Saturday, March 30, 2013

Credit goes to Ainaa Shahirah









Officially married.

Title post errr macam out je. Officially married? Kau keee? Waklu. Syareena Tajuddin officially married peopleeeeee (!!!!!) My first sister hihi. And yes selamat datang Abang Faeiz dalam SuperDin's generation xx. So secara tidak langsung nya bodyguard aku daripada hanya ada dua boleh tambah lagi satu. Tapi ni bodyguard level bawah punya hahah lol sebab Abg Faeiz kena guard angah dulu of course lewww. 

OMG this is just a quick update okay. Nak tunggu gambar upload memang tak sempat leww. Ni pun cilok cilok punya gambar. Nikah sekali lafaz, of course!! Still tak faham kenapa, tapi angah menggigil masa nak nikah. And aku dalam hati macam 'Angah ke yang nak kena lafaz nikah?' Hakhak dengki.

I know nothing about this wedding *cries* Ye lah everything preparation tanpa aku okay. Mereka prepare, aku tengah homesick dekat Seseri tsk tsk sad life babe. Tema untuk malam nikah hmmm err Arab Style. Aku bantai je haha dah semua pakai jubah. Malam tu kiteorang pun jadi lah arab celop sementara. 


We know you already married but whatever you are forever ours *daaaa*


One new members ! Yayy. 



And reception pun dah selamat. Penuh dengan adat Johor. Sorry tapi perlu tak aku mention buat kali yang ke 7162710 aku ni orang Johor sebenarnya ? Hakhak. Ada ghazal, ada tabur duit syiling and gula, ada candy buffet (ni adat Johor ke waklu -_-) . And Toblerone as doorgift for guests, Cotton candy for child hihiii aku yang happy apesal. 



Tadi kiteorang prank Angah masa dia bukak hadiah. Dah macam adat family sebelah ayah, kalau masa bukak hadiah tu kiteorang buat prank. Amik satu kotak balut dengan surat khabar. Nak masukkan ular getah tapi tak jumpa (eh?) . Dalam kotak ada muffin yang kena makan dengan toothpick. And kena baca surat cinta yang aku buat sendiri (heheheheeeeeeh) kuat-kuat. Basically, aku reka surat cinta yang mintak kaki muntah sebaldi punya. Aku pun tak sanggup nak baca lagi lol.

Ayat common masa wedding 'Akak awak dah selamat, awak bila lagi?' Speechless apa aku. Please okay macik saya SPM tak amik lagi okay. Ada rumors tak Pulang Bermalam 2 months or exactly 8 weeks. Jangan sampai kasut aku melompat okay. Pray for me, tiba-tiba rasa nak demam lol. Bye peeps adios xx

Thursday, March 28, 2013

Surat Motivasi

Alkisahnya, haritu masa motivasi batch Estrella, pakcik motivator tu macam suruh buat muhasabah diri. Satu baaaatch ni menangis berjurai-jurai air mata, meleleh-leleh cecair keluar dari hidung. Ehekk? -_- Termasuk lah aku. Menangis macam mati laki gamaknya. Basah lengan baju aku. Takda tisu punya pasal.

Tu takpa lagi lah. Boleh kita simpan rahsia dalam-dalam dengan satu batch. Sekali si pakcik motivator ni pi suruh tulis surat untuk mak bapak. Manalah tahu, kalau kita meninggal dunia. At least kita ada wasiat ke, nak sampaikan anything yang kita dah lama nak cakap kat mak bapak kita. Pakcik tu kata dia serahkan tanggungjawab dekat kaunselor sekolah, nak buat apa dengan surat ni. Hmm yo lah tu

Sekali. Gempaaaaaarrr satu sekolah, kaunselor dah masuk sampul surat and letak setem bagai. Nak buat apaaaa ?!? Nak hantar dekat parents. Memang semua orang berlari call adik/akak/orang gaji suruh tunggu surat. And of course sorokkan ..


Tengok betapa hancurkan surat ni aku kerja kan. 

