Thursday, May 22, 2014

Next page

Malam ni aku macam jetjet sedih ah, my friends are leaving /cries/ Sebab nanti bila dah masuk tempat lain mesti bertambah kawan dorang dorang ni ha aku risau ditinggalkan sebagai habuk di contact list! Sumpah do ramai gila terabur, matriks pun kena campak entah kemana-mana, yang menyambung ke universiti ni pulak semua lain-lain, ramai pulak kawan aku dapat sarawak bukan sorang dua (engkorang ni nak apply jejauh kenapa) ni belum campur yang buat alevel kejadah hm memang habis belajar pakwe omputeh je la

Budak sekolah ramai yang dapat UM hm apa kata korang buat je pakatan ke persatuan kat situ, berkempen ke bawak banner. Teringat pengalaman interview UM haritu hahahahaaha pak malu do aku ni macam badut pun ada! Tapi interview UM sempoi lah tak macam iv scholarship sampai camp bagai, 10 minit je kahkah tapi 10 minit tu lah aku mcm mascot hari sukan /facepalm/ Cerita nya begini, aku pergi UM awal sikit and stay bilik eeka lepastu tidur. Dah tu bangun-bangun tidur terus nak pergi iv kau bayangkan...


Tapi ter-reunion pulak dekat UM hahahah guess what?! Aku jumpa fatin at lasttt, lepas dia pindah sekolah masa awal form 3 2011 yg nak pindah tak bagi tahu aku tuuu, tak guna betul cis. Takda jasmine je, kalau tak cukup lah kita berlima (farisha & najihah) Dia pasang movie Frozen yang tengah trend bulan tu untuk relax kan budak-budak macam aku ni tapi tak effect tahu tak?!? Sebab ni first iv aku, so yeah aku pasrah. Patut nya nama aku bawah-bawah tapi tetiba nama aku kena panggil bapak gelabah aku

Lepastu ddk luar bilik iv, jumpa groupmates which is 5 members including me and aku ddk tengah, which was so krik krik sebab dua org kanan aku saling sembang and sama dengan dua org belah kiri (and aku yg tengah tercegat pandang kasut, aku pelik tak nampak ke aku kat tengah ni? Tak cukup besar ke? Ok gurau we talked actually hehe) Lepastu masuk iv-er semua perempuan. Sorg tu muka mcm nak makan je, muka aku mcm pasta kot so lapar. Jadi aku hanya set eyes on ONE iv-er yg muka soo keibuan heheh

Aku lemah betul semangat bila suruh introduce yourself zzzz, ok bro dah lah semua lima orang ni sbp and mrsm but its ok for me, i don't mind tp bila diaorang bukak mulut hm dia ni lah atlet sekolah dia lah president dia lah wakil sekolah pergi armsterdam dia lah wakil negeri /pokerface/ Dan aku hanyalah........ penceria dorm -_-" But its ok, aku lantak kan shj tp bila nak kenalkan diri tu aku kena come with something different (not that diff tp bukan pasal aku wakil blahblah)

 "I have been writing blog for almost 5 years" 
(muka segan)(tu je aku ada)(muka tahan malu)(lantak kau lah syadin)

Lepastu semua org gelak termasuk lah yg muka lapar tadi. Aku taktahu nak sorok muka kat mana lagi, kenapa gelak, aku buat lawak ke bagi aku hambar je k. Lepastu muka keibuan tu tanya link blog aku /pokerface kuasa 10/ Aku taknak bagitau sbb tak kan nak ckp "supereera" so aku dgn selamba badak nya tanya balik "Sorry?" aku buat buat tak dengar soalan itu pun org gelakkan lagi, aku tk faham aku ni badut agaknya? Lepastu dia bagi situation "Kalau ada duit scholarship lebih nak buat apa?" Kau tahu groupmate aku ni bg jwpn mcm pelajar contoh, "I want to buy books for my studies/ I want to go to improvement class/ I love to read novels/I will buy some gadgets" Aku kat tengah ni pun angguk je dalam hati hm ye la ko, aku nak tgk betul ke tak nanti


Sebab aku taktau nak jawab apa, jawapan pelajar contoh semua dah kena rembat so aku kata "Saya nak simpan duit lepastu pergi melancong sbb saya sebenarnya suka main" Exactly direct translate lah ke english lol. Lepastu dia tanya nak pergi mana, aku dah gelabah geografi aku ni mmg lesap terus so aku jawab Korea dgn melulu hahahahh lepastu iv-er aku tanya aku pasal cherry blossom lah kejadah, sumpah aku cakap tak sia-sia aku layan korea berbulan kalau tak entah mcm mana aku nak jawab psl korea

But I didn't get UM, i got my first choice which is..

asasi pintar ukm hihiii yabedabeduuuuu

Kenapa suka sangat? SEBAB 15 MINIT JE DARI RUMAH HAHAHA, im soooo into bangi nowadays /hairflips/ and 4 orang schoolmate dapat situ.... including aisyah habib hahahahahahah omg as expected our chemistry! Sesiapa yang dapat ukm ni bagi lah tahu aku, jgn berahsia sebab aku tahu kiteorg berempat je lol actually ukm ada ujian saringan and ujian tu pagi sebelum aku pergi iv UM! And malam sebelumnya rumah buat Aqiqah Peeyah, kau bayangkan aku nak salam sedara pagi tu pun tak sempat semua tak bgn lagi lol 

Ujian saringan was ok lah guna computer lepastu soalan dia mcm entah pape aku main click je secukup rasa, dia ada banyaaak module and ada masa diterhadkan. Dia mcm test khazanah buat kat seseri dulu tp ni version berhati perut. Module yg bagi aku susah bila dia tunjuk nombor, lepastu nombor tu hilang! Kita kena type balik nombor tadi zzz apa doh mula2 ok lah 3/4 nombor je lama-lama nombor berjela sampai 9 nombor. Kau tahu tak numb phone bestfriend aku pun aku tak hafal, inikan no entah berapa saat dia tayang zz

And ada module pengetahuan am yang mcm...... mintak kaki aku. Soalan awal ok lagi mcm "Siapa pencipta telefon" "Dunia ada berapa benua" blahblah tapi bila sampai soalan "berapakah jarak matahari dengan bumi?" KAU INGAT AKU TAHU ?!?! Tapi aku rasa ujian saringan and iv um ni mcm cukup syarat je sebenarnya lol seriously. Kalau dah dpt either one and kena pulak dgn first choice tu insyaAllah lah dapat! 



Bila lagi aku nak cari 6 bulan melanguk dekat rumah tanpa kerja? :(

2 comments:

  1. Hey :) Tahniah , dapat Asasipintar! Sy Hafeenas. Mungkn boleh berjumpa kat UKM nnt?

    ReplyDelete
  2. Hey :) Tahniah , dapat Asasipintar! Sy Hafeenas. KIta boleh berjumpa kat UKM nnt..

    ReplyDelete