Friday, November 18, 2011

3 Days with Kepochiis



Ibu ayah tinggalkan aku dekat rumah semata mata nak pergi Sumpah Doktor angah T_T Siot je bajet sedih tapi dalam hati bunga bunga wakaka . Awal awal even masa belum book ticket lagi aku dah plan siap siap nak angkut Kepochii aku teman aku dekat rumah :") Actually berangan je . Aku tak bagitau ibu ayah pun. Aku main call Najihah tanya "Jom sleepover ? " <-- nak mati tak tanya ibu lagi .

Lepas book ticket aku cakap dengan ibu nanti aku angkut kawan kawan aku tidur rumah . Mula mula ibu nak TokYah jaga aku T_T Aku bukan lah taknak kan tapi kita sebagai remaja yang mahu berdikari, kita tak boleh menyusahkan orang tua betuuuul taaak ? Blah kau geli je dengar . Nak enjoy, cakap nak enjoy haktuih. A few days sebelum ibu ayah nak pergi Indon baru ayah terfikir siapa nak jaga aku -__-" Ingatkan takpayah bagitau ayah nak ajak dieorang hihiii . Mula mula ayah tak bagi , ayah kata takda orang besar nak jaga . Sayang eera lah tuu :") Tapi saya sebagai anak bongsu yang sentiasa dimanjakan , semua nak ayah bagi wakaka sayang ayah :*

Kepochii saya dah konfem nak datang rumah. Aku tidur pukul 2 pagi . Pukul 4 pagi ibu dah kejut suruh tidur dekat bawah takut nanti Kepochii datang rumah aku tak dengar and pagi pagi buta tu lah ibu ayah dah tinggal kan aku sorang sorang kat rumah :( Sbb flight ibu ayah pukul 6 pagi so kena ada dekat airport awal, kay fine aku tidur je pun kat bawah tu tak sempat nak imagine hantu terbang wakaka . Haritu sms Kepochii, dieorang punya lah kata jangan tidur lepas solat Subuh. Aku kata kalau tekan loceng takda orang bukak pintu panjat je  gate rumah sbb aku tidur mati .

Tapi tak sampai hati pulak lah nak tengok kawan aku panjat gate kan kan . So aku tak tidur laaah , tahan jee mata walaupun tidur 4 jam je ;/ Sekaliiiii pukul 8 baru dieorang sampai , siot tul aku tahan ngantuk macam orang gila tahuu ? Tapi lepas dieorang dah datang kan , mata tak reti nak tidur T_T Soo aku pun sarapan and mandi . Dieorang kata aku mandi lama , apa lah dieorang yang tak feeling masa mandi wakaka . Kiteorang pun lepak.

Tiba tiba dieorang menjerit "AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA !! " Aku dah macam pahal nii pahal pahal takya jerit woi . Cuba teka sebab apa dieorang menjerit ? Rumah aku terbakar ? Tak. Nampak hantu belakang aku ? Tak. Greyson Chance dalam TV ? Tak haktuih . Greyson Chance versi tak berapa nak putih yang datang rumah whaaat hahahah ; Abang aku balik rumah hantar lauk untuk kiteorang and time tu dieorang tak pakai tudung, sbb tu jerit macam nak bersalin anak pertama je -_-"

Dieorang jerit kuat geli siot. Abang aku kot kot terkejut beruk tengok dieorang tak pasal pasal abang aku lepak kat luar rumah duduk dekat buai . Lepas menjerit macam nak terkeluar anak tekak and berlari naik atas, dah malu nak turun bawah. Aku dah macam "Takyah malu , abang kita kat luar pun tak masuk rumah. Terkejut agaknya jumpa korang haha " Lepas lunch , aku call Farishaa ! Bila dia angkat telefon rumah terus dengar suara dia and aku terus "Farishaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! " Rindu cik kak saya sorang tu :( Nak jumpa dia macam nak jumpa Siti Nurhaliza ;/ Tu pun Siti Nurhaliza ada phone, twitter tapi dia takda acane nak contact cik kak tu ? Hantar burung merpati pun kot kot sesat -_-"

