan time.

Makan mahal gila aku cakap. Macam mana pun kau tahan, lepas mandi naik slides turun naik lepastu naik rides menggila lagi tak lupa kau jerit macam nak terkeluar anak tekak confirm kau akan lapar and haus. Definitely! Try je bawak masuk makanan sebab haritu kiteorang seludup kek batik berjaya lepas hahahahaha bo yah security. Air mineral dalam sunway 3 ringgit, aku beli kat kantin 1 ringgit lawak tak lawak? Aku beli jugak sebab haus lol

PATUT naik semuaaaaaa slide and rides. Aku naik semua slide weh semuaa can you believe it aku dah berani naik semua *cries* Masalahnya aku tak berani pun kena heret dengan budak dorm zzzz fearless betul mintak kaki. Oh aku tak naik viking yang pusing 360 heheh tu je okay fobia masa last visit naik viking terus pitam ;/ 

Aku naik rides dengan semuaaa orang. Dengan Ika sekali, Marina pun ada, Fatinah sekali, Aisyah banyak kali -_-" Taktahu lah sebab merdeka ke apa tapi tahap aku menjerit ni memang dahsyat wa cakap. Dah macam takda hari esok. Kalah orang mati laki. Masa naik rollercoaster, macam nak patah handle tu aku genggam. First ride with Aisyah was damn.... exhausting. "MUMMYYYY" screaming from start to the ending, lagi banyak gelak daripada cuak.



First slide. Amik yang terowong gelap to syok. Ada tiga jenis, tiga-tiga aku masuk. Nak warm up suara katanya. Biasalah vokal kena jaga.


Second slide ni aku rasa dah lama wujud dari last aku datang sunway baru opening. Dulu aku macam 'Bapak ah siapa nak naik slide ni gila apa' but now budak dah besar biasalah bajet sentiasa 'Hek eleh tu je?' Padahal bergaduh aku dengan Athilah 'KAU DEPAN AKU BELAKANG OKAYYY'



Not dead yet.


Gambar curi. Sekian.

YANG NI BEST BRO BEST GILOS. Dari kau turun escalator sunway, first thing kau nampak benda ni. And kau akan terfikir mesti tube akan pusing 360 degree tak jatuh ke lol This is vuvuzela. Dah macam nama cake aku tengok -_- Dia akan gerak 180 degree je lol  Naik dua kali, first ride naik 5 orang. Second time naik 6 orang and speed totally different sebab kita kan belajar momentum dalam fizik. Mass increase then the momentum will increase lol. Aku rasa macam nak tercampak keluar pun ada.


Paling tak lawak bila duduk paling depan and taknampak apa jadi so kena toleh belakang zz


HOW DID I SURVIVE HERE MAN? TWO TIMES?

Datang masa weekdays instead of weekend. Kiteorang boleh naik slide tak payah beratur langsung. Lagi laju daripada nak bayar duit makan dekat kantin. Tapi penat gila aku cakap nak panjat tangga dah lah kaki bergetar cuak nak naik slide. Ada ke patut tinggi sangat tangga dia macam nak panjat gunung. 


Gambar curi sekali lagi. Sekian.

Yang ni hahahah kiteorang lawan siapa sampai dulu lol. Dia slide pakai mat. Aku tutup mata je takut ngek laju nak mati tak faham ke jantung nak terkeluar *cries*


5D rides.


Makcik siapa tertinggal amik balik amik balik amikkkk!!


Naik ni dengan Marina lol nanti basah sikit 


Ada jugak rides untuk budak-budak. Yang budak pun kiteorang naik. Kapal terbang yang turun naik macam dekat shopping complex pun kiteorang naik. "Seventeen turns seven" katanya. Yang pusing-pusing macam budak tu kiteorang naik and anggap mengeringkan baju yang basah. Ada rides river apa entah memang basah nak mati. That's why we need rides budak-budak untuk keringkan baju.



Harums, could you stop with that face? -_- Could youuuuuu


Too happy, time is so precious.




Too sad to go home. Too sad to bid farewell. 

Banyak lagi benda best tapi dah ngantuk tahap gaban ni drama Korea perlu diteruskan lol for me rm90 very worth it. Kau spend time memang berkualiti habis dengan kawan. Last hangout lagi. Definitely sunway lagoon is better than hangout setakat dekat shopping complex lepas tu tengok wayang yang kau tak bercakap pun dengan kawan and window shopping yang buat sakit kaki. 



Ten reasons why I smile, ten reasons why I cry

 I glad I'm not leaving Seseri. Thanks for wonderful 2 years dormmates. Block C will be super quite w/o our pranks. Warden will live happily ever after without us lol. Sorry for being too shy to recite doa during our jemaah wakaka. Sorry for sleeping too cute. Sorry for not being in the dorm during exam week. Sorry for not expressing my feeling very well. I know you love me thank you, me too.


One of the to-do-list after SPM already Checked  Hangout with btho mate will be next!



Tuesday, December 3, 2013

Emotionless

Should I or shouldn't I?



Haritu pergi ceramah kerjaya dia kata apply je semua benda. Aku pun bijaksana pergi apply UTP. Even aku sendiri tahu, engineering is not an option at all. Tak minat bro. Sekali orang duk kecoh kecoh suruh check. Educamp hahahahahahahahhahahahah taknak. Aku ter-bagitau ibu sebab ibu ter-nampak dekat twitter and aku kena paksa. Setakat nak try katanya, aku tahu jadikan je interview tu experience okay okay

Jangan jadi macam aku ..




Sebab aku taknak. Serious

Monday, December 2, 2013

Video of Estrella




"I may not remember your face in the future but I will remember every single moment with you"

Sunday, December 1, 2013

TWO YEARS AND WE SURVIVED!!!





