Saturday, October 27, 2012

Malaysia-Thailand networking.

Sebenarnya dah lama cikgu mintak nama anyone yang dengan hati yang rela jadi buddy for Malaysia-Thailand . Aku and Aisyah pulak dengan awesome nya terpengaruh. Hmm aku memang english tahap sayup-sayup je, menggatal letak nama. Lepas tu bila dah nak dekat Thailand datang, aku lah yang paling gelabah sekali *peace*

Mula mula before cuti, all the buddies ada berkumpul untuk pilih buddy Thailand masing-masing. And aku dengan loser nya tak pergi pun ahhahaa. Aisyah pulak dengan aksi gorilla nya pergi kelas aku like "Syeeraaa ! Asal kau tak pergi blahblahblah " Aku partner dengan Aisyah, alhamdulillah for the time being dia tak curang lagi tsk tsk. 

Ayie and Kina incharged for buddy Thailand. All students from Thai ni bukan perempuan je, laki pun ada. Tu yang kebanyakkan daripada buddy Malaysia excited to the max geli aku tengok zzz. Tak cukup agaknya lelaki Malaysia, tahu lah sekolah perempuan. Aku and Aisyah dah bagitau Ayie awal-awal yang kiteorang nak perempuan. Cuba bayangkan betapa awkward nya kalau aku dapat buddy laki T_T Ada jugak buddy kena tinggal tepi central market ni kang. Nak shopping dengan buddy laki, naik bas nak duduk sebelah buddy laki, errr please?


Ayie announce dapat buddy laki or perempuan. And most of them yang dapat laki mesti "Yaaaaayyyyy !!" Godd baldi satu please? But then Ayie loves us too much I guess "Syabib and Syadin, lelaki !" Aku rasa kiteorang lah the only one yang menjerit macam nak terkeluar anak tekak "HAHHH? TAKNAK !" Masa tu rasa backstabbed, betrayed, lifeless hahaha drama queen gila aku. Aisyah dengan bersungguh-sungguh nya pujuk Kina tukar buddy perempuan.


Alhamdulillah, ada student yang dapat perempuan nak tuka dengan kiteorang -_-" Masa kiteorang tengok list name student Thai, aku dah macam "Apaa nii nama, macam mana nak sebut. Terbelit lidah, ikat mati terus." Nama yang kelakar pun ada hihiii kot-kot student Thai baca nama kiteorang pun gelak terguling muehehe. Then kiteorang ternampak satu nama yang macam senang nak sebut and you know quite nice. 

Supassara.

Actually nampak macam sedap sebab ada part 'Sara'. And thats how it all began, one week with Thailand buddies. Kita buka minggu awkward kita dengan ummul kitab Al-Fatihah.


Okay masa ni kiteorang taktau lagi yang mana satu Supassara. Cuak tau tak, mana tau buddy kiteorang pelik bin ajaib ke who knows right? Memang tak pasal pasal kiteorang yang macam tertanya-tanya. Kiteorang kena pakai nametag gedabak untuk tulis nama, yes nametag besaq nak mati masa hari orientasi tu *peace* Nak tau satu benda yang loser, aku dengan Aisyah sangat mengharapkan buddy yang cantik hahahha. And kiteorang siap plan kalau cantik pegang telinga kanan kalau tak pegang telinga kiri. Lebih kurang macam tu lah, yang penting sign yang sangat loser. 

And then Yana announce nama for buddy Thai macam sesi perkenalan lah. Hmm aku sangat suka bila nama kiteorang macam nak last-last. Curious tahap melampau tahu? And then "Syabib and Syadin, your buddy is Supassara blablablaa" Kiteorang like weh nama kita ah cepat lah bangun. Aim student Thai sebab nak cari mana satu Supassara ? Jengjengjeng..


Here it is, our buddy :) Hanya Allah yang tahu perasaan awkward kuasa seribu masa ni. Like seriously, no jokes. Tinggi kaaaan? Aku dah macam orang kerdil bila jalan dengan dia. But not bad buddy aku pun boleh tahan lawa *peace*

Malam tu aku kena spend time dengan dia dalam dorm. Aisyah kena pergi prep malam. Aku dah macam kuaja punya Aisyah awkward laaaaah gedik jangan tinggalkan aku. Oleh sebab malam ni Aisyah yang kena tidur dengan dia, so aku pun mengalah and layan dia sekejap. Hmmm paling kelakar masa nak communicate dengan dia hahahahah. Level english for Thai student macam so-so sebab dieorang tak guna sangat English in daily life. Memang aku cakap bahasa English, dieorang jawab bahasa alien yang unknown pun ada. Tapi tu yang buat aku gelak mcm nak terguling. 