Farisha memang cool gila , aku call je dia datang wakaka . Sbb tu aku takda nak plan awal awal ngan dia , plan on the spot pun boleh jadi . Honestly mula mula macam awkward sikit hihii tapi muka kiteorang ni nak awkward lama lama hampeh tak sempat punya. Lepak lepastu aku bukak facebook, and stalk crush kiteorang since sekolah rendah . Some of them jumpa lepastu stalk tengak wall, gambar, relationship dah ada girlfriend ke belum. Mentang mentang dah tak suka kan , kutuk macam habis padahal masa sekolah dulu tangkap cintan gila semua benda jadi jiwang -_-" Geli pulak nak ingat balik. Most of them sekarang dah tak sehandsome dulu so punya lah kutuk "Buruk gilaa ! Macam mana lah boleh suka dulu ?!? Tutupp ahhh ! " 

So bila tengok muka crush yang buruk sekarang and gelak terbahak bahak sampai nak terguling tiba tiba teringat Fatin :( Kalau lah semua ada macam dulu. Dulu selalu berlima, sekarang berempat je. Yelaaah Fatin, orang call takmau angkat kan ;/ Siapa lah kiteorang niii *merajuk* Macam nak hancur je telefon ni Najihah dial hmmm . Lepas otak dah tepu tengok gambar crush yang dah expired ni , kiteorang layan pulak gambar Greyson Chance untuk digest semua gambar crush tu wakaka . Najihah dengan Jasmine ni memang ada masalah besar dengan Najwa Latif sebab jealous . 

Bila tengok gambar GC dengan NL dieorang tak habis habis duk jerit -_-" Aku pergi toilet kejap nak amik wuduk untuk solat lepastu dieorang tengah gelak sakan. Something fishy. Aku pergi tengok ; dah agaaak ! Dieorang gi comment gambar GC dengan NL and tulis ; UNTUNGGG LAAAA ! Aku memang suka dieorang bash Najwa Latif guna account fb aku asdfghjkl. Kiteorang nak jalan jalan area suadamai tapi cuaca mendung jaa :( Kang kiteorang jalan kang tiba tiba hujan tak pasal pasal macam movie romantic pulak dah berlari berkejaran. Kiteorang keluar, aku lupa nak kunci rumah >< Biar pintu and gate rumah terbukak ternganga. Kalau balik rumah sama ada tak perompak masuk, mesti kucing dengan anjing masuk. Nasib aku terfikir nak pusing kepala tengok rumah, terus berlari tutup gate wakaka




Then baru perasan dekat hidung aku ada icecream -_-"



Farisha stay dekat rumah sampai pukul 9 je sebab dia tak bagitau mak dia nak tidur rumah :( Sebelum dia balik kiteorang dinner McD, mak Najihah belanja and hantar dekat rumah . Kawan aku memang macam tu, sehari tak jumpa mak tak sah ! Mak najihah macam tak percaya kat aku je sehh duk ingat kan aku tutup gate kunci pintu bukak lampu . Siap text lagi sekali nak ingatkan aku hahah sayang anak lah tuu kay fine :') Kiteorang tidur pukul dua pagi -__-" Bangun esoknya semua kebulur terus sarapan spaghetti. Like seriously, spaghetti for breakfast? Asal tak tomyam ke macaroni je terus for breakfast ><

Habis breakfast je Farisha dah tercegat depan rumah aku . Good news: Farisha datang . Bad news : Mak dia tak bagi tidur rumah aku. Tak bagi pun but still dia bawak baju untuk tidur haahaha . So kiteorang call mak dia nak pujuk mak dia kan :( Good friends righttt ? Mula mula aku dah practise dah cemana nak call . "Assalamualaikum auntie , boleh tak Farisha tidur rumah saya. Please please pleasee " tapi aku duk imagine aku kena marah dengan mak dia T_T Scary gilaa. Last last najihah yang call hihiiii and mak dia bagiii *fireworks* tak rugi bawak baju nak tidur rumah aku hahahaha. 