 Five girls from BTHOvians turns to Seserian. Alhamdulillah none of us give up during Form Four. Glad that all of us survived. Luaskan kuasamu.

271113 HOT NEWS: The school leaver's debut.

After two years cracking up my heads, I put down my pen after done answering Biology 3 and whispered 'Selamat merdeka, Syadin' Muka aku ni hmm jangan cakap senyum je :) Tapi takleh deny bro spm susah. Aku takleh terima senior cakap SPM senang bila dia dah dapat result straight A's. Boleh lah cakap senang ?!?! Aku jujur dengan junior aku 'Susah weh mati ah korang'

Semua soalan nak hots, nak kbat sampai sejarah weh mulut aku nganga bukak tengok banyak gilos kbkk.Cuti ni letak tepi semua cuak exam haritu watlek kita dah usaha kan estrella kan kan kan *gedik* We got sempoii pengawas peperiksaan! Ketua pengawas tu sangat awesome first time ni jumpa nak jawab BM dia cakap 'Sebab saya sayang awak semua, saya bagi awak start dulu.' Kiteorang ni macam nak terguling jawab exams. 

Budak dewan habis exam bio paper 3 lambat than budak kelas. Masa nak habis tu, tiba tiba dengar orang menjerit macam histeria dekat blok kelas. Terkejut gila bapak tapi itu menandakan budak kelas dah kutip kertas. Kitaorang ni duduk dewan lambat nak kutip. Tunggu lagi ketua pengawas exam yang sempat bagi ucapan ala ala Anugerah Bintang Popular lol but yeah I felt the freedom the moment he said 'Selamat kembali ke pangkuan keluarga okay' Heaven doh.



Thanks pengawas exam (!!)

We did tepuk tepuk terima kasih satu dewan bapak kuat. Aku sangat sakai sebab Bio paper 1 ada lebih masa so aku macam menggedik nak try pergi toilet masa exam SPM [aku tak pernah pergi toilet masa SPM don't know why but time is so precious kot] tapi pergi jugak walaupun tak terasa nak pergi lol. Sorry cikgu pengawas heheh. Sajaaa, nak try :P


This is the first picture lepas sampai dorm hehehe

Sebab aku tau haritu akan jadi hari last aku pakai baju sekolah so aku ber-photoshoot lah lepas tu. Sampai ramai gila orang lalu lalang dekat koridor jerit 'Dah lah tu Syadin' hish biarlah retis nak debut memang macam ni banyak gambar lol. Senior last year cerita masa last day hujan so dapat main hujan [please know that Seserian takleh main hujan. Siapa main kena dimerit. Bajet nak macam Hogwarts pulak lol] tapi petang tu tak hujan! Renyai sikit je :(((





Ada gamba lompat dengan Brassi4 tapi Marina will always be the problem. Tak pernah nak ayu!



Datin nak dinner dengan Estrella malam tu. Patut aku lalu Dewan Makan macam bau sedap je. Dapat makan satay bro. Selalunya event besar je dapat makan satay. Tengok gaya Datin berucap aku tahu datin sayang kita semua hmm. Yana cried on her last day being as Ketua Pengawas. That would be our last dinner together. Estrella's last dinner. Setiap kali dinner, kiteorang akan buat cheer batch. That day would be our loudest cheer ever. I'll miss tepuk tepuk Estrella *cries* That made our bond stronger day by day. 


Our last dinner :(

Lepas dinner tu Nina dengan una ajak amik gambar hehehehe memang masa dinner pandang pinggan macam 'Weh bapak ah kita habis exam dah.' Tapi bila amik gamba amboi kemain tak ingat dunia dah. Yelah bila lagi aku nak menggedik dengan diaorang. Sorang dapat plkn. Sorang lagi dak KL kot kot busy nak kerja itu ini. 


Syadin Bieber ft Nina Minaj lol



With Intan payung pengarang jantung. I learnt to make ugly faces in Seseri. 

Dah malam, semua gather kat surau nak solat jemaah ramai-ramai untuk kali yang terakhir. Semua benda nak yang terakhir weh. Last time belajar sama-sama, last time makan aiskrim DM yang dulu tak sedap lama-lama makan sedap je, last time gaduh dengan dorm mate. Oh yes tahu tak malam last ada tikus masuk dorm? *screams* Dah lah masuk locker nina lol. Histeria kemain aku malam tu. Tikus jangan cari pasal, aku baru habis bio ada jugak yang kena bedah ni kang..

Then pergi pulak surau nak spend time terakhir pulak dengan Geng Surau lol aku ni dah baik sejak jadi senior ni taubat duduk surau je kalau belajar. Bertamadun tak aku heheh. Padahal. Duduk surau sebab ada aircond. Duduk surau sebab ada tiles barulah sejuk. Duduk surau sebab nak charge phone. Duduk surau sebab ada ika dengan Farai joyah xxxx



"Kita kan geng? Jangan lupa date surau malam ni " :(


Daripada aku Form Four lagi teringin nak tengok KLCC lights off. Tapi hidup sebagai artis ni memang banyak dugaan dan cabaran. Dengan tak cukup masa. Tidur pun tak sempat *muntah pelangi* Aku dah set dari dulu 'Nanti last day sekolah aku nak tengok KLCC lights off ' Sorry awek awek seseri sekalian, siapa tak tengok lagi KLCC lights off tak complete lah list as seserian




KLCC lights off is beautiful. Dia tutup sebelah dulu, baru tutup lagi sebelah. Aku dengan ika sanggup tunggu. Lepasni nak tengok KLCC dekat tepi jalan je lol




Thanks Ika The best view turns to the best memories. I'm glad I didn't leave Seseri.



It is embarrassing but I have to admit



I love Seseri.