Dieorang ada nickname masing masing and takkan guna nama sendiri. Dia bagitau nickname dia and aku sangat lah lost. Rupa-rupa nya nama dia Milk tapi sebutan lain macam sikit. Nak tau tak macam mana aku tau nama dia milk? Sebab dia buat gaya tengah minum air omgee loser much body language is important thats for sure. Aisyah jangan cakap lah esoknya baru tau nama dia milk -_-" Mula mula macam everything undefined.

So esoknya pergi main bowling and Mid Valley kot? Aku dah tak ingat sebab dah lama sangat. Aisyah follow them pergi KLCC tapi aku tak pergi. Aisyah pergi KLCC so aku dengan evil nya suruh dia tidur dengan Milk every night hahaha jahat nya aku. Buddy lain smua gilir-gilir ><



Too interested in Petrosains, I guess?

Esoknya aku pulak follow dieorang pergi Universiti Malaya. Eeka belajar situ tapi takda masa aku nak jumpa dia muahaha. Aku bukan forever alone dekat UM, Nina Una and Fatinah pun ikut so aku relaks sikit takda ah awkward memanjang. Dekat UM, macam ada ceramah in English and most of them bukannya faham pun english. Sooo ini lah hasilnya..


Tidur..


Sit beside Killer.

Aku sangat suka masa break time muehehe. Camwhore gila kay kiteorang, and Milk pergi dengan kawan-kawan dia sebab aku nak pergi solat kan takkan nak ikut pulak. After solat hmmm memang dewan tu kiteorang yang punya.


Meet all my gediks.



Lupa nak bukak spec asdfghjkl


With tauke coolblog, Sir Hadip :)


Adiodators with our Walid Wong :) Hahahha I call him Walid even though Mr Wong 100% chinese. And Mr Wong menang cikgu paling cool tak silap masa Hari Guru. Mr Wong ajar 4 Adioda Math and dia terlampau baik sampai kiteorang selalu online masa dia mengajar. Remember, yang aku menyorok bawah meja lab comp sebab tak homework tu? Haaa masa class Mr Wong lah. For us, Mr Wong sangat handsome sampai 4A berebut dia. Even Mr Wong balas 'Baibaii' aku pun, aku berlari masuk kelas 'Korang nak tau taaak, Mr Wong cakap babai dekat aku muahaha' See? Childish much adiodators. Main-main je tau bukan serious zzz


Aku suka uniform dieorang. Godd.

Esoknya pulak pergi Central Market and Dataran Merdeka. Hmm Seserian lebih jakun mengalahkan Thai student -_-" Aku pusing Central Market dengan Aisyah entah berapa kali aku pun lupa. Sampai aku rasa nak pengsan. And masa dekat Dataran Merdeka, camwhore session starts !




Tiba-tiba Merah duduk. Hahah


Met them : Pahh Bedah and Zenab



Actually ada night activities dengan Thai buddies. First night, kenalkan diri using microphone like asdfghjkl aku anti gila dengan mic. Aku dengan milk orang last sekali -_-" Masa aku introduce "My name is Syeera." Msia student macam taaaaak Syadin ! Dieorang tak boleh terima nama Syeera, aku pun taktau kenapa flying kick sorang sorang ni kang. Menari macam nak gila, share about Msia and Thai dances. Penat gila okay, semput aku. Lepastu ajar Thai buddies main baling selipar. Memang havoc gila ahh. Nak bagi dieorang paham guna english pun dah dekat satu jam wakaka. Bising macam clubbing pun adoo hihiii

Esoknya, Thai buddies nak balik negara asal. Kiteorang ada tukar-tukar hadiah. And plan last night nak tengok KLCC lights off tapi tak kesampaian sebab weekend KLCC lights off pukul 1 pagi memang tak lah aku nak terpacak kat padang sampai 1 pagi heh. Sorry milk, next time lah ceh bila lagi -___-" 

Masa farewell tu Milk nangis :( Milk minat gila nak mati dengan Super Junior, dia cakap dengan aku 'Lets go together to SuperShow next year.' Aku pun angguk lah hmmm memang ayah nak bagi aku pergi SuperShow, sujud syukur terus aku. Aku tak expect langsung dia sampai nangis o.O Terkezut aku. Sayang betul milk dekat aku dengan Aisyah hahahah bunuh diri sana. Before dia naik bas, kiteorang nyanyikan lagu Birthday untuk dia aww sweet nya kiteorang *lap air mata *



She gave me this ,


Her love-shaped letter sangat sweet *lap air mata*

Kita tutup minggu awkward kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

We miss you milk, take care

No comments:

Post a Comment