Pergi kedai .


Masih ambik gambar walaupun tauke kedai dah tunjuk muka nak tumbuk tumbuk . Akhirnya keluar kedai dengan muka Sorry-tak-berminat dan lari .


Masih ambik gambar tengah jalan walaupun ada kereta dekat depan .


Masa matahari dah terpacak baru nak jalan kaki pergi kedai. Pergi kedai beli water bomb , belon yang kecik gilaaa bentuk diaa senang cerita adik beradik belon lah jugak and beli slurpee dekat 7eleven . Balik rumah layan Naughty Kiss, drama korea kann standard lah ada scene 18 pg *cough cough* asal part sweet je menjerit macam nak keluar anak tekak . Gatal betul kawan aku hahaha. Then kiteorang isi water bomb, susah gilaaa nak isi kot even nak ikat pun susah. Entah berapa pecah dalam bilik air tu haha. Kalau aku dekat dengan air, hormon hormon jahat ni memang tiba tiba ter on. Aku simbah air dekat Kepochi last last semua basah kuyup dalam bilik air, belum main water bomb lagi -_-" Main water bomb best sangaaaaaaaaaaaaaat. Dah habis water bomb tu pun still rasa tak puas terus amik water hose and semburrr. Isi air dalam baldi and simbaaah, sumpah rasa macam kau mandi kat air terjun ! Dari atas sampai bawah basah kuyup !


Tengok najihah 


Tengok najihah lagi.


Tengok najihah lagi sekali hahhaha


Najihah asaaaal ohh ? HAHAHA


Sila tepuk tangan untuk najihah HAHAHAHA


Basah kuyup . Tudung pun tak betul dah -_-"

Malam tu pulak mak Jasmine hantar kan nasi ayam untuk kiteorang. Macam apa yang aku cakap kawan aku ni tak jumpa mak sehari tak sah ! Bila mak jasmine sampai kiteorang terus bukak pintu kereta menjerit "Ibuuuu T_T" Mak dia macam pahal ni semua rindu mak ke hahah comeel . And Highlight of the nighttt ; *jeng jeng jengg * Prank Call Timeeeeeeeeeeee ! Sleepover tak best kalau takda prank call. Mula mula aku nak cakap sorry sangat kepada mangsa mangsa yang dihormati T_T Dekat blog ni first time reveal siapa mangsa nya, dieorang still taktau dieorang jadi mangsa. *Tiba tiba keluar lagu super junior* Sorry Sorry Sorry Sorry naega naega naega meonjeo nege nege nege ppajeo ppajeo ppajeo beoryeo baby

Mangsa pertama ; Umar Haneef ! Umar jangan marah aku pleaseee umar jebaaal T_T Kiteorang call dia, Farisha yang cakap since dia tak kenal suara Farisha. Situation ; Call umar and tiba tiba order sate untuk jamuan. Umar macam pelik gila orang call dia order sate then Umar tanya siapa ni ? Farisha jawab Rogayah kiteorang dah hidung kembang kempis tahan gelakk. Lepas letak phone semua gelak macam orang gila keluar tanjung rambutan :") Aku tabik gila ngan Umar, orang panggil dia jual sate pun suara steady jugak. Umaaaar sorraaay kay ? 

Mangsa yang kitaorang duk call and tak jawab ; Rifaat, Wan and Atiqah Azman -_-" Mangsa seterusnya; Alya Ardini . Aku tak rasa dia baca blog aku kay apa apa pun sorry. Situation : Farisha cakap Indon call Alya nak mintak jamu mendee entah . Alya macam "Ni salah number lah ! " And mangsa lagi sorang ; Wardah ! *fireworks* Situation : Call dia tanya pasal kain untuk kenduri kawin . Suara wardah comeeeel sangat :* Dia bukan main lagi gelak gelak wakaka tak tau kiteorang kat rumah ni lagi gelak macam hape . 