Naaaasib baik aku sempat jumpa surat ni sebelum ibu ayah hahahahaha. Dengan brilliaaaant nya, surat ni sampai dekat rumah along which is rumah lama aku. Nampak sangat aku tak tukar lagi alamat rumah dalam maklumat murid dekat sekolah. So Kak Yana bagi surat ni dekat aku by hand. Akuu, dengan instinct yang super power, terus tahu ni surat motivasi. Aku bawak lari, bukak, tengok banyak stapler tepi surat ni 'Confirm!' . Terus aku sorok.

And tadi baru aku bukak hahahahaha kenapa dengan aku masa ni. Emotional gila, dah macam surat nak mati pun ado. Wasiat apa -_- Masa ni aku macam menangis sampai tak sedarkan diri. Ayat semua mintak kaki punya sweet. Hmm surat ni kalau ibu ayah baca menangis 4 hari 4 malam tak henti. Sejuk perut ibu lahirkan aku hahahaha. 

Mission accomplished, peeps hihiii adios xx

Wednesday, March 27, 2013

Die hard fan of Cool Blog

Siapa kata bila kita dah terperangkap berbulan-bulan dalam asrama, tak dapat minum coolblog? Aku, dua hari tak minum air sejuk hmm memang rasa macam nak buat kenduri pulut kuning 5 hari 5 malam. Hallamak class gila bunyi ! Aku minaaaaaaat betul cool blog. Actually, tiba-tiba je tahun ni minat aku melampau sikit.

Mana datang coolblog? Hahahhahaha. Sorry lew sekolah kita maju terlebih. Bukan maju dalam aspek facilities. Tu memang menipu lah, ye lah sekolah lama lah katakan :( Mandi lambat pun takda air. Shower pun takda lampu. Sampai sometimes aku rasa pelik bila shower ada lampu hmm. TAPI !!

Seseri ada tauke Cool Blog hihiiiii. Encik Hadip aka Sir Hadip aka Abuya dengan tagline nya 'Thankyou Iloveyou Get lost! ', akan datang malam malam masa prep bersama berkotak-kotak coolblog untuk anak murid tercintaaaaa. Krik krik krik. Hahah anak Cikgu Hadip bukak kedai coolblog. Memang untung menggunung lah nampaknya. Dah student Seseri pelanggan tetap. 


Iklan sebentar .

And plastik tutup coolblog tu pulak mesti ada gambar Heliza hahahahaha. Cantik memang cantik Heliza buat muka. Ramai orang cakap 'Untung lah Heliza ni, jadi duta coolblog. Mesti hari-hari boleh minum coolblog free'. Tapi macam yang kita semua tahu, stress duk belajar dekat sekolah. Duk bertapa bukak buku. Sometimes nak release stress tu, pi tebuk straw coolblog betul betul atas muka Heliza. Harap maaf, Heliza.

Yang interesting nya pasal coolblog ni, everytime beli kena tulis nama. Masa mula-mula duluuuu, baik nya lah kiteorang. Tulis nama sendiri. Tapi last-last, apabila tanduk bertocang di kepala... nama semua merepek!! Letak nama artist lah, nicknames lah, apa kau nak mesti ada punya. Running man? I love you Abuya? Will you marry me? I'm sorry? Tapi yang aku rasa macam nak pijak, siapa yang letak nama boyfriend dia. Eee geli nak mampuihh. Lain laaaah kalau.....


HAHAHAHAHAH OK THIS IS SO MINE YOU KNOW IT AUTOMATICALLY HAKHAK

Seriously, aku rasa macam boleh buat compilation gambar coolblog. Sebab banyak gila aku order. And merepek gila nama aku letak. And yes, classmate aku ada yang letak you know lah bio-terms ke chemistry-terms ke. Terkezut aku. Sayang betul dekat bio -_-


There you go thrombokinase and lymph node *hentak kepala*


HAHAHAH ni pun sekali tengok boleh tahu aku. Siapa lagi 5A yang duk homesick tak sudah?


And yes I'm a big fan of Honeydew + Mango Jelly hihiiii. Memang senang cerita 70% yang aku order mesti Honey dew. And the other 30% mesti strawberry hahaha. Semua orang gembira melompat-lompat kalau cool blog datang. Childish? Biar ah!


You better spell it right okay. 

And aku ni memang jahat tau hikhik. So one day aku nak test orang yang tukang tulis ni. Aku order cool blog atas nama 'NAK BALIIIKK!!'  with specific triple I, double K and double exclamation mark (!!) . And aku nak check orang tulis ni ikut betul betul ke ejaan yang aku buat hahahah. Jahat tak? Tapi terbukti. Dia ikut woooooowwww. 




This is emotional coolblog. Homesick coolblog. I-need-my-mum-right-now coolblog. Say hi?

And sebab cool blog ni lah, aku hilang suara. Aku batuk seminggu tak baik. Tapi beli jugak. Yay. Don't even dare to order coolblog during exam week. Health is wealth okay. Jangan contohi pembaziran saya. Asallkan saya bahagia. Majulah coolblog untuk Syadin ! Yayy !!

Haus. Nak cool blog *sigh*



Tuesday, March 26, 2013

Sesepi Batch-marking.

Takda angin, takda ribut. Tup tup Form Five dapat tahu beberapa hari akan datang, ada budak SSP datang sekolah kita nak buat batchmarking. Yang paling kelakar, respond semua orang was like 'Kenapa nak datang sini ? -.- '  Basically everyone is thinking like takda apa yang dieorang boleh amalkan. Nak kata cara belajar, dieorang lagi mewah. Nak kata result okay, SSP's result is much better. So.. WHY ? Dekat mungkin? Hmmm..

A night before dieorang datang aku lah yang paling penat. Nak cari meja untuk dieorang nak letak dalam kelas. Satu sekolah aku round nak mencari meja. Sampai ke kelas Form Four aku mengemis, mencari meja tsk tsk sadis. Sampai mandi peluh aku malam tu *screaaam*

And esok pagi nya we know SSP students already here when SBP bus entered school compound. Malam tu ada dua orang SSP student join class 5 Adioda. And tak boleh dinafikan, awkward gila. Ye lah taktahu nak cakap apa hahahah sakai much. We do small ice breaking. And yet we still awkward. We do talk... But still awkward. We tried to do everything to make them comfortable. But for me..we still awkward.

Next day, masa PJ main game 'Buaya Biawak' dengan 'Capkalicap'. Before this, semua game tu used to be fun. Tapi maybe sebab still ada gap between us Seseri and SSP, rasa game tu macam hambar hahahaha. Tapi biasalah manusia, menggedik je lebih. Last-last we get along better than the first day hihii.


Kau boleh bezakan SSP student and Seseri. Yang sopan sopan tu SSP, yang macam taktahu malu tu ha konfem Seseri hakhakhak. 

But the worst thing is, I've made the most stupid thing ever. Masa dalam dewan makan, 5 Adioda is the only class yang lupa nak buat announcement untuk SSP students dalam class kiteorang. Aku ni haaa yang paling pelupa nyanyuk gila makan otak udang berapa ekor agaknyaa *hentak kepala* Aku ni rasa paaaaling bersalah. Other people will like 'Syaaadin, dah kenapa kelas kau je yang tak buat announcement? ' Shut up before aku baling kasut sukan aku yang tak basuh tu.


Kiteorang sembang sampai masa prep tak buat homework langsung.


Aku suruh buat muka buruk. Ni ke muka buruk dieorang? *screaam*


Guilty faces for not making any announcement. Yay.

Masa prep malam, terus aku cari jalan nak surprise SSP students. Hak aloh class aku tak main lah setakat announcement satu minit dalam Dewan Makan tu. Tak syok. Ayat cover watlek watpeace. So aku terus suruh classmate aku tulis speeches atas colourful sticky note. Trust me, Dodos is the best at last minutes project.


Tadaaaa. Siapa punya masterpiece ni ? 


Thanks Mas for cooperating greaaat virtual hugs *hugs*


Aku dengan Mas sangat berbangga dengan hasil kerja kiteorang hihiii. Duk puji diri sendiri .

Aku dengan AT tak tahu macam mana nak bagi dieorang. Aku fikir jugak macam mana dieorang nak bawak balik cardboard se-gedabak ni -_- Huehue. Nasib lah, dah bersalah tak buat announcement punya pasal. We gave them before we take pictures wakaka kesian dieoraaang dapat classmate baru camwhore macam kiteorang *hentak kepala*


Much love, XVA's 2013 


Reaction dieorang hihiii. 

And esoknya dieorang dah balik. Baruuu je kiteorang rapat semalam, esoknya dah balik. Timing tak ngam betul haha. And yes both Seseri and SSP made a nickname for us which is SESEPI. "Sesepi now a name, soon a legend. Amin "

Masa kiteorang balik dari class Fizik, terkezut heart attack mak datuk tengok dekat whiteboard adaa, speech from oh wait siapa nama dieorang ahahahha. Yes, Nasha and Nazatul !! Bye peeps, sayonara xx

SPM Candidates.

Cikguu semua busy tolong untuk SPM regsitration. Kiteorang sampai skipped koko, just nak settlekan and check benda alah ni for the last time. And that moment when you receive this sheet of paper,  'Bapaaak real. Aku dah nak SPM dah .. ' Aku check nombor IC berjuta ribu kalinya okay. Semua sebab masa darjah enam, masa nak amik exam PSRA dekat sekolah agama, sedar sedar je nombor IC aku salah -_-" Suka hati mak datuk dia je tukar haish baling kasut ni kang. 

Btw, I already signed the registration paper *screaaaaam* With bismillah, of course. Jampi sikit mintak mintak nombor giliran aku ada ong. Pui kanan, pui kiri !


You're not officially 17 y/o yet you already signed as SPM candidates. Freako.

Monday, March 25, 2013

Elantra and Estrella.

Elantra ni batch 95 Seseri. Last week SPM keluar kan? Kiteorang kat sekolah ni haaa yang kecut perut kemain. Belum cikgu lagi. Belum batch Elantra lagi *semput* Everyone is hoping the best for Elantra. Tak kisah lah ada yang geram lagi ke dengan senior and junior. Aku memang malas nak ingat benda lepas. Apa yang dieorang buat pun, aku hidup je lagi *peace*

Aku sangat tak sabar sabar sabar nak jumpa kakak-kakak dorm Brassi 4. Maybe aku takda lah rapat dengan semua. Tapi aku nak tengok dah jadi manusia ke belum dieorang semua ni hahaha. Tapi pecah punah harapan berderai bila ketua pelajar cakap 'Pengetua tak bagi Form 5 jumpa senior. Semua kena duduk dalam kelas'. WHAAAAAAAAAAAAAT ?!? Hell.

Masa dinner, gempak satu sekolah Kak Arina dah sampai ! Hahah awal gilaaa, tak sabar agaknya nak amik result esok pagi hakhak. Tapi Kak Arina duduk dekat rumah warden Cik Siti Narini sebab malu nak masuk dorm. Geli meremang bulu roma aku, sejak bila reti malu -_- So kiteorang satu dorm pergi ambush rumah warden. All of us like 'Kak Arinaaaa !!!'

And we talked talked, chit chat until midnight with Kak Arina.

Esok pagi nya, kelas aku lah yang paling kecoh sekali. Pendek kata kelas aku satu hari tak belajar -_- Dengan cikgu tak datang, cikgu tak mengajar lah. Pukul 9.00 pagi je semua orang melekat dekat tingkap tengok senior datang. Ada yang pakai baju cantik lip lap gitu macam mak datin. Ada yang sama je tahun lepas dengan sekarang!

Masa rehaaat, semua orang serbu Dewan! Termasuk lah aku dengan joyah mode turn on hihiii. Aku tengok je semua reaction dieorang. Ada yang senyum je kita dah dapat detect result dia straight As. Ada yang menangis macam mak bapak nak pergi Haji. Ada yang emotionless sampai aku nak jerit 'Kakk, dapat berapa?!?' 

Whatever, the most important thing aku jumpa senior dorm aku. *screaaaam*



Drama air mata. Jejak kasih selepas berzaman tak jumpa *cries*

All of us like ' Akaaaak, kenapa tak datang tengok kiteorang blah blah blaaah bawak lah makanan kesian kiteorang blahblah.' Tak cuba kau fikir balik, bila kau dah habis SPM nanti nak ke kau datang Seseri balik jumpa junior korang? Hahahhahahaah takda nya. 


Terengganu mari. Penang mari.

Kak Yani baru balik PLKN and I was like 'Kak Yani apa cerita PLKN?' The most weird reaction ever 'Best gila sumpah akak cakap' Hahahahah dah agak dah aku tengok facebook tagged photo kemain senyum sampai ke telinga. Teringat tahun lepas Kak Yani menangis dapat masuk PLKN. Ramai gila menangis hari tu hahaha. Jangan aku dapat sudah amin amin amin nauzubillahiminzalik -_-


Already met all the senior except for Kak Dila Yusof. Tapi dieorang busy sangat sampai tiga orang ni je aku sempat cekup adoi -_- 2013's Form Five of Brassi 4 are too childish to be seniors. Serious talk. Alhamdulillah they got reaaally good result. Berdebar rasa, apalah yang aku dapat tahun depan? Ya Allah.

Kes Tidur

Kan aku dah cakap dulu dulu punya post yang aku ni kuat tidur. Lupa nak selitkan bukti paling sahih dan kukuh. Yang telah menjatuhkan saham aku. Daripada 99% (hot sentap) kepada 9% (sangap). Dah takda meja yang muat lagi untuk aku sorok muka aku. 

Mula-mula masa Pendidikan Kesihatan. Siapa belajar weh PK? Please eh aku tak pernah belajar PK pun sekali pun tak. Cuma Ms Eisma pernah sekali pelik bin ajaib suruh aku duduk depan kelas buat forum pasal Kesihatan. Tapi oleh sebab aku rasa benda tu sangat memalukan, aku anggap macam tak pernah terjadi dalam hidup aku. Noktah. Cewaaah

Seperti biasa masa PK aku ter-tidur. Tolong faham imbuhan ter bermaksud tidak sengaja. Okay serious ni pak serious. Masalahnya tempat duduk aku ni pulak tak berapa strategik. Dekat sangat dengan pintu kelas! So lepas subject PK ada agama. Bila ustazah masukk ..

Tibaaa tibaa je 'Siapa yang tidur tadi?' Aku dah macam haaaa jangan cakap ustazah nak marah *hentak kepala* Akhirnya aku kena berdiri. Bukan aku sorang lah, of course lah kaki tidur sebelah aku Aisyah Habib kena berdiri sekali hahaha. Dengan beberapa classmate aku yang seia sekata tidur berjemaah bersama aku. Ye ah kita kan gempak gang tidur jemaah. Aku imam, kau makmum ye dok ?

'Yang berdiri ni, baca surah Al-Hajr. ' Mak datukkk surah an-nur pun aku tak hafal lagi. Gali kubur lah nampak nya. Semua yang berdiri tak pass. Sekali ustazah ubah pulak suruh baca surah An-nur. Menyesal tak sudah last week masa ustazah suruh aku hafal, aku pi tidur. So sorang je dapat duduk. Sekali.. ' Yang berdiri ni, apa nak jadi dengan awak blah blah blaaaah. Awak tulis surat minta maaf sekarang! Saya bagi dekat mentor awak!'

mentor?

MENTOR?


Tadaaaaaa .


Apa nasib lah mentor aku Ustazah Faizah dapat mentee macam aku dengan Aisyah Habib. Agaknya Ustazah gelak terguling tak? Harhar yaw ustazah peace no war jangan marah, nanti tak cun ah .

Paling tak boleh blah, dalam surat tu instead of 'Kami berjanji untuk tidak tidur lagi' kiteorang tulis 'Kami berusaha untuk tidak tidur lagi' . Perbezaan yang besaaar okay. Kang aku janji, tak jalan macam mana? Mati. And aku dah hafal surah An-nur, just in case aku kantoi tidur lagi. Yay me.

We are lil bit different


Tengok lah aku. Bukan setakat nyamuk, anak gajah pun muat masuk mulut. Nampak tak permainan?

Orang ingat kalau class Adioda mesti belajaaar belajaaar. Please eh awak awak sekalian, class aku ni bising tahap tingkat 7236193 okay. Sampai kadang-kadang aku kena mencari ketenangan belajar luar kelas dekat corridor. Kadang-kadang tumpang kelas orang lain. Kadang-kadang aku tidur terus sebab tak boleh belajar. Tapi bising better daripada senyap sangat. Speaker class aku rosak, tapi bising jugak adoi. 

Ada yang sopan sangat, ada yang rupa macam hidup zaman Paleolitik. Ada yang perempuan sangat, ada yang macam salah masuk sekolah perempuan. Ada yang hadap buku, ada yang duk memproses air liur basi. Ada dramaqueen, ada yang aku gurau sikit dah touching. Ada yang baik sampai aku takut nak kacau, ada yang tak kacau lagi dah buat aku baling kasut.

Tapi dalam satu kelas? Dah macam rojak mamak tepi jalan dah. Tengok muka izzy paling tengah pakai cermin mata. Dah macam statue tak gerak langsung hakhakhak. Pelik bin ajaib nya lah manusia ni. Adios dodos xx

Saturday, March 23, 2013

Le Revenge : Aisyah Habib

Sejak dah jadi Form Five ni perasaan nak tidur dalam kelas tu membuak buak dalam hati. Tahun lepas aku tak macam ni. Boleh lah nak lawan rasa ngantuk tu. Tapi tahun ni sejak aku duduk sebelah Aisyah kaki tidur ni hmmm aku dijangkiti *scream* For your information, sleepy is a contagious disease. Wow.


Sekali tengok ni hmm menangis cikgu tengok 'Rajin nya anak murid aku salin nota'

Gambar tadi tu Aisyah. Sebab aku takkan upload gambar aku tidur. Ayu sangat lah katakan ahaks. Dah menjadi taktik kalau tidur tu mesti pegang pen sebab nak berlakon menulis. Padahal jasad je atas kerusi, roh dah merayau agaknya. 


Aisyah ... again ?!?

Aisyah ni memang aku takleh nak buat apa kalau dia mengantuk. Satu tahap rasa macam nak aku tampar je muka dia ni ahhahaha. Lagi aku urut dia suruh bangun, lagi dia tidur. Kadang-kadang rasa nak pegang tudung belakang dia so that kalau dia tersengguk automatically tudung dia tertarik kebelakang hakhak. 

Aku pun dua kali lima je. Pernah sekali tahun lepas dalam bilik Add Math, aku rasa macam nak syahid dah nii. Mula-mula elok je duduk sebelah Mawa, sekali bila dah give up aku duduk bawah kerusi menyorok dari cikgu and tidur dengan aman damai. OMG baaaad habit ! 


I love to take picture of Aisyah sleeping in class sbb macam mak nenek hahaha. Actually dia tengah sandar atas kerusi sambil pegang kertas, bila dia tertidur dia tak sedar pun kertas dia dah lama jatuh. Padahal tangan statik je dengan gaya pegang kertas -_- And dia selalu buat revenge, bila aku bukak camera aku nasib baik tak heart attack. Dia amik gamba aku tidur dekat dalam dorm. Kejadah punya budak.


You know you sleep while you write when you cant read your own writing. Btw this is also Aisyah's. I'll know I gonna be deaaaaad, Aisyah will whatsapp me 'WEHHHHHH KUAJAAAA ! ' Hihiii adios peeps.

Friday, March 22, 2013

This is so candid


5 Adioda 2013 #XVA #Adiodo #DodosFTW #Estrella #Pulang Bermalam

While Encik Hadi entered our class. He must be very speechless. 100% Credits to MasYanaa

Puan Mahadiah Muda

Sejujur-jujur jujur nyaaaa, aku ni memang student yang tak kenal cikgu sangat melainkan dia mengajar kelas aku ahahahha. Takpun cikgu yang selalu ganti kelas aku tahun lepas kalau cikgu aku amik cuti. Tapi tahun ni aku baru kenal yang mana satu Cikgu Mahadiah. Macam mana boleh kenal? The only cikgu yang online facebook 24 hours.

Puan Mahadiah is one of the dedicated teachers I ever knew. Haritu baru naik pangkat pun hihiii congratulations *fireworks* And bayangkan je lah betapa untung je 5 Adioda dapat guru kelas macam dia. Baru menang Kelas Terbersih dua kali je, cikgu dah belikan Secret Recipe. And Cikgu janji kalau kita menang buat kali ke-5, Cikgu belanja Pizza Hut. Semua budak jeaaaalous wuhuuu kiteorang dapat makan. Tapi.. dua kali tu je lah kiteorang menang. Lepas tu dah takda bayang -_-


And we so desperate to eat Secret Recipe during night prep so we decided to use cake box instead of any plates/polystrene or whatsoever. 

Cikgu buat Oh My Bio (Biology version of Oh My English yang macam kat TV tu hikhik omel tak cikgu kitaa) dekat Facebook group. Memang cikgu je yang duk post videos and photos about Biology. Cikgu memang akan update facebook every hour lah! Kalah kiteorang kat sekolah. Cikgu nak bagi announcement pun through facebook. Kelaaaaas youuu.

So diagnostic test bulan March harituh, cikgu cakap siapa dapat A+ cikgu akan bagi Toblerone! Kalau nak difikirkan balik, kalau cake secret recipe gedabak tu pun cikgu tunaikan janji, inikan toblerone mesti sure cikgu betul-betul bagi. 


And hihiiii Alhamdulillah I'm one of those 7 students who manage to get an A+ for Biology. Cukup-cukup markah untuk dapat toblerone, atas pagar tiup angin boleh jatuh tergolek. Yang mana satu aku? Hahahha yang baik suci pakai baju Puteri Islam tudung pink tu atototooo mintak kaki! BTHO people mesti kenal Ayie jugak. Sebelah aku hihii. BTHO ftw .


Bila fikir balik, this is just another way for Puan Mahadiah tu motivate other students to get A+ for Biology. Cerita dari senioritas, pernah masa exam trial for paper Bio, masa nak masuk dewan peperiksaan tu diaorang semua terkejut sebab dekat atas meja dieorang semua ada toblerone dari Puan Mahadiah. Terus semangat nak jawab exam. 


Aku sayang betul Toblerone ni. 

Tapi sayang macam mana pun, perut aku lebih menyayangi Toblerone. Kalau nak simpan buat kenang-kenangan tu memang kirim salam je lah. Aku simpan kotak. Chocolate aku simpan dalam perut. But we must share our happiness with our beloved ones. Derr of coursee, takkan nak makan sorang-sorang. Bak kata omputeh sharing is caring. At least makan ramai-ramai, lemak kita bahagikan. Hmmm 


Padahal ni action je. Aku makan sampai chocolate melekat kat spec mata okay. Comot!



Wednesday, March 13, 2013

Terima kasih


Terima kasih

Blame on your name dude

Okay right now Seseri tengah buat this Pesta Pantun 2013 blahblah and ramai cikgu busy. Aku baru bangun tidur ni hihiii tadi tidur dalam kelas sebab cikgu tak masuk yehuuu. Lepastu bangun je orang kecoh 'Weh pergi comp lab jom jom online! Mr Wong ganti! ' Hmm thats why aku suka Mr Wong. Mr Wong bagi online yay.


Aku tak sukaaa bila dalam kelas, ramai nama dah nak dekat dengan nama kau! Tahun ni jangan cakap lah, ada tiga Syaheera! [Sama sebutan lain ejaan of course derr, spelling aku one in a million okay]. Dekat kelas aku Ainaa Shahirah, Syahirah Syazreen and the most important person hihiii Nur Syaheera. Sakit hati tahu tak bila orang panggil nama salah satu daripada kiteorang, tiga-tiga pandang *hentak kepala*

And sejak belakangan ni aku memang suka memalukan diri sendiri. Nak sorok muka 549264 keturunan pun tak cukup nak hilangkan malu aku ni -_- Haritu masa cikgu nak bagi result exam Bahasa Melayu, cikgu panggil name by name datang meja cikgu. Sekali aku dengar nama aku, cuak ni okaaay! Tapi cuak-cuak pun aku cepat gila bangun, semangat pulak tu! Kalah nak pergi berperang..

Sekali masa aku dah nak sampai meja cikgu dah, Ninaa pegang tangan aku.. 'Asal kau bangun?' Aku macam eh aku cepuk kang Nina ni nak amik kertas lah takkan nak sapu sampah pulak kat depan kelas. Masalahnya, aku terus terduduk tercangkuk bawah meja Ninaa bila dia cakap 'Weh cikgu panggil Syahirah Syazreen, bukan Syaheera Tajuddin. Malu nya kau. ' Budak kelas aku yang duduk belakang semua nak terguling gelak kan aku.


Aku ingatkan tu lah the first and the last time. Tapi baru tadii, baru tadiiii okay malu pun tak hilang lagi ni. Aku memalukan diri buat kali yang ke 745702. Memang ramai budak panggil aku Syadin tapi some people still panggil aku Sheera tapi sumpah minoriti seciput. Ms Liza datang kelas aku tadi, masa tu aku tengah buat AddMath. Tapi aku tak pandang depan sebab nak bual dengan classmate aku. Sekali semua pandang pintu and aku dengar nama aku.

Aku pun pergi lah cepat-cepat jumpa Ms Liza. Sekali Ms Liza cakap 'Eh saya nak jumpa Mira. Bukan Sheera. Hahaha ' Faham-faham lah apa jadi dekat aku lepas tu. Pipi ni rasa macam nak meletup. 


Friday, March 1, 2013

Nak balikkk





OMG already passed 1st of March 2013 / 1.3.13 *scream*

Harini ibu tak datang soo aku dah takda benda nak buat. Baru habis exam, nak buat homework pun takda mood. Ahaks like a boss aku tutup dua hari okay sebab otak aku memerlukan rehat yang sepenuhnya. Haritu a day before exam masa on the way nak pergi surau, mak angkat eceeeh Ustazah Faizah menjerit lambai tangan macam mak datin diva panggil 'Haa dah lama ku tunggu mentee kuuu!!'

Ustazah massakkan kiteorang mee bandung muaaar omg we love you ustazaaaah. Yang paling takleh blah kiteorang makan ajak Form Five je sebab ustazah kata 'Ustazah masak untuk anak ustazah je, Form four bukan mentee ustazah'. Awww kiteorang pun berlari balik dorm macam tak makan seminggu.





I'm Johorean and Mee Bandung Muar depan mata aku *scream*


Please be jealous, people. 

Ibu sukaa masak mee bandung muar. Tapi macam dah lama tak makan hmm. So masa aku tgk makanan yang ustazah masak, aku lah yang paling histeria sekali wa cakap wakakka. Kiteorang buat announcement suruh budak dorm balik dorm as soon as possible. Susun meja belajar dekat tepi coridor dah ala ala nak buat sunlight dinner aku tengok -_- Bertemankan air ribena tawar. Sobs sobs



Padahal .. esok exam *hentak kepala*



We are too awesome to be human. Ehh?

Dah nak exam baru lah every department terhegeh-hegeh nak buat programme. Especially subjek elektif -__- Ada programme Under One Roof, student ajar student. Bila masa add math tu okay lagi kalau nak ajar sbb dah ada jawapan ahha. Tapii kalau dah subjek Physic ke Bio ke hotak kaaaau laaa banyak gila soalan orang tanya and kau rasa macam 'weh lame gilaa aku pun tak tau jawapan'. And kadang-kadang aku tibai je jawapan. Kalau agak-agak macam muka aku mmg tak malu .. ' Sorry weh aku pun taktau.' Ayat nak cover malu : 'Okay yang tu kita K.I.V dulu, nanti tanya cikgu' 




Aku dengan Hafiza dapat kelas 5 Gastisia  for Add Math wohoooo. Asalkan takda siapa tidur hahaha pheww


Mak Tiri is teaching Add Math right now *evil laugh*


Harini dengan officialnya aku takkan bercita-cita jadi cikgu lagi in the future. Adios xoxo