Farisha : Awak ni siapa ?
Wardah : Err saya ni pelajar .
Farisha : Ohh saya kacau awak belajar ke ni ?
Wardah : Hahha taklah .
Farisha : Eh awak sorry eh macik kacau 
Wardah : Takpa macikkk 
Kiteorang : Whaaaaat macik HAHAHAHAH 

Mangsa paling bessssssttt ; Mahiraaaaaaaaaah ! Sorry mahirah <--- aku takut betul nak jujur kat mahirah aku prank call dia tak pasal pasal dia karate aku tercampak pergi somalia ni kang. Situation : Call mak bidan sebab anak dah nak beranak . Epic gila weh lakonan Farisha dengan Najihah macam hollywood gila wakaka hiperbola pulak daah. Aku dah terguling terbaringg daaah . Mahiraaah mianhae T_T

Farisha : HELLO MAK BIDAAAN ! HELLOO ? Mak bidan datang cepaat anak saya dah nak beranak dah niii air ketuban dia dah pecaaaah ! Cepat mak bidaaaan !!!
Najihah : AAAAAA !! WOOOOO !! (Konon tengah nak beranak menjerit macam teruja pun ada )
Farisha : Mak bidan cepaat lah datang ! Cepaaat !
Najihah : WOOOOOOOOOHHH !
Farisha : Alaaah mak bidan nya manaaa ?!? Macam mana niii 
*hang up*
Kepochi : HAHAHAHHAHAHA 


Malam tu tengok movie, tutup semua lampuu . Tidur lambat, last last esok pagi bangun pukul 9:40 pagi padahal kena siap siap pergi sekolah nak amik duit RM 100 tu. Mandi cepat cepat, breakfast . Kiteorang call sekolah, takda lah nak buat prank call kan tapi Farisha berlakon jadi mak orang -__-" Wakaka orang sekolah kata kena bawak kad pengenalan . Jasmine dengan Najihah mana pergi rumah aku bawak purse so takda kad pengenalan. Then aku punya IC dekat purse ibu, ibu bawak pergi Indon asdfghjkl . Tapi duit kaan, so kiteorang datang je lah. Sebelum pergi sekolah Farisha kena balik rumah :( Dah lah hujan -__-' Suka nak kiteorang romantik bawak payung segala bagai. Last last tak perlu pun IC tuu, nasib baik. And balik angkut Fify lepak dekat rumah. 


Pelik tengok Jasmine pakai baju sukan aku hahaha sejak bila rumah hijau ? Najihah pakai baju write-it-right camp aku wakaka semua baju aku, ye lah takut semua orang pakai baju sukan .



Baibai Farisha :( Rasa nak nangis masa niii *amik tisu*

Petang tu kiteorang tidurrr jee. Satu jam sebelum ibu balik , Kepochii nak makan ayam goreng kecik kecik bentuk popcorn tu. So dieorang masak guna microwave sekali hangit hangus terbakar dalam microwave -_-" Satu rumah aku bau hangit terus cuak macam mana nii sikit lagi ibu nak balikkk . Jasmine dh kena balik awal sbb keluar dengan family . So tinggal aku dengan najihah jaaa. Aku dah cuak gilaa. Jasmine text aku cakap masa dia masuk kereta adik dia tanya kenapa bau kopi wakaka . Masa ibu ayah sampai , ayah masuk rumah tak cakap apa apa pun so aku macam " Fuhhh dah hilang bau lah tu ! " Sekali ibu masuk baru berapa tapak dah tanya " Bau hangit apa niiii ?!? " Aku dengan najihah buat taktau je . Masa dinner ibu bisik dekat angah ada bau hangit taaak -___-" Kantoi weh kantoi . Ibu kata baru tinggal berapa hari rumah bau hangit, kalau tinggalkan seminggu kot kot terbakar terus agaknya ahahah >< 

Please appreciate your friends . Make memories with them because you are not sure they will be there beside you all the time. Dont fight . And you should be there when your friends call or need you . We need each other . Promises are made to be broken , so do relationships. Memories are the things that will remain . Faithfulness is the key to being a good friend. Alhamdulillah I have them 

No comments:

Post a